Orang kata kalau kita puja sesuatu tu, benda yang kita puja tu boleh di kurniakan nyawa.

Sesuatu seperti ini berlaku dekat keluarga aku. Anak aku suka patung. Setiap kali keluar, mesti Zaza mahu patung baru. Kami cuba strict tapi apabila part anak, kita jadi lemah. Kadang-kadang dia buat muka cute dia. Kadang-kadang dia menjerit, satu shopping mall boleh dengar. Yang aku tak puas hati tu, dua tiga hari je dia main, lepas tu minta yang baru.

Walaupun Zaza dah ada berpuluh-puluh anak patung, tapi dia ada satu patung kegemarannya. Apa sahaja dia buat, patung itu mesti ada. Bila makan, dia suap patung tu. Bila nak tidur, dia bagi patung itu minum susu. Sampai dia namakan patung itu, Vicky.

Zaza akan borak dengan Vicky seperti kawan baiknya. Ia menakutkan isteri aku tapi aku cuba tenangkan dia.

Satu hari aku kena balik lambat. Jam dah tunjuk pukul 12. Selalunya masa begini kami dah tidur. Tak mahu kejutkan mereka, aku cuba masuk bilik tidur perlahan-lahan. Terkejut aku apabila nampak Zaza masih bangun dan sedang bercakap dengan Vicky. Apabila aku perhatikan Vicky, dalam sekelip imbas itu, aku seperti perasan matanya berkelip.

IKLAN

Tak mungkin. Mungkin mainan otak aku je, Aku suruh Zaza tidur. Dia pun meletakkan Vicky di tepi katil di bahagain aku tidur.

Vicky, Patung Anak Aku Yang Bernyawa

Beberapa jam kemudian aku merasakan ada orang kejutkan aku. Bila aku terjaga, Benda yang pertama aku nampak adalah Vicky. Aku hampir menjerit. Aku pusingkan badan, kedua-dua anak dan isteri aku sedang tidur. Siapa pulak kejut aku, dalam otak aku berfikir. Aku pusing semula kepala, Vicky, yang sepatutnya ada di sebelah aku, dah tak ada. Vicky lenyap.

IKLAN

Aku cuba mencarinya di bawah lantai, mungkin aku tertolak dia, tapi dia tak ada.

Aku perasan Vicky sedang duduk di meja make up. Bula roma aku meremang. Kepala Vicky pusing perlahan-lahan menghadap aku, tangan kanannya angkat seperti sambut aku, mulutnya senyum, lalu dia kata, “Hi ayah.”

IKLAN

Aku cepat-cepat buka surah ruqyah di handphone. Aku ambil Vicky dan cuba buangnya dalam tong sampah, “Ayah nak bawa Vicky ke mana?” dia tanya.

Sebaik sahaja aku buka tong sampah, Vicky bersuara semula, “cuba fikir apa Zaza akan cakap.” Aku ragu-ragu tapi apabila Vicky pusing kepalanya ke arah aku dan senyum, aku terus lepaskan dia masuk terus ke dalam tong sampah.

Aku ingat cerita ini berakhir di sini. Aku amat salah…

[BERSAMBUNG]

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI