
Admin pertama kali dengar tentang Dybbuk Box ini apabila terserempak dengan seorang Youtuber bernama Prince Meed. Dia seorang Malaysian yang beli kotak itu untuk youtube channelnya. Dia ada keluar dua episod tentang pengalamannya membuka kotak itu. Apa dia lalui agak seram, Admin percaya dia tidak menipu dan kotak itu memang laknat.
Apa itu Dybbuk Box?
Sebuah kotak laknat yang kamu boleh beli di Ebay. Katanya ia dari Negara Chile.
Apa yang pelik tentang kotak itu?
Sebenarnya tak ada la pelik apa, untuk membukannya agak susah kerana kotaknya telah di wax dengan lilin.
Apa di dalamnya?
Setiap kotak ia berlainan. Ada yang dapat telur busuk. Ada juga yang dapat sepasang kasut bayi. Ada juga yang paku yang di balut dengan tali.
Apa yang buat Dybbuk Box ini berhantu?
Setiap orang yang membukanya akan terus di ganggu. Dari ketukkan di dinding ke gambar di dinding jatuh ke lantai. Ada juga yang kata apabila sentuh kotak ini, kamu akan di laknat. Seperti terjadi kepada Post Malone. Selepas sentuh kotak itu, dia di uji dengan malapetaka demi malapetaka. Kapal terbang dia rosak. Eksiden. Macam-macam lagi.
Berapa harganya?
Harganya berlainan juga. dari RM 50 hingga RM 200. Mungkin lagi mahal seseorang itu beli, lagi kuat sihirnya.
Konklusi?
Kita tahu bahawa setiap makhluk ghaib boleh di simpan atau di tangkap melalui objek yang tertutup. Tidak terkejut dengan cara kotak itu di wax, bahawa dalam itu ada makhluk ghaib. Kalau suruh admin order satu… Memang tak la!
Cenderawasih: Burung dari kayangan

Penduduk nusantara memanggilnya ‘Burung Cederawasih’, kaum cina memanggilnya ‘Pheonix’, negara Europah memanggilnya ‘Bird of Paradise’.
Burung Cederawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Parasisaeidae susunan Passeriformes. Ia hanya boleh di dapati di kawasan Irian Jaya atau di kenali sebagai Papua, Indonesia.
Ramai yang percaya asal usul burung ini datang dari kayangan dan ia mempunyai kuasa magis. Orang yang arif mengenai burung ini mengatakan ia selalu berdamping dengan para wali Allah.
Kepercayaan ini bermula dengan kitab kuno, Hikayat Tajul Muluk. Sebahagian kandungan kitab itu menyatakan bahawa: “Burung cenderawasih asalnya dari kayangan. Amat jarang orang yang menemuinya kerana ia tiada di bumi. Kalau ia terbang rendah ke bumi, itu tandanya hayat burung itu akan berakhir kerana ia mati bila menjejakkan kaki ke tanah. Bangkai burung itu tidak reput kerana ia hanya makan embun syurga. Ia mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan. Selain itu, setiap inci tubuhnya termasuk perut dan bulu mempunyai keistimewaan. Ia ada khasiat dalam perubatan.”
Sahibul Hikayat juga menceritakan bahawa apabila bulu burung Cederawasih gugur di bumi, ia akan bertukar menjadi batu permata (zamrud hijau) yang berharga.
Kecantikan burung ini juga membantu mengukuhkan kepercayaan mereka. Rupa fizikal yang segak dengan warna bulu pelepah yang keemasan, di tambah dengan bulu-bulu lembut yang berjurai. Seperti di ukir dari syurga.
Magisnya datang apabila seseorang memakai bulunya di kepala dan dibawa pergi ke mana-mana. Mereka percaya bulu tersebut akan memberi kuasa pengasih dan penunduk kepada sesiapa yang memilikinya.
Burung Cenderawasih juga di katakan dapat menjadi pelaris dan membantu memberi kesihatan yang baik kepada pemiliknya. Bahkan boleh menaikkan nafsu kepada pasangan jika meletakkan burung itu di bilik tidur.
Justeru, harga seekor burung Cenderawasih yang telah di awet boleh mencecah dari RM1500 – RM10 000. Juga di laporkan harga sehelai bulu burung itu boleh mencecah RM800. Sebotol minyak pengasih bulu burung itu dijual pada harga RM77 sebotol.
Di Papua pula, orang tempatan akan memburu burung Cederawasih untuk upacara mereka.
Kebenaran Burung Cederawasih ini datang dari kayangan masih tidak boleh di buktikan. Namun keunikan burung Cederawasih akan sentiasa memberi magis kepadanya.
Kampung Sri Menanti (EP 3) – Bangun Melur Bangun

Ali bangun dari hotel kecilnya. Dia tahu ini bukan era Melur. Dia keluar terus mencari Ah Kee. “Gua dah cakap, lu mesti datang balik. Mahu minum apa?”
“Kopi dan Mee Kari” Ali jawab.
Ah Kee datang bawa hidangan Ali. Ah Kee memerhatikan seekor lalat berterbangan di dalam kedainya. Dia mengambil pemukul lalat dan hayun. Lalat itu tumbang. Ali memerhatikan sambil menghabiskan makanannya. Ali tanya, “Siapa laki yang uncle tahan semasa Dansa Bulan terbakar?”
Ah Kee memerhatikan Ali. Sepatutnya bila orang tanya soalan sebegitu, muka dia akan pelik. Tapi reaksi Ah Kee sangat tenang. “Itu owner Dansa Bulan. Peminat no.1 Melur. Ramli. Selepas kejadian itu, dia di katakan bunuh diri. Gua rasa dia larikan diri.”
Ali tak berkata apa-apa. Ah Kee sambung, “Lu nak tahu, Melur sebenarnya mengandung semasa dia mati. Dia di tuduh tidur dengan ramai lelaki.”
Ali bingung, “Tapi bukan Ah Kee kata dia tak pernah di sentuh?”
Ah Kee balas, “Betul. Aku tahulah. Tapi orang kampung tak tahu. Melur di tuduh macam-macam. Dukun la. Pelacur la.”
Ali tanya, “Siapa ayah pada kandungan itu?”
Ah Kee tak jawab. Seekor lagi lalat masuk ke dalam kedainya. Dia menghayun pemukul lalat. “Banyak lalat ini hari.”
Ali mengeluarkan duitnya dan meletakkan di atas meja. Ah Kee bersuara, “Lu nak pergi kubur Melur? Lu kena pergi waktu malam, siang kubur Melur sembunyikan diri”.
“Terima kasih Ah Kee,” jawab Ali.
Ah Kee, “Kenapa lu nak sangat jumpa Melur?”
Ali jawab, “Aku pun tak tahu. Tapi aku kena cari dia.”
Ali mempunyai masa, dia berjalan-jalan melihat pemandangan kampung Sri Menanti. Tak ada banyak yang boleh di perhatikan, hanya kampung ini banyak pokok getah.
Malam pun menjelma. Ali bersedia untuk mencari kubur Melur. Dia menuju ke hujung kampung di mana Ah Kee beritahu. Dari jauh dia nampak sebuah kilang kayu yang terbiar. Ali pun berjalan menuju kilang itu.
Tiba-tiba kawasan itu berkabus. Semakin dekat dengan kilang, semakin tebal kabus itu. Pemandangan Ali menjadi sukar.
Ali pun teruskan pencariannya. Dia merasakan sesuatu sedang memerhatikannya. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu menghembus telinganya. Ali pusing ke arah hembusan itu, tiada sesiapa. Tangannya di sentuh. Sekali lagi, tiada sesiapa. “Setakat itu sahaja? Aku tak takut.”
Tak lama kemudian Ali dengan sesuatu sedang berbisik. Tiba-tiba dia merasakan badannya panas. Apabila dia lihat, badannya di cakar.
Dari jauh dia nampak dua ekor binatang hitam. Nak kata anjing, tak juga, nak kata beruk, tak juga. Gabungan dua binatang hitam itu sedang memerhatikan Ali dengan mata merahnya. Binatang itu terus berlari menghala ke Ali.
“Aku ingin jumpa dengan Melur!” kata Ali. Lembaga itu berhenti lalu menghilangkan diri.
Kabus yang tebal itu mula hilang. Ali nampak kubur tanpa batu nisan. Dia mendekati kubur itu. “Melur.” Ali mulakan upacaranya.
Selepas selesai upacaranya, seorang lembaga berbaju putih, bermuka hodoh, berambut panjang, bertangan kedut, bermata merah, muncul depan Ali.
Lembaga itu mendekati Ali, “Kau tak takut aku ke?”
Tiba-tiba Ali menyerang, dengan mengunakan paku dan tukul, dia memaku belakang leher Melur. “Aku datang kerana kau.”
“Lembaga itu menjerit sekuat-kuatnya. Dia menganas. Dengan kukunya yang tajam, dia cuba mengcakar Ali. “Kau adalah hamba aku sehingga aku mati”.
Lembaga itu berubah muka, dari hodoh menjadi cantik. Lebaga itu membuka mata.
Ali kata, “Melur,” sambil senyum.
Kampung Sri Menanti (EP 2) – Menjejak Melur

Ali bingung. Apa sebenarnya terjadi. Dia cuba mengtenangkan dirinya. Berdekatan ada sebuah kopitiam. Kopitiam Ah Kee since 1977. Designnya agak lama. Mungkin tak berubah dari mula ia buka. Seorang lelaki tua datang ambil order. “Kopi satu” kata Ali. Lelaki itu beredar.
Ali duduk sambil memerhati tapak Dansa Bulan. Dia masih tidak puas hati. Lelaki tua itu datang bawa kopi dan mee kari. “Uncle, saya tak order ni,” kata Ali sambil tunjuk mee kari.
“Lu makan. Jangan bimbang. Aku dapat rasa lu akan datang sini banyak kali.” kata lelaki tua itu.
Rezeki jangan di tolak. Ali makan tapi matanya masih di Dansa Bulan. Lelaki tua itu datang dengan airnya sambil duduk sebelah Ali. “Aku perhati lu pandang Dansa Biru macam lu kenal tempat itu”.
Ali pandang lelaki itu, “Kalau aku cerita ni mesti uncle pelik.”
Sambung lelaki itu, “Tiada apa yang pelik dalam kampung sri menanti.”
Ali berkata, “since 1977. So uncle tahu la kejadian Dansa Bulan ni?”
jawab Ah Kee, “Mestilah. Aku nampak bangunan itu terbakar. Bermacam-macam cerita aku dengar. Yang balik mabuk cari perempuan, ada juga yang balik mabuk sebab bercerai, atau balik mabuk sebab di buang kerja. Semua balik.”
Sambung Ali, “kecuali seorang?”
Ah Kee setuju, “Ya. Kecuali seorang. Melur.”
Ali tanya, “Apa uncle tahu tentang Melur?”
Ah Kee jawab, “Melur baik. Lembut orangnya. Peramah lagi. Semua lelaki cuba goda dia tapi semua gagal. Termasuk bossnya. Bermacam-macam sihir boss cuba tapi semua gagal. Mereka kata Melur ni ada ilmu hitam.”
“Mana kuburnya?” tanya Ali.
Ah Kee beritahu bahawa Melur di tanam bersebelahan kilang terbiar di hujung kampung tanpa Batu nisan. Oleh kerana sejarahnya, Melur tidak di benarkan di tanam dalam kawasan kubur Islam.
Ali pulang. Bertambah bingung selepas mendengar cerita dari Ah Kee. Lelaki yang duduk kaunter semalam dah mula shiftnya. Dia memerhati je Ali. Ali masuk ke dalam biliknya dan baring atas katilnya. Dia memandang cicak yang sama melekat di dinding. Cicak yang tak berekor itu sedang berlegar-legar hilang arah seperti semalam.
Tak lama kemudian Ali dengar pintu bilik sebelah di buka. Sama seperti semalam. Dua suara. Seorang lelaki. Seorang perempuan. Mereka gelak gembira. Tiba-tiba bunyi yang mengersangkan kedengaran. Dejavu?
Ali bangun dan keluar dari hotel itu. Lelaki di kaunter memerhati dia. Suasana luar hotel juga sudah berubah seperti sebelum dia sampai ke Dansa Bulan semalam. Ali bergesa ke Dansa Bulan untuk mencari Melur.
Setibanya di sana, Ali melihat Dansa Bulan sedang sibuk dengan bermacam-macam tetamu. Ali pun masuk mencari Melur.
Dia nampak Melur sedang sibuk melayan pelanggan Dansa Bulan. Dia duduk di tepi meja bar sambil tunggu Dansa Biru tutup.
Seorang demi seorang meninggalkan Dansa Bulan. Tinggal Ali dan Melur. “Aku perhatikan kau dari tadi. Tak beranjak dari meja itu. Apa kau nak?” kata Melur.
“Awak mesti pelik, saya ni sebenar bukan dari alam awak…” sebelum sempat Ali nak habiskan ayatnya, Melur menjawab, “Kami dah tutup.”
Ali di halau keluar dari kelab itu. Dia nekad untuk jumpa Melur. Dia tunggu di luar kelab. Tiba-tiba, terbakar. Ia merebak cepat. Ah Kee keluar dari kedai dia. Mukanya muda. Seorang lelaki bergesa-gesa cuba masuk ke dalam kelab itu. Di tahan oleh Ah Kee. “Melur!!” jerit lelaki itu. Sambil terduduk.
fikir Ali… Siapa lelaki itu?
[BERSAMBUNG]