Khalid dan Safura baru berkahwin. Seminggu lepas itu, mereka terbang ke Krabi untuk merayai perkahwinan mereka. Mereka duduk di sebuah hotel baru di Krabi. 4 star. Harganya pun berpatutan. Apabila reception tahu mereka baru berkahwin, katil mereka telah di taburkan bunga dan sebuah hamper buah. Layanan hotel ni memang A.
Petang itu mereka bercadang untuk berjalan-jalan depan hotel. Bermacam-macam aktiviti ada depan hotel. Orang jual baju, orang jual makanan, tempat urut badan, perkhimatan tour dan macam-macam lagi. Safura selalu dengar tentang pancake Krabi, itulah benda pertama dia cari.
Malam itu, Khalid telah menempah dengan spa hotel untuk Safura mendapat urutan badan. Selepas makan, mereka pulang. Safura di bawa ke bilik khas untuk di urut. Khalid pulak balik ke bilik sementara menunggu Safura.
Sementara menunggu Safura pulang. Khalid menutup lampu utama dan hanya buka lampu tepi katil. Dengan bilik yang selesa, aircond yang sejuk, katil yang empuk, di tambah pula dengan badan letih, matanya mula terkebil-kebil. Tak lama kemudian, Khalid tertidur.
Khalid tersedar apabila dengar pintu bilik terbuka. “Sayang,” kata Khalid dalam keadaan mamai. “Bagaimana massage? OK tak.” Tak ada respon. Khalid rasa badannya di belai. Dia senyum.
Belaian tangan itu berhenti, Khalid pusing, dia lihat kelibat Safura masuk ke dalam tandas. Khalid pun bangun dari tidur. Dia membuka siaran tv. Khalid buka siaran muay thai. Mata Khalid fokus dengan pertandingan itu.
15 minit berlalu. Safura tak keluar lagi dari bilik air. Kata Khalid, “Sayang. Awak ok ke?” Tiada respon.
Sekali lagi Khalid tanya, “Sayang?”
Khalid pun bangun dari tempat tidur dan mengetuk bilik air. “Sayang? Sayang?” Masih tak ada respon. Khalid buka pintu dan mengintai ke dalam bilik air. Tiada orang dalam bilik air. Khalid berasa pelik, “Sayang. Jangan main-main. Mana awak?”
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nama Safura keluar di screen handphone. Khalid angkat, “Sawadeekap (sambil gelak). I kat kedai pancake depan hotel ni. U nak tak?” tanya Safura.
“Eh. Bila U keluar dari bilik?” tanya Khalid.
“Bila pulak I balik bilik? I baru lepas massage. Best gila massage dia. U kena try,” kata Safura.
Khalid bingung. “So u nak apa? Pancake nutella?” sambung Safura.
“Eh takpe. I dah kenyang. Cepat balik.” kata Khalid.
“Ok. Love u.” jawab Safura.
Khalid duduk di katilnya sambil berfikir, ‘siapa yang belai aku tadi? Aku bermimpi ke?’
Safura sampai bawa pancake, dia tak berhenti cerita tentang pengalaman dia kena urut tadi, Khalid pula tak berhenti fikir apa terjadi dengan dia. “U Ok?” tanya Safura.
“Ok. Penat je kot.” jawab Khalid.
Khalid tidak mahu beritahu Safura apa terjadi, dia tidak mahu merosakkan honeymoon mereka.
Orang kata tak bagus gantung gambar-gambar yang cukup sifat. Rezeki tak masuk pun susah. Malaikat nak masuk pun susah.
Itu teguran orang apabila masuk ke rumah aku. Tapi aku tak boleh kawal, ia seperti nafsu yang tak boleh kawal mengumpulnya. Gambar potrait telah menjadi penghias rumah saya sejak saya pindah rumah 2 tahun lepas. Aku tak percaya dengan teguran itu. Aku merasakan ia satu benda yang merepek. Gambar adalah gambar, apa kena mengena rezeki.
Satu hari aku terserempak dengan satu gambar potrait yang memukau hatiku. Seorang perempuan sedang menunggu sesuatu, tak tahu apa dia tunggu, suaminya, kasihnya atau menunggu cinta. Potrait seperti bercakap kepada ku. Aku kena ada gambar ni di rumah aku.
Kedai itu beritahu bahawa harganya rm 700. Kat situ juga aku bayar. Tak kisah la ia Rm 70 atau Rm 7000, gambar secantik itu mesti ada dalam koleksi ku. Tuan kedai itu pesan kepada aku, gambar ini bukan sebarang gambar, ia senang merajuk. Ia kena jadi pemaisuri dalam hidup kau. Sekali lagi aku rasa dunia ni dah gila. Aku tak faham langsung apa dia cakap.
Aku pun gantung gambar ini di rumah aku. Lama aku pandang gambar. Menghayati setiap sudut lukisan itu. “Abang. Ini lukisannya?” isteri aku, Hawa, baru balik dari boutique-nya.
“Iye Wa, cantik kan?” sambil memeluk isteri aku. Wa angguk setuju. Aku pun cium dahi isteriku.
Malam itu hujan turun lebat. Aku tersedar sebab guruh kuat. Aku keluar dari bilik aku untuk menikmati sebatang rokok. Aku berjalan lalu koleksi lukisan aku. Sekali lagi guruh boleh di dengar. Bulu di belakang leher aku tiba-tiba naik. Tak tahu kenapa. Aku rasa seperti di perhatikan.
Aku pun nyalakan rokok aku sambil memerhati handphone. Aku scroll twitter sambil hisap rokok.
Tak lama kemudian aku perasan kelibat isteri aku masuk ke dapur. “Wa?” aku panggil. Senyap. “Apasal tak buka lampu?” aku sambung. Senyap.
Aku pun bangun dan mencari isteri aku di dapur. Tak ada orang. Sekali lagi bunyi guruh kedengaran.
Aku habiskan rokok aku sambil pandang ke lukisan yang aku beli. Ada sesuatu lain tentang gambar itu. Tak tahu apa. Mungkin cara dia pandang atau mungkin cara dia senyum. Aku memerhatikan gambar itu, cuba mencari perbezaan. Tiba-tiba, ia kelip mata. Terkejut aku. Aku bergesa balik ke bilik aku.
Tak mungkin. Tak mungkin ia bergerak. Otak aku cuba proses. Tiba-tiba nama aku di panggil, “Kamal… Kamal…”
Di pintu masuk, aku boleh nampak rupa tubuh seorang perempuan. “Kamal… Kamal…”
Aku tak percaya apa aku lihat dan dengar. Tak mungkin ia hidup. Ia hanya sebuah lukisan. “Kamal… Kamal…” Perempuan panggil sambil dengar guruh sebagai latar belakang bunyi. Takut. Pelik. Macam-macam perasaan sedang bermain dalam otakku.
Tidak lama kemudian, aku boleh dengar azan dari masjid dengan rumah ku. Alhamdulillah, benda yang menghantui aku tiba-tiba hilang. Tiada lagi panggilan namaku. Tiada lagi bentuk tubuh perempuan di pintu.
Isteri aku terjaga untuk sembahyang subuh. Aku pun bangun, masuk ke bilik air, ambil wudhu. Isteri aku senyum tanpa ketahui apa terjadi.
Keesokkan harinya aku jual semua koleksi gambar aku.
Roy seorang pemandu lori. Hidupnya banyak di habiskan di jalanraya. Kali ini dia dapat kontrak untuk menghantar beberapa ekor lembu ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Roy bertolak waktu malam. Sudah 3 lebih jam memandu, Roy mula ngantuk. Dia pun singgah di sebuah stesen minyak di Gua Musang dan beli beberapa barang. Lembu di belakang lori dia dah selamat tidur. Oleh kerana penat, Roy pun mengambil keputsan untuk rehatkan matanya sekejap.
Baru nak lelap, ada bunyi hon yang kuat. Ada sebuah kereta yang sedang buat turn, hampir terlanggar sebuah motosikal apabila dia nak masuk ke dalam stesen minyak itu. Ada juga beberapa kenderaan lain yang keluar masuk ke kawasan itu. Roy membuat keputusan untuk teruskan perjalanannya. Semasa dia nak keluar dari stesen minyak, Roy perasan susuk tubuh perempuan berbaju merah di jalan besar. Roy hanya dapat lihat belakangnya kerana dia sedang memerhati ke semak samun bukan ke jalan besar. Roy tak ada lah fikir apa-apa, lalu dia teruskan perjalanannya.
Saya memandu tak laju sangat, mata pula mula ngantuk semula. Roy cuba buat macam-macam untuk hilang ngantuknya. Menyanyi, hisap rokok, minum air tenaga, semua tak berkesan. Dia masih mengantuk. Terkebil-kebil mata.
Tiba-tiba saya terlelep dalam beberapa saat. Lori saya terpesong masuk bahu jalan. Nasib saya terjaga semula. Roy pun tampar muka sendiri. Dalam dirinya dia kena cari tempat untuk tidur, kalau tidak masalah ni.
Satu benda peli yang berlaku, Roy nampak perempuan berbaju merah yang sama di bahu jalan beberapa meter dari lorinya. Apabila dia lalu sebelahnya, perempuan itu telah hilang. Dia tak nak fikir bukan-bukan, dia anggap perempuan yang dia nampak tu imiginasinya kerana terlalu ngantuk.
Roy bakar rokok semula untuk hilangkan ngantuk. Selepas bakar, dia pun buka tingkap. Sedang nikmati rokonya, dia dengar satu bunyi yang kuat datang dari bumbung lorinya. Lembu di belakangnya terus tidak senang tidur.
Roy berhenti di tepi bahu jalan untuk melihat apa yang bunyi kuat itu. Sebaik sahaja dia pusing ke atas bumbung, terkejut dia melihat perempuan berbaju merah yang sama mengikut kami.
Roy terus masuk ke dalam lorinya dan buka surah rugyah. Perempuan itu mengintai melalui tingkap tepi Roy. Roy hampir terbabas sekali di bahu jalan. Tak lama kemdian, di depannya dia nampak tempat lori berehat. Dia pun segera ke situ. Dia keluar, perempuan itu dah tak ada. Dia masuk semula ke dalam lorinya dan tidur. Dia ngantuk gila.
Apabila dia sedar, dia liha jam menujukkan pukul 4 pagi. Baru dia nak gerak, dia perasan ada sesuatu di sebelah seatnya. Roy pusing dan nampak perempuan yang berbaju merah itu sedang memerhatikannya.
Lima saat lepas tu, dia hilang. Walaupun takut, Roy teruskan perjalanannya.
Sophia baru memulakan sesi persekolahan di asrama. Dia baru tingkatan 1. Oleh kerana belum serasi, Sophia tersedar dari tidur dalam pukul 2 pagi. Bila dah tersedar tu, susah pula nak tidur semula.
Tak tahu kenapa, tiba-tiba Sophia berani. Dia bangun dari tempat tidue dan berjalan keluar dari dorm. Dia pandang ke bawah, pastu pandang blok lain. Lalu aku masuk balik ke dalam dorm. Dia baring sambil berfikir.
Waktu itu, semua kawan-kawan Sophia sudah lena dibuai mimpi. Sophia keluar masuk dorm pun tiada siapa yang sedar. Suasana sangat sunyi, yang ada hanya bunyi kipas buruk yang cukup untuk menyejukkan udara di dalam dorm itu.
Apabila Sophia mahu lelapkan mata, dia terdengar bunyi seperti ada orang tengah berjalan di koridor. Dia buka mata, tapi tidak nampak apa-apa pun. Ngantuk, Sophia sambung tidur.
Sekali lagi Sophia terdengar bunyi orang berjalan dan sekali lagi apabila dia muka mata, dia tidak nampak sesiapa. Dalam beberapa minit kemudian, bunyi itu datang semula. Kali ini, bukan sahaja bunyi kaki, tapi dengar sekali dengan bunyi nafas. Bunyi nafas itu seolah-olah kedengaran tidak berapa jauh dari Sophia, dan ia bergerak semakin dekat dan dekat. Kali ini badan Sophia terkaku. Sehingga matanya tak berani buka.
Lepas tu, terasa katilnya digoyangkan sambil nafasnya terdengar kuat. Mulut Sophia terus terkumat-kamit membaca doa dan surah-surah yang dia ingat. Masa tu, badan Sophia sudah mula terketar-ketar. Selimut pula dia genggam erat sebab takut hantu itu main tarik selimut dan sergah. Ketika itu, bunyi nafasnya jelas kedengaran di sebelah kaki katilnya. Meremang bulu roma Sophia.
Lama juga katil goyang. Tiba-tiba terhenti. Sophia rasa bersyukur.
Oleh kerana katilnya sudah tidak bergegar lagi, Sophia berani buka mata. Dia nampak siling asrama. Dia pusing ke kiri, kawan-kawannya yang sedang tidur. Dia pusing ke kanan. Sama. Tiada apa-apa yang menakutkan. Sophia pelik, sorang pun tak sedar akan kehadiran hantu itu. Dia sambung semula masuk tidur.
Sophia terasa di kejut kan oleh seseorang. Dia dengan mamai-mamai membuka mata. Apabila dia buka, terkejutnya dia, apabila yang kejut dia seorang hantu perempuan tidak berwajah. Hantu itu tidak bergerak. Hanya memerhati Sophia. Badan Sophia tidak bergerak. Dia tidak tahu nak buat apa.
Hantu tidak bermuka itu bangun dan meninggalkan dorm keluar ke koridor. Sophia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa dia seorang je yang di ganggu. Tak lama kemudian azan subuh. Sophia bangun dan ambil air sembahyang.
Hari berikutnya hantu itu tidak lagi menakutkan Sophia. Tapi Sophia dengar cerita tentang asal usul hantu tidak bermuka itu daripada senior. Rupanya hantu itu adalah bekas pelajar sekolah itu yang kononnya di pukul sehingga rupanya tidak boleh di cam.