Aku dapat berita yang atuk aku dah nazak. Kami di minta berkumpul di kampung. Kebanyakan orang tua dah sampai kampung petang tadi. Ada juga beberapa saudara aku dah balik kampung. Aku dan Din antara yang belum gerak lagi, jadi kami di minta ambil sorang lagi saudara kami, Aina. Dia duduk di salah sebuah asrama di Melaka.

Din ni mulut dia agak celupar sikit, sebelum berjalan tu aku pesan dengan Din untuk jaga mulut dia. Setiap kali kami bersama, Aina akan cerita seram tentang asrama dia.

Oleh kerana last minit, kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 11. Tunggu Din habis kerja. Orang tua pulak tak habis-habis telefon aku. Ain pun dah Bengkek. Apabila aku ambil Din, dia boleh kata relax, sampai nya kita. “Bukan masalah sampai, atuk dah nazak” aku jawab.

Kami tiba area asrama tu lebih kurang pukul 12. Semasa masuk dalam kawasan asrama tu, agak sedikit kabus. Mungkin baru lepas hujan. Kabus tu membuat asrama tu seram. Aku tengok sebelah, Din sedang tidur. Geram pulak aku dengan Din. Aku kejut dia dengan mamai dia melihat kawasan asrama tu. “Kita dah sampai. Aina tunggu kat Block E.” aku beritahu Din.

Semasa kami dalam perjalanan ke Block E, aku terperasan ada seorang budak lelaki sedang berdiri di belakang vending machine. Aku tak nak tegur, ya lah, lelaki tu berdiri tak buat apa-apa kat belakang vending lepas tu pulak, jam dah tunjuk pukul 12 lebih. Tak pelik ke. Din dengan mulut celupar dia tegur, “apasal budak tu Bersiri belakang vending machine”. Bongoknya Din. Kenapa la pergi tegur. Aku buat-buat tak dengar.

IKLAN

Kami pun tiba Block E. Batang hidung Aina tak nampak. Aku pun call dia marah-marah. Dia marah aku balik. Ingat dia nak tunggu bawah sorang-sorang lewat malam macam ni. Betul juga Aina cakap tu. Kami pun tunggu Aina depan Block E.

Tak lama kemudian kami dengan bunyi kucing. Tapi Bunyinya pelik. Macam bayi menangis. Susah nak explain, tapi itulah bunyi yang kami dengar. Kami tak berani keluar dari kereta.

Bunyi tu berhenti di ganti pulak dengan Bunyi seorang perempuan mengilai. Seekor kucing hitam berlari depan kereta kami. Tak tahu lah apa yang ia nampak. Din pun tak berani nak tegur.

IKLAN

Tiba-tiba kami dengar Bunyi seperti sesuatu sedang memanjat kereta. Aku tak berani nak tengok tapi Din intai melalui cermin tengah. “aku nampak kaki orang panjat kereta kita” kata Din.

“Mulut kau tak boleh tutup ke!” aku mengamuk.

Din terdiam. Keadaan berubah senyap. Terlalu senyap. Bunyi yang kami dengar atas bumbung kereta juga berhenti. Aku tak suka keadaan begini. Mata aku mula pandang kiri kanan.

IKLAN

Tiba-tiba kami dengar bunyi yang kuat belah pintu Din. Apabila Din pusing, dia nampak muka seorang perempuan sedang melekat di dinding. Din menjerit macam perempuan. Aku pun pandang, rupanya Aina sedang takut kan kami. Dia gelak tak berhenti. Din marah. Aku join gelak.

Aina masuk kereta sambil sambung gelak. “Dah la tu.” Din bengkek.

Kami pun gerak balik ke kampung. Dalam perjalanan keluar, kami pun lalu vending machine yang sama tapi kali ini lelaki itu dah tak ada. Entah kenapa aku rasa macam tak sedap hati. Apabila aku pandang cermin tengah, aku nampak seorang lelaki sedang duduk sebelah Aina.

Cerita ini berlaku 10 tahun lepas. Sehingga hari ini aku tak pernah beritahu Aina atau Din ada hantu tumpang kita balik kampung.

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI