Kerjaya dalam industri perfileman kadang-kala kerja sampai lewat pagi. Selagi jadual hari itu tak habis, selagi itu mereka teruskan pengambaran. Lagi seksa sebagai pelakon tambahan. Kadang-kala ‘call time’ mereka pagi, tapi masa pengambaran mereka malam. Mereka terpaksalah tunggu.

Syed Sorgi (nama pena katanya) sudah bergiat dalam industri ini selama 3 tahun. Tidak pernah dapat peluang menjadi lebih dari pelakon tambahan. Tapi dia suka. Katanya kerja dia walaupun penat dan upahnya tak besar tapi itu cita-citanya. Menjadi pelakon.

Syed mendapat kerja sebagai pelakon pembantu untuk sebuah cerita seram. Dalam cerita ini, dia menjadi salah seorang penduduk kampung itu. Adegennya, penduduk kampung sedang marah dengan seorang bomoh ni di katakan telah memalukan nama baik kampung. Mereka ke rumah bomoh untuk membunuhnya.

Dia di beri ‘call time’ pukul 2 petang, tapi sebab pengarah ingin ubah adegen itu kepada malam. Dia dan beberapa pelakon tambahan lain terpaksalah tunggu.

IKLAN

Malam pun tiba. Adegan dia belum lagi bermula. Ramai pelakon tambahan dah terbaring. Ada yang dah tidur. Syed seorang yang ingin tahu. Jadi dia akan sentiasa berdekatan dengan tempat pengambaran.

Semasa mereka sedang merakam satu adegan bersama dengan hantu pontianak, Syed perasan bahawa dia seorang budak perhati di celah-celah semak. Tak terkejut kalau orang kampung berkumpul tengok pengambaran tapi budak ini lain sikit. Dia tak berbaju dan tubuhnya semasa perhati adegan itu tidak bergerak. Syed cuba mendekatinya, apabila budak itu perasan, dia berlari masuk ke dalam semak samun itu.

Tak tahu kenapa Syed macam tertarik pergi ke arah semak samun itu. Syed pun berjalan perlahan-perlahan ke sana. Selepas 10 minit berjalan, Syed tahu dia sudah jauh dari tempat pengambaran tapi dia tidak kisah. Dia masih nak merayau kawasan itu.

IKLAN

Satu bunyi pelik, seperti gabungan bunyi anjing dan manusia. Sukar untuk di jelaskan tapi bunyi itu telah tersedarkan dia dari khayalan. Syed sedar dia sudah jauh ke dalam hutan tapi di depannya mempunya sebuah tasik kecil. Dia sesat. Dia cuba tengok perkhimatan telefon bimbitnya… no line.

Syed pun mencari jalan pulang. Dia merasakan sesuatu sedang mengekorinya. Tambahan pula bunyi benda berjalan dalam semak samun. Kakinya bergerak laju. Matanya hanya pandang ke depan. Tiba-tiba dia dengar bunyi pelik itu di atas kepalanya. Matanya tak boleh kawal dan terus memandang ke atas. Terkejut dia apabila budak yang dia nampak awal tadi sedang bertenggek di atas pokok. Syed boleh nampak dengan jelas. Mukanya kotor. Matanya hitam penuh. Tidak berbaju. Badannya pucat. Sebaik sahaja Syed pandang dia, budak itu melompat dan hilang. Syed berlari ketakutan. Tak berani dia berhenti. Tak berani dia pandang kiri kanan.

IKLAN

Sehingga dia terdengar suara seperti orang bercakap. Dia berhenti. Itu mesti tempat pengambaran. Dia cuba pastikan arah bunyi itu. Tiba-tiba muncul budak itu semula. Syed memerhatikannya. Budak itu memerhatikan Syed. Kaki syed tiba-tiba kaku. Apabila Syed tengok betul-betul, air keluar dari mulutnya. Badannya juga seperti basah. Syed tertanya-tanya siapa sebenarnya budak ini.

Budak itu berlari semula masuk ke dalam hutan. Baru itu Syed rasa dirinya mampu berjalan. Syed berlari ke tempat pengambaran. Penolong pengarahnya memarahinya kerana adegan dia akan mula di rakam. Syed cuba tenangkan otaknya dan melakukan kerjanya.

Selepas habis pengambaran, Syed sempat berjumpa dengan tuan rumah lokasi mereka buat pengambaran. Dia tanya tentang budak yang dia jumpa. Tuan rumah memberitahu bahawa itu adalah anaknya yang telah lepas 2 tahun lepas. Dia seorang budak yang aktif, satu hari tu dia dan kawannya bermain di semak samun tu. Tak tahu bagaimana mereka bercadang merayau sampai tasik kat dalam hutan sana. Dia lemas sebab dia tak tahu berenang. Kawannya pula bukan pandai nak selamatkannya. Semasa tu umurnya baru 10 tahun. Tuan rumah menangis mengenang kisah lalu.

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI