Huzaimi baru lepas lepak dengan membernya di kedai mamak. Mereka borak sampai jam 4 pagi.

Huzaimi berhenti di sebuah simpang yang ada lampu isyarat. Di depan lampu isyarat, ada sebuah petrol pum.. Di situ dia perasan seorang makcik tidak berkasut sedang berpusing-pusing macam hilang arah.

Pada mulanya Huzaimi takut untuk bantu. Tapi apabila perhatikan kelakuan makcik tu, dia rasa bersalah kalau tak bantu. Dia pun pusing ke petrol pum dan parking tepi makcik. “Assalamualaikum Makcik,” tanya Hzaimi.

Makcik tu terus berpusing-pusing mencari sesuau.

“Makcik… Makcik…” tanya Huzaimi.”Makcik cari apa?”

Makcik tu toleh ke Huzaimi, “Makcik dari anak makcik.”

“Dia kerja di petrol pum tu?” tanya Huzaimi.

Makcik itu kata, “Anak boleh tolong cari anak makcik?”

Tanya lagi Huzaimi, “Makcik dari mana?”

Makcik itu jawab, “Tak tahu. Makcik tak tahu.”

IKLAN

Makcik tu berjalan ke belakang bangunan, Huzaimi tak tahu nak halang, dia ikut sahaja.

“Makcik… Makcik… Sabar makcik.” kata Huzaimi.

Makcik itu pun berhenti. “Makcik cari anak makcik. Anak boleh tolong?”

Huzaimi menyuruh Makcik itu tunggu. Dia keluarkan handphone dan menelefon polis. “Assalamualaikum. Bang. Saya di petrol pum Jalan Jupiter. Saya terjumpa seorang makcik yang sesat. Boleh hantar sesiapa tak ke sini?”

Polis agak konfius apa terjadi, jadi satu soalan demi satu soalan Huzaimi terpaksa jawab. Akhirnya dia setuju nak hantar polis ke situ. “Makcik. Jap lagi ada polis datang. Tunggu sini ya.” kata Huzaimi.

Huzaimi memusing kepala selepas dengar sebuah motosikal memecut depan jalan besar. Apabila Huzaimi pusing balik ke arah makcik itu, dia dah hilang. Huzaimi menoleh ke kiri, ke kanan. “Makcik… Makcik…” jerit Huzaimi.

IKLAN

Huzaimi merasa pelik. Tak kan dalam sesaat Makcik itu boleh hilang. Dia berpusing satu petrol pum tak jumpa. Polis tiba. Mereka keluar dari kereta dan mendekati Huzaimi. “Salam bang.” kata Huzaimi.

“Mana makcik tu?” tanya salah seorang polis.

“Saya pun tak tahu. Tadi ada sebelah saya, tiba-tiba hilang.” kata Huzaimi.

“Kau ingat ini main-main ke?” kata polis itu.

“Saya tak main-main. Memang ada makcik tadi.” kata Huzaimi.

“Jom kita ke balai.” kata polis itu.

IKLAN

“Eh… Saya tak tipu…” Huzaimi cuba terangkan.

Tiba-tiba mereka dengar sesuatu berjalan atas petrol pum. Salah seorang polis periksa dan mendapati seorang makcik berada di atas bangunan. “Sini jap” dia panggil Huzaimi. “Itu ke makcik?”

“Ya bang.” kata Huzaimi.

Makcik itu pandang bawah. “Anak boleh tolong makcik? Makcik cari anak makcik.”

“Aku tak rasa itu manusia. Kau balik je la.” kata polis itu kepada Huzaimi.

Mereka pun meninggalkan petrol pum itu.

Dalam perjalanan balik, motosikalnya berasa berat semacam. Dia bau sesuatu pelik. Apabila dia pusing belakang motonya, makcik tadi sedang tumpang dia. “Nak, kata nak bantu makcik.”

Terkejut, Huzami tidak dapat kawal motonya dan eksiden.

 

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI