Aku, Jai dan Dani akan bermalam di sebuah hotel terkenal dengan gelaran ‘hotel berhantu’. Kami kononnya nak mencari hantu, ala-ala ‘seekers’ dan melengkapkan diri dengan alat-alat shooting.
Hotel ni masih beroperasi seperti biasa, apabila kami, Dani minta bilik yang paling berhantu. Front desk memandang kami dengan muka tak puas hati.
Bilik kami 202. Tingkat 2. Sebaik sahaja kami check in, kami jalan-jalan dalam hotel untuk dapat feel kawasan itu. Agak seram juga di siang hari. Hotel ni terletak di atas bukit yang di kelilingi hutan. Jadi, kita boleh nampak kabus-kabus semasa kami meneroka hotel itu.
Kami pun pulang dengan makanan malam kami. Aku agak teruja dan takut bercampur aduk. Semasa makan malam, aku berdiam. Jai tegur, “Oi. Dari tadi aku tengok kau diam je. Nak tarik diri ke?”
Aku gelak. “Bak datang la hantu tu.” Berlagak sungguh kami malam tu.
Jam tunjuk pukul 1 malam. Kami pun keluar memulakan ekspedisi mencari hantu. Kami mula dengan tingkat paling atas, tingkat 5. Turun ke tingkat 4, 3, 2,1. Tak ada apa-apa pelik berlaku. Muka Dani macam hampa, dengan memandang kamera dia berkata, “nampaknya hantu malu depan kamera.”
Kami berpusing-pusing area kolam renang dan tempat letak kereta, area gym dan lobi. Langsung tak nampak apa-apa, kelibat pun tak ada.
Selepas meneroka satu hotel tanpa apa-apa habuan, kami pulang ke bilik kami. Jai terus baring kat katil. “oi, basuh kaki dulu la.” aku mengarah Jai.
“Buat apa. Bukan ada hantu pun. Siapa kata tempat ni berhantu?” Jai jawab.
Aku ke tandas, bersihkan diri dan masuk tido. “Esok kita kena ikan tempoyak, camana?”
Dani jawab “aku setuju”. Kami pun masuk tidur.
Tempat pukul 3 pagi, sesuatu pelik berlaku. Mula-mula selimut aku di tarik. Aku ingatkan salah seorang member aku tarik. Aku sambung tidur. Tiba-tiba lampu di tandas buk tutup buka tutup. Aku terus terjaga. Aku kejut Jai dan Dani, tapi mereka tak mahu bangun. Aku terasa telinga kiri aku di sentuh. Apabila aku pandang ke kiri, tak ada orang. Telinga kanan pulak dengar seseorang tengah berbisik. Aku tak pasti apa yang dia kata, bunyi seperti ‘kami dah datang’. Aku cuba kejut Jai dan Dani sekali lagi. Mereka tak mahu bangun.
Tiba-tiba satu jeritan mengilai yang sangat kuat. Jai dan Dani terus terjaga. “Bunyi apa tu?” tanya Jai.
“Hantu.” aku jawab.
Dani terus mengambil kameranya, “Ini lah masanya.”
Gila betul Jani. Dia memang tak takut dengan hantu. Kami dengar bunyi cakar di dinding. Lampu di sebelah Jai melompat. Aku dah mula takut. Jai pun sama.
Tiba-tiba badan Dani di cakar tapi tiada seorang pun yang cakar. Apbila dia buka baju, kami boleh lihat tiga barisan di belakangnya. Lampu di sebelah Jai terjatuh dan pecah tanpa sesiapa sentuh. Lampu di sebelah aku pun turut terjatuh. Aku dah mula meremang. “Jom balik!”
Dani tak puas hati.”Relaks. Mereka baru nak tunjuk muka.” Kamera Dani di tolak jatuh berkecai. Ketiga-tiga mereka tunggu.
30 minit berlalu, tak ada apa-apa yang berlaku. Dani berkaka, “oi. mana kau?”
“Nak main dengan kami?” dengar suara hantu itu. Tiba-tiba satu bilik itu menjadi tunggang langgang. Barang yang boleh balik, di balingnya. Barang yang melekat kat dinding, di cabutkannya.
Kami bertiga keluar dari bilik itu. Tiba-tiba Dani terjatuh, dia di seret ke hujung hotel. Hantu itu mengangkat Dani lalu di cakar-cakarnya.
Jai pulak di tarik ke hujung hotel. Dia juga di angkat dan badannya di cakar-cakar.
Aku cuba baca ayat kursi. Harap dia tak datang dekat aku. Tiba-tiba aku rasa badanku di angkat. Perut aku di cakar seperti mereka. Di cakar berkali-kali.
Tiba-tiba aku tersedar dari tidur. Nafas aku kuat. Badan aku berpeluh. Aku pandang ke tingkap, matahari dah naik. Aku tengok jam, ia menyatakan pukul 8 pagi. Masya Allah. Nasib tu mimpi.
Aku pun ke tandas untuk buang air besar, perut aku sakit. Macam terbakar. Apabila aku buka baju, aku lihat cakaran-cakaran yang banyak di perut ku. Aku kejut Dani dan Jai. Dia memberitahu dia lalui mimpi yang sama. Apabila mereka periksa perutnya, ada kesan cakar seperti aku.
Kami check out dengan rasa pelik. Apa sebenarnya berlaku semalam.
Kisah ini berlaku lebih dari 20 tahun. Munirah baru berpindah ke Temerloh. Dapat kerja di sini. Dia membawa ibunya berpindah sekali. Ibu Munirah, mengidap penyakit Dimentia. Banyak benda dia lupa.
Satu malam ibu mengetuk bilik Munirah. Dia jawab tak bertanya:
Munirah: Ada apa ibu?
Ibu: Ibu nak ke tandas
Munirah: Pergilah. ibu kan tahu
Ibu: tapi, kat dapur ada orang.
Munirah: Mengarutlah mak. Jom mak.
Munirah buka lampu dapur. Dia pun bawa mak ke bilik air. Ibu bejalan di belakang Munirah. Ibu pun masuk ke dalam bilik air, dia pesan kat:-
Munirah: Muni tunggu jap ia. Teman ibu minum air.
Munirah pun tunggu Ibunya. Selepas buang air kecil, ibu ambil air dan minum. Matanya memandang kiri kanan. Selepas selesai dia ke Munirah dan berbisik, jangan padam lampu dapur. Munirah pun angguk. Dia bawa mak tidur semula ke biliknya.
Ia sering berlaku. Tiap malam ibu akan kejutkan Munirah dan memberitahu ada orang di dapur. Pada mulanya Munirah ingat ia sebab penyakit Dimentia.
Sehingga satu hari, apabila Munirah sedang menonton tv dengan ibunya di ruang tamu, Munirah tertoleh sesaat ke dapur, seperti nampak lembaga putih, tapi apabila toleh semula ia tak ada. Munirah cuba proses apa yang terjadi.
Ibu: Muni nampak apa?
Munirah: Tak ada apa-apa.
Ibu: Jangan bohong. Mak nampak dia sedang tengok dan Munirah tertoleh kan?
Munirah: Ish… Jangan mengarut. Dah-dah la tu ibu.
Ibu: Tapi…
Munirah: Dah!
Selepas habis cerita, mereka masuk tidur. Malam itu Munirah dengar ibunya memanggil nama dia sambil ketuk pintu.
Ibu: Munirah…
Munirah: Kejap ibu…
Dia pun buka pintu tapi tiada sesiapa. Apabila dia toleh ke dapur dia seperti nampak kelibat ibunya.
Munirah: Ibu! Kenapa masuk dapur tak buka lampu!
Munirah buka lampu tapi ibunya tak ada. Tiada siapa kat dapur. Ibunya keluar dari bilik. Terkejut Munirah.
Munirah: Bila ibu…
Ibu: Nampak kan?
Munirah: nampak
Sebaik sahaja Munirah cakap dia nampak, lembaga itu muncul. Dia sedang cangkung di atas meja memerhatikan Munirah dan ibunya. Lembaga itu merangkak ke hujung meja. Dengan mata tajam, lembaga itu memandang Munirah. Munirah pengsan.
Munirah sedar dah pukul 7 pagi. Ibunya telah angkat Munirah masuk ke dalam bilik. Dia baring sebelah Munirah. Dia rasa kesal kerana tak percayakan ibunya. Munirah meminta bantuan bomoh untuk menghalaunya.
Dahlia merupakan seorang petugas bahagian pengurusan mayat di sebuah hospital. Nama dan lokasi hospital terpaksa di rahsiakan atas hal-hal keselamatan. Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lepas dan ia bermula begini.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi, Dahlia, Rini dan Fina bosan di bilik nurse, mereka cadang untuk berjalan-jalan dalam hospital.
Mereka terjumpa bilik mayat. Dahlia mencabar setiap seseorang mereka untuk duduk dalam bilik itu selama 15 minit. Semua setuju.
Rini masuk dulu. Dahlia dan Fina tergelak-gelak. 3 minit kemudian Rini keluar ketakutan. Kawannya gelak besar. Rini buat muka tak puas hati.
Kemudian masa untuk Fina masuk. Rini memerhatikan Fina sambil berkata, “Ingat, 3 minit 21 saat.” Fina mengejek guna lidah dan masuk ke dalam bilik mayat.
“Kau rasa berapa lama dia boleh tahan?” Dahlia tanya Rini.
“2 minit 20 saat” jawab Rini. “Kau rasa?”
“4 minit lebih” Dahlia jawab.
“Kena tepat… mana boleh lebih.” Rini balas.
“Ok… 4 minit 2 saat” Dahlia jawab.
Mereka pun tunggu Fina. Masa bergerak. Fina tak keluar-keluar.
“Kau rasa dia dah pengsan ke?” tanya Dahlia.
“Entah” jawab Rini.
“Nak pergi tengok?” tanya Dahlia.
“Tak payah.” jawab Rini.
15 minit pun berakhir. Fina keluar. “Siapa hebat?”
Semua buat tak tahu.
“Dah jom balik.” kata Dahlia.
“Eh, kau belum lagi.” kata Rini.
“Lain kali. Kita dah lambat.” beritahu Dahlia.
“Kau jangan macam-macam Dahlia. Semua dah masuk, kau je yang belum.” kata Fina.
“okok. Aku masuk sekarang.” Dahlia pun langkah ke dalam bilik tidur tu.
Dahlia sedang memerhati bilik mayat tu. Sunyi. Besar. Dahlia pun duduk. Tiba-tiba dia merasakan dia bukan seorang dalam bilik itu. Dia membuka satu persatu pintu fridge. Kebanyakannya kosong. Ada dua tiga yang ada mayat.
Dia sampai ke pintu fridge nombor 21. Dahlia buka, dia memerhati seorang lelaki yang di cucuk 28 kali. Semasa Dahlia sedang baca, tangannya di pegang oleh sesuatu. Bila dia tengok rupanya tangan mayat itu. Terkejut Kepala mayat itu pusing ke arah Dahlia dan senyum.
Dahlia lari keluar tanpa menuntup pintu fridge mayat lelaki itu.
“2 minit 16 saat” kata Rini.
“Jom balik… Jom balik”. kata Dahlia sambil tercunggap.
“Kau apahal?” tanya Fina.
“Mayat tu hidup. Ada mayat hidup! Jom balik.” jawab Dahlia.
Fina dan Rini tengok satu sama lain dan gelak.
Tiba-tiba pintu bilik mayat itu terbuka. Langkah keluar lelaki itu.
Ketiga-tiga mereka panik lalu lari lintang pukang ke bilik nurse.
5 tahun dahulu, Saat paling indah untuk Daud dan Wawa berubah menjadi tragedi selepas anak yang lahir itu meninggal. Selepas membuat persediaan yang lengkap, dari beli barang-barang bayi, cat bilik bayi warna-warna cerah dan macam-macam lagi, ia menguji kekuatan kami sebagai suami isteri. Kami insan yang lemah.
Sejak kejadian itu, hubungan aku dan Fifi mula renggang. Kami jarang bercakap. Fifi menjarakkan diri dari aku. Dia akan duduk berjam-jam dalam bilik bayi dan pegang baju bayi. Apabila aku cuba berborak dengannya, dia abai. Aku ingin dengan memberi ruang, dia akan keluar dari kemurungannya tapi ia menjadi lagi buruk. Bukan sahaja dia suka duduk dalam bilik, malah tidur. enggan mandi. enggan makan.
Aku cuba buat sesuatu. Aku cuba menegurnya. Tapi hari tu kami bergaduh besar. Segala macam ayat keluar. Aku rasa kesal. Dia juga tidak menahan. Dia menyalahkan aku. Kata aku tak beri kasih sayang sepenuhnya. Bagaimana aku nak beri kasih sayang? Dia tak lahir lagi. Aku tak pandai jaga isteri di saat memerlukan. Macam mana aku nal jaga di Macam-macam isu lah keluar. Kadang-kala isu tak ada kena mengena pun masuk dalam pergaduhan itu. Dua hari aku tak berborak dengan dia. Dua hari aku biarkan dia dalam bilik itu seorang diri.
Pagi itu aku rasa kesal. Aku fikir balik apa aku dah buat dan sedar aku dah buat banyak kesilapan. Aku sendiri tak tahu nak uruskan keadaan ini dengan baik. Aku nekad mulai hari ini, aku akan menyokong apa sahaja keputusannya.
Aku pun masuk bilik bayi. Fifi sedang memandang katil bayi. Aku terus meminta maaf atas kesilapan. Air mata mengalir. Aku berjanji akan sentiasa menyokong perbuatan Ffi.
Fifi meletakkan jari telunjuk di atas mulutnya dan memaksa aku diam. “Shhh. Anak kita sedang tidur.”
Aku mendekatkan diri ke katil. Ingin tahu apa dia pandang. Perlahan-lahan. Sampainya di katil, Fifi sudah menyalikan mainan patung dengan baju bayi. Di sini aku terbelah bagi. Perlu ke aku tegur dan mencetuskan satu lagi pergaduhan atau layankan dia sehingga dia sedar sendiri. Ini pilihan yang aku ambil… “Maaf sayang. Anak tidur tu, jom kita makan.”
Untuk pertama dia ikut aku pergi makan. Kami pun makan nasi kukus yang aku beli kat luar taman. Aku cuba tanya soalan, dia jawab. Dia seperti gembira. Sehingga kan aku berjaya nampak senyuman dari dia.
Mulai hari itu, aku layankan dia. Apa sahaja. Dia dah mula tidur semula dengan aku. Berani sentuh aku semula. Aku ingin kita akan kembali biasa, tapi kami sebenarnya dah jauh dari normal.
Satu malam, aku di kejutkan oleh bunyi guruh. Aku lihat isteri aku tidak ada di sebelah katil. Patung yang dia wakilkan sebagai patung ada di sebelah aku. Dia tak akan biarkan patung itu keseorangan. Aku pun keluar dari bilik sambil memanggilnya, “Sayang”.
Bunyi hujan dan guruh bermain-main di latar belakang sambil aku berjalan perlahan-lahan ke bilik bayi. Aku menolak pintu dan melihat dalamnya kosong.
Aku turun ke bawah sambil memanggil namanya lagi. Isteri ku di sofa sedang memeluk sesuatu. Badannya basah. Bajunya kotor. Aku menghampirinya. “Sayang…” sambil dengar bunyi guruh.
Sekali lagi aku panggil “Sayang…”
Apabila aku dekat dengannya, aku terkejut melihat isteri aku sedang menyusukan mayat anak kita. “Jangan bising. I tengah susukan anak kita.”
Keesokkan hari aku panggil hospital gila. Itu sahaja pilihan aku. Mayat itu di kebumikan semula. Kesilapan aku terakhir adalah aku tidak jaga isteri aku di hospital gila. Biar keluarganya yang uruskan. Aku jual rumah dan berhijrah ke Melbourne, Australia. Mula semula kehidupan baru di sana.
Sekarang aku sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Aku tak tahu apa terjadi dekat Fifi.
Seperti aku cakap, aku insan yang lemah.