Ini kisah benar. Pengalaman aku sendiri. Aku pernah bekerja dengan satu produksi yang menghasilkan cerita mistik. Aku bekerja sebagai penolong penerbit dalam produksi itu. Suri (bukan nama sebenar), adalah penerbit baru untuk siri itu. Dia sangat dedikasi dengan kerjanya. Tawaran untuk menjadi penerbit sukar untuk di tolak.

Untuk episod seterusnya kami akan ke Janda Baik. Di situ kami akan rakam dua episod terus. Kumpulan kami mempunyai 7 orang, termasuk 3 jurukamera dan dua budak intern. Kami tiba di Janda Baik lebih kurang 12 tengahari. Seperti biasa ada sedikit briefing mengenai apa visual dan isu yang kita inginkan rakam. Sebaik sahaja selesai briefing dan makan tengahari, kami berpecah kepada dua kumpulan. Saya dan Suri bersama 2 jurukamera akan interview seorang lelaki yang di katakan lumpuh. Doktor juga tidak memberi harapan untuk dia pulih. Lelaki ini dapat jalan semula di sebabkan kehebatan bomoh ini. Satu lagi pasukan di tugaskan untuk mengambil cutways dan montaj. Jadi, Suri meninggalkan Abang Lan, salah seorang jurukamera bersama dua budak intern.

Interview berjalan lancar. Dia juga bawa kami jumpa dengan bomoh yang merawatnya. Apabila kami sampai ke rumah bomoh, sekeliling rumahnya nampak biasa, tapi apabila masuk ke dalam rumah, penuh dengan barang-barang bomohnya. Bau kemenyan sangat kuat. Badan rasa tak sedap hati je. Walau begitu, dia membenarkan kami rakam dan interview dirinya. Selepas selesai, dia membawa keluar sebuah botol kecil. Dia memberitahu dalam botol itu adalah toyol yang dia tangkap. Dari mata pandangan aku nampak seperti akar yang tersimpul je. Entahlah.

IKLAN

Dalam perjalanan pulang, Suri memberitahu bahawa dia pening kepala dan ingin tidur sekejap. Tak lama kemudian, ada dua makhluk di antara anjing atau monyet, mengejar kereta kami. Cara pergerakan mereka seperti anjing, tapi rupanya seperti monyet. Aku suruh kameraman aku merakam makhluk itu. Sebelum sempat, makhluk itu beredar.

Beberapa kilometer dari tempat penginapan kami, ada kubur. Semasa kami lalu kawasan itu, kami nampak Abang Lan dan dua budak intern sedang merakam. Salah seorang budak intern itu berlakon sebagai puntianak. Apa gila lah mereka buat ni. Tak ada perasaan hormat dekat alam langsung. Dah la waktu hampir magrib. Aku menjerit dan menyuruh mereka pulang. Suri terjaga. Dia melihat apa yang berlaku tanpa kata apa-apa.

IKLAN

Setiba di tempat penginapan kami, aku mempersoalkan keputusan merakam di kubur. Suri hanya duduk di tepi rumah diam. Ada sesuatu yang pelik dengan Suri. Matanya berkeliaran memandang. Aku duduk sebelah dia dan cuba tanya keadaannya. Dia tidak menjawap, lalu beredar sahaja.

Selepas segarkan diri. Kami di panggil untuk makan malam. Kami pun berkumpul menjamu selera. Suri datang lambat sikit. Matanya masih berkeliaran. Aku rasa meremang melihatnya. Cara dia kaut nasi juga pelik. Seperti makhluk buas. Semasa dia menelan nasi, aku seperti terlihat di lehernya ada halkum. Ish.. tak mungkin perempuan ada halkum. Salah seorang jurukamera kita ni kuat sikit agama. Dia tahu la sedikit sebanyak nak ubat orang. Pak Di berkata, “Dia dah mari dah”. Apa yang mari? aku tanya diri sendiri. Tiba-tiba sahaja Suri mengilai. Terkejut mereka yang di meja kecuali Pak Di. Dia suruh kita yang jantan memegang Suri. Yang perempuan di minta ambil air dalam cawan.  Pak Di suruh aku telepon bomoh tadi untuk datang ke sini dengan segera. Suri cuba melepaskan diri. Pak Di memgang hujung ibu kaki jari Suri. Pak Di memaksa roh yang merasuk Suri tinggalkan dia. Roh itu enggan.

IKLAN

Tiba-tiba budak intern yang berlakon sebagai pontianak pula kena histeria lalu pengsan. Keadaan menjadi tegang apabila kami terlepas Suri. Dia berlari ke pintu tapi aku sempat halang. Pak Di memegangnya semula.

Tidak lama kemudian, Suri sedarkan diri. Dia terus menangis. Bomoh tiba. Kami beritahu apa terjadi. Dia beritahu roh itu dah tak ada sekarang.  Aku cuba tenangkan Suri. Bomoh itu duduk sambil minum air yang di sediakan. Dia tunggu sehingga jam 1. Tiada apa yang berlaku. Lihat Suri sudah tidur, Bomoh itu beredar balik. Kami pun merehatkan mata. Kami membuat keputusan untuk pulang ke KL seawal pagi esok. Aku pun lelapkan mataku.

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI