Sabri dan Kila mengupah seorang pembantu rumah untuk jaga anak-anaknya sementara mereka berkerja. Mereka mempunyai Boy, 3 tahun dan Nita, 6 bulan.
Selepas mendapat anak kedua, Kila mahu bekerja semula. Selepas empat tahun menjadi suri rumah, Kila mahu kembali bekerja. Dengan gaji Sabri sahaja, banyak plan mereka tersangkut. Nak pergi bawa anak-anak holiday pun kena fikir dua tiga kali.
Kak Tuti datang dari Indonesia. Umurnya 5 tahun lebih tua dari Sabri. Selepas kedatangan Kak Tuti dan Kila dapat bekerja, kewangan mereka lebih stabil.
Satu malam, Kila ke dapur membuat susu anaknya, dia terperasan seorang wanita sedang mengcangkung di tepi tandas sedang makan sesuatu. Pada awalnya, dia ingat Kak Tuti lalu dia tegur, “Akak buat apa tu?”
Apabila Kak Tuti tak jawab, dia merasa sesuatu tak kena. “Kak?” tanya Kila sekali lagi. Dia cuba menghampiri Kak Tuti. Baru sahaja dia nak tepuk bahu Kak Tuti, anaknya menangis. Kila toleh ke biliknya. Apabila dia toleh ke arah Kak Tuti, dia dah hilang. Tak lama kemudian Kak Tuti keluar dari bilik tidurnya , “Ibu,” kata Kak Tuti. Kila rasa pelik. Makin kuat anaknya menangis. Tuti cepat-cepat buat susu dan membawanya ke Nita.
Ads
Sepanjang hari, Kila tidak dapat melupakan apa terjadi semalam. Apabila pulang dia memberitahu kepada suaminya apa terjadi semalam. Kila rasa tak sedap hati dengan Kak Tuti. Sabri bengkek. Keadaan dah baik. Dia tak mahu Kila rosakkan kerana dia cemburu.
“Cemburu? Saya nak cemburu apa?” marah Kila.
Perbualan mereka menjadi pergaduhan. Sabri menuduh Kila kuat cemburu, manakala Kila menuduh Sabri kena sihir dengan Kak Tuti kerana tak sokong dia.
Ads
Tak boleh tahan dengan bergaduh, Sabri angkat kaki dan keluar dari rumah. “Bagus! Keluar! Kau tak payah balik! Lagi bagus!” marah Kila. Sabri start enjin dan tinggalkan mereka di rumah. Boy menangis melihat ibubapanya bergaduh. Kila cuba pujuk Boy tapi dia berlari ke Kak Tuti.
Pukul 12.30 malam, Sabri baru pulang. Semua orang sedang tidur. Sabri ke dapur untuk meminum segelas air. Sampai je di dapur, dia seperti melihat sesuatu berjalan di tepinya. “Siapa tu? Kak Tuti?” tanya Sabri.
Dia merasa sekali lagi ada orang lalu tepinya. Sabri berpusing. Tak ada sesiapa. Tiba-tiba kak Tuti keluar dari biliknya. “Ayah.” kata Kak Tuti.
Ads
“Tuti. Maaf la apa terjadi tadi. Kila cemburu dengan Tuti.” kata Sabri.
Kak Tuti senyum sahaja. Dia memegang tangan Sabri dan menariknya masuk ke biliknya. Sabri ikut. “Kalau Kila tak dapat jaga ayah, Tuti ada”.
Rupanya betul gerak hati Kila. Memang sepatutnya dia risau dengan Kak Tuti. Satu keluarga dah di sihirkan Kak Tuti. Sejak hari itu, Kila dan Sabri asyik bergaduh sahaja. Setiap kali isu Kak Tuti naik, Sabri akan sokong Kak Tuti daripada isterinya. Sehingga satu hari mereka membuat keputusan untuk bercerai.
Tak lama kemudian, Kila dapat tahu Sabri berkahwin dengan Kak Tuti.
Saka merujuk kepada sejenis makhluk halus yang di perlihara bagi tujuan mempertahankan diri, membantu dan memusnahkan musuh. Makhluk halus seperti Hantu Raya, Saka Harimau, Pelesit, Toyol dan macam-macam lagi adalah saka dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tujuan mereka berlainan tapi motif mereka sama, mengikut perintah tuannya.
Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Mereka di jammu acak seperti telur, ayam panggang atau pulut kuning, mengikut perjanjian mereka dengan tuannya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.
Walaupun saka di gunakan untuk kerja harian seperti bertani dan memburu, tapi ia masih salah di sisi Islam.
“Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48)
Apabila di kalangan manusia menyeru untuk berdamping dengan makhluk halus, perbuatan itu telah mengembirakan Syaitan, kerana sememangnya mereka sudah sesat dan telah mempersekutukan Allah S.W.T. Ia telah jatuh syirik dan syirik adalah perbuatan yang termasuk di dalam dosa-dosa besar.
Saka bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau paling keji memijak al-Quran.
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39)
Saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati, lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk di buangnya.
Seperti di sebut di atas, Saka perlu di warisi. Jika tuan mati dan tiada pewaris, Saka boleh mengamuk dan mengacau keluarga dan jiran tertangga.
Ketika hendak mati, tuan saka akan menghadapi seksaan amat perit kerana roh sukar keluar daripada jasad lalu terseksa sehingga akhir nafasnya. Apabila tuannya sudah mati tetapi saka yang dimilikinya tidak mahu meninggalkan tuannya, keadaan itu menyebabkan saka berkenaan “menumpang” pada jasad tuannya. Tuan saka itu kelihatan seolah-olah bernyawa dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah mati.
Hantu Polong adalah belaan (selalunya lelaki) makhluk halus bertujuan untuk memudaratkan musuh. Ia akan di simpan dalam botol mulut panjang.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol itu. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol.
Polong perlu makan. Makanan ia adalah darah. Dengan mengiris sedikit tangan pemuja dan memberi polong memakan darah di jarinya, Polong akan anggap pemuja itu tuannya. Polong itu akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Polong adalah sejenis makhluk halus yang boleh dipelihara. Maka, ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya sendiri. Jika tuannya mati,Polong itu perlu diwariskan kepada seseorang. Sekiranya tuannya meninggal sebelum sempat mencari pengganti, Polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Pada kebiasaannya, polong akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali melalui kesan lebam pada mayat dan darah yang keluar melalui mulut mayat tersebut.
Selain untuk menyakiti musuh, hantu polong juga dikatakan boleh digunakan untuk menyelewengkan wang dari mangsa. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar. Tuan polong akan mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.
Dengan mengambil seguni pasir dan lemparkan di tempat sunyi untuk melalaikan polong lalu menghindarikannya. Dari segi perubatan Islam, bacaan Ayat Kursi digunakan bagi menyembuhkan pesakit dari gangguan jin termasuklah polong.
Polong boleh di paksa memberi nama tuannya. Dengan mengunakan lada hitam, pengamal akan menggentel bahagian badan mangsa dengan doa.
Dalam perubatan tradisi melayu, polong boleh dipaksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan bagi menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu. Itu akan menyebabkan polong yang berada di dalam badan mangsa kesakitan.
Pak Dogol adalah salah satu watak dalam persembahan seni tradisional wayang kulit. Watak manusia biasa, hidup dalam serba sederhana dan menghabiskan usia menghambakan diri sebagai pembantu kepada Raja Seri Rama. Seorang yang digambarkan sebagai berperut buncit dan berkulit hitam dan bercakap dengan bahasa pelatnya. Dia dianggap badut dan seorang pelawak di kerajaan Kuala Dua Derdap Muda. Pak Dogol memang setia dengan Rajanya. Kesetiannya membuta. Itulah kekuatan dan kelemahannya. Kehinaan dan kecantikannya. Warna hitam menandakan dia sentiasa di belakang bayang-bayang raja. Perut buncit melambangkan dia mempunyai kehidupan yang senang.
Tetapi di sebalik watak yang sinikal, Pak Dogol merupakan satu-satunya watak yang dijaga oleh Dalang. Watak Seri Rama sendiri tidak di beri kehormat tertinggi seperti Pak Dogol. Di mana Seri Rama dan lain-lain di ikat di dalam bungkusan biasa, Pak Dogol akan di asingkan dan simpan di atas dinding. Dalang akan berasap batu kemenyan ke arah Pok Dogol sebelum di simpan.
Kenapa Pak Dogol begitu di hormati?
Di katakan Pak Dogol merupakan jelmaan Dewa Sang Yang tunggal, dia merupakan Dewa ditingkat teratas. Turun ke bumi dengan menukarkan dirinya menjadi seorang yang hodoh dengan itu namanya turut ditukar kepada Pak Dogol. Ada juga menganggap Pok Dogol jelmaan Syaitan. Tugasnya untuk menghasut Raja Seri Rama.
Ada Pak Dogol yang di warisi dari turun-kemurun. Satu kerhormatan menjaganya. Pak Dogol ini perlu di ikut pantang larangnya. Jika tidak, malang akan timpa kepada tuannya.