Ustaz berdialog dengan jin

Share

Aku masuk lambat ke dalam bilik. Ustaz Shahrul telah mula baca ayat-ayat ruqyah. Fuad seperti tak tenteram. Gelisah. Ke kiri. Ke kanan. Mata nya memandang tak tahu ke mana. Tiba-tiba dia jerit…

Jin: KAU TIDAK HIDUP BERTAHUN-TAHUN! KAMI HIDUP LAMA!

Fuad kononnya ingin menuntut ilmu. Mencari pelindung katanya. Tapi tak tahu apa terjadi. Jin dah rasuk dia. Aku bawa dia jumpa Ustaz Shahrul untuk berubat.

Aku ni bukan tahu sangat tentang dunia ghaib. Jadi kalau ada tersilap jangan marah. Aku tulis apa aku perhatikan.

Ustaz Shahrul terus baca ayat-ayat ruqyah sehingga habis.

Jin: IBLIS! IBLIS!

Ustaz: Siapa kau? Mengapa kau dalam badan dia?

Jin itu senyap.

Ustaz: Siapa kau? Mengapa kau dalam badan dia?

Jin: AKU SAKSI KEPADA KEBINASAAN KAUM KAU!

Ustaz: Siapa kau?

Jin: AKU HIDUP DARI ZAMAN SULAIMAN!

Ustaz: Mengapa kau dalam badan dia?

Jin: SIAPA KAU ANAK? APA KAU MAHU DARI AKU?

(rasanya dia cakap begitu. Aku tidak beberapa pasti)

Ustaz: Saya mahu kau keluar dari tubuh ini kerana dia saudara kami sesama muslim. Sesama muslim bersaudara. Kalau kau sakiti dia bermakna kau sakiti aku.

Jin: DIA YANG PANGGIL AKU! KAU SIAPA?

Ustaz: Kau itu siapa? Aku ini hamba Allah. Pengikut Nabi Muhammad.

Jin: AKU TAHU SULAIMAN! BUKAN SELEPASNYA!

Ustaz: Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah. Bertaubatlah.

JIN: SIAPA DIA? SIAPA MUHAMMAD? BUKTIKAN!!

Ustaz: Muhammad adalah utusan Allah.

JIN: MANA DIA? MANA? AKU KENAL SULAIMAN SAJA!

Ustaz Shahrul pegang badan Fuad. Dia seperti tak selesa.

Jin: AKAN AKU PATAH LELAKI INI!

(selagi lagi aku tak berapa pasti apa dia kata)

Ustaz: Ilmu kau ilmu syaitan, tiada kekuatannya dengan Al-Quran

Jin: KAU NAK APA DARI AKU?

Ustaz: Bertaubat

Jin: AKU TAK TAHU NABI MU! NABI SULAIMAN AKU TAHU!

Ustaz: Bertaubatlah. Beriman kepada Allah. Pencipta aku. Pencipta kau. Bersujud kepadanya.

Ustaz itu pegang kepala Fuad. Dia memandang tajam ke arah aku. Lalu dia bersujud.

JIN: AKU TAHU CAHAYA! AKU NAK TAHU SIAPA MUHAMMAD!

Ustaz: Muhammad persuruh Allah. Muhammad nabi terakhir. Ikut aku. Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.

JIN: Ash-hadu alla ilaha illallah… SIAPA MUHAMMAD? SULAIMAN AKU TAHU! CAHAYA AKU TAHU! SIAPA MUHAMMAD?

Ustaz:  Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.

Muka Fuad masih ragu-ragu. Dia memandang kiri dan kanan.

Jin: Ash-hadu alla ilaha illallah…   

Ustaz: wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.

Jin: wa ash-hadu anna…

Ustaz:  ..Muhammadar-Rasulullah.

Jin: Muhammadar-Rasulullah.

Ustaz: Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.

Jin:  Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.

Ustaz: Syukur. Sekarang kau sudah memeluk Islam. Siapa nama kau?

Jin: Idris.

Ustaz: Saudara Idris. Kau dan aku saudara sama Islam, maka itu kau tidak boleh menyakiti saudara Islam mu. Termasuk dia. Boleh?

Jin itu angguk.

Ustaz: Kau berjanji?

Jin: Ya.

Ustaz berbisik sesuatu kepada Fuad, aku tak beberapa dengar. Fuad cuba muntah sesuatu keluar dari mulutnya. Ustaz itu menepuk belakang Fuad. Tak lama kemudian Jin itu keluar dari badan Fuad. Dia nampak lemah. Aku bersyukur member aku dah balik pulih. Ustaz pesan kepada Fuad, jangan main-main dengan ilmu ni jika tak kuat ilmu di dada.

 

 

 

 

 

 

Published by
Jon