Ramai yang kenal dengan cerita Mahsuri yang di perturunkan sejak beberapa generasi di Langkawi. Sehinggakan makam Mahsuri menjadi tempat tumpuan pelancong. Tetapi ada satu cerita yang tidak di ketahui orang ramai termasuk penduduk Langkawi sendiri. Kewujudan seekor haiwan raksasa di Langkawi, pada zaman silam.
Sebelum kedatangan Islam ke Kedah, sebut sebuah kisah tentang seekor Ular Besar (saktimuna laut) yang menjaga perairan air Langkawi Kuno. Tempat sarangnya di Pulau Langkawi.
Seorang pegawai tentera British, Sherard Osborne, telah mencatatkan kisah pelik itu dan telah di muatnaik dalam buku Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade, and Society (Kerajaan Melayu di Kedah: Agama, Perdagangan dan Masyarakat).
Mengikut beliau, yang mendapat cerita ini dari orang tempatan sendiri, Raja baru akan mengorbankan seorang puteri daripada kalangan kerabat diraja kepada Ular Besar itu jika inign menaik takhta di negeri Kedah. Raja juga perlu melakukan pengorbanan yang sama jika berlaku peperangan di kerajaan itu.
Ads
Sebagai tanda balasan, Ular Besar akan menjaga keselamatan kerajaan Kedah daripada ancaman angkatan laut musuh. Ular Besar itu tidak akan menelan orang-orang Kedah. Ular Besar itu akan menjadikan rakyat Siam, Mergui dan haiwan-haiwan lain sebagai makanannya.
Apabila kedatangan Islam di Kedah, upacara pengorbanan itu di berhentikan. Ular Besar telah mengamuk. Baginya, kerajaan Kedah telah memungkiri janji. Rakyat Kedah telah menjadi mangsa kepada kemarahan Ular Besar itu. Ia menjadi huru-hara. Tiada siapa tahu cara untuk menghalang Ular Besar.
Seorang ulama dari negara Arab telah datang ke negeri Kedah. Dia beritahu Allah S.W.T. telah menghantar dia di sini untuk membantu penduduk tempatan dengan masalah ular itu. Ulama itu tanpa membuang masa, mengambil air sembahyang, memakai serban hijau, menjunjung Al Quran atas kepalanya, beliau ke tempat tinggal ular itu. Lalu dia sembahyang dan membaca doa supaya Ular Besar berkenaan mati atau diusir dari kawasan itu. Belum sempat apa-apa, Ular itu telah menelannya.
Ads
Sesuatu tidak di duga terjadi. Ular Besar mengalami kesakitan yang kuat sebaik sahaja dia menelen ulama itu. Badan ular merota-rota. Ekornya membidas dengan tidak tentu arah. Dalam keadaan sakit, Ular Besar itu pulang ke gunung-ganang, tempat kediamannya di Pulau Langkawi. Sejak itu, Ular Besar lesap dan tidak lagi menganggu penduduk di sana.
Kisah ular besar hilang dalam kemodenan pulau pelancongan itu. Mungkin salah satu sebab kisah Ular Besar ini tidak di perkatakan sekarang kerana kemasukkan Islam. Apabila penduduk tempatan, bukan sahaja di Langkawi, memeluk Islam, banyak kepercayaan khurafat mula di tolak termasuk cerita-ceritanya. Kisah mengorbankan seorang puteri mungkin di anggap tidak bertamadun dan di larang Islam, lalu untuk tidak mengaitkan diri dengannya adalah melupakan kisah itu.
Penduduk nusantara memanggilnya ‘Burung Cederawasih’, kaum cina memanggilnya ‘Pheonix’, negara Europah memanggilnya ‘Bird of Paradise’.
Burung Cederawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Parasisaeidae susunan Passeriformes. Ia hanya boleh di dapati di kawasan Irian Jaya atau di kenali sebagai Papua, Indonesia.
Ramai yang percaya asal usul burung ini datang dari kayangan dan ia mempunyai kuasa magis. Orang yang arif mengenai burung ini mengatakan ia selalu berdamping dengan para wali Allah.
Kepercayaan ini bermula dengan kitab kuno, Hikayat Tajul Muluk. Sebahagian kandungan kitab itu menyatakan bahawa: “Burung cenderawasih asalnya dari kayangan. Amat jarang orang yang menemuinya kerana ia tiada di bumi. Kalau ia terbang rendah ke bumi, itu tandanya hayat burung itu akan berakhir kerana ia mati bila menjejakkan kaki ke tanah. Bangkai burung itu tidak reput kerana ia hanya makan embun syurga. Ia mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan. Selain itu, setiap inci tubuhnya termasuk perut dan bulu mempunyai keistimewaan. Ia ada khasiat dalam perubatan.”
Sahibul Hikayat juga menceritakan bahawa apabila bulu burung Cederawasih gugur di bumi, ia akan bertukar menjadi batu permata (zamrud hijau) yang berharga.
Kecantikan burung ini juga membantu mengukuhkan kepercayaan mereka. Rupa fizikal yang segak dengan warna bulu pelepah yang keemasan, di tambah dengan bulu-bulu lembut yang berjurai. Seperti di ukir dari syurga.
Magisnya datang apabila seseorang memakai bulunya di kepala dan dibawa pergi ke mana-mana. Mereka percaya bulu tersebut akan memberi kuasa pengasih dan penunduk kepada sesiapa yang memilikinya.
Burung Cenderawasih juga di katakan dapat menjadi pelaris dan membantu memberi kesihatan yang baik kepada pemiliknya. Bahkan boleh menaikkan nafsu kepada pasangan jika meletakkan burung itu di bilik tidur.
Justeru, harga seekor burung Cenderawasih yang telah di awet boleh mencecah dari RM1500 – RM10 000. Juga di laporkan harga sehelai bulu burung itu boleh mencecah RM800. Sebotol minyak pengasih bulu burung itu dijual pada harga RM77 sebotol.
Di Papua pula, orang tempatan akan memburu burung Cederawasih untuk upacara mereka.
Kebenaran Burung Cederawasih ini datang dari kayangan masih tidak boleh di buktikan. Namun keunikan burung Cederawasih akan sentiasa memberi magis kepadanya.
Siapa yang tidak kenal dengan pulau lagenda Langkawi? Pulau yang penuh sejarah uniknya dan lokasi-lokasi menarik, menjadikan Langkawi destinasi pilihan untuk pelancong tidak kira sama ada dari dalam mahupun luar negara. Tapi tahukah anda, di sebalik reputasi Pulau Langkawi sebagai tumpuan pelancongan yang pesat, pulau lagenda itu turut mempunyai kisah misteri yang jarang dibualkan kepada orang luar. Selama seminggu team Meremang telah menjelajah ke seluruh Pulau Langkawi untuk membongkar kisah misteri yang tersembunyi di sebalik pulau lagenda itu.
Apabila google pulau Langkawi, bermacam-macam info tempat destinasi pelancongan, penginapan yang dapat ulasan tinggi, baran-barang ‘duty free’ dan macam-macam lagi maklumat menarik tentang pulau lagenda itu. Tapi apabila kita google tentang Langkawi mistik, Langkawi seram, Langkawi hantu atau apa-apa dunia ghaib berkait dengan Langkawi, tidak banyak maklumat akan keluar.
Mungkin ia di kaburi dengan dunia pelancongan yang pesat. Kami membuat keputusan untuk meneroka dan merasa sendiri alam ghaib yang ada di pulau itu.
Sebuah pulau yang penuh lagendanya, Langkawi mempunyai banyak kisah-kisah menarik. Mahsuri apabila di tikam dengan tombok, mengalir darah putih. Air terjun telaga tujuh pula di kait dengan 7 puteri yang suka tempat itu. Sejarah tamadun Langkasuka dan kaitan dengan negeri Patani. Dengan menjejak sejarah pulau itu sahaja, kita sudah dapat gambaran dunia yang misteri, yang penuh mistiknya. Alangkah terkejutnya apabila kami tiba di sana, bermacam-macam cerita yang kami dapat dari orang penduduk sana.
Langkawi telah membuka hati untuk menceritakan rahsianya kepada kami. Lalu ia menjadi tugas kami untuk menceritakan semula pengalaman kami di sana.
Lingsir wengi sliramu tumeking sirno Ojo Tangi nggonmu guling awas jo ngetoro aku lagi bang wingo wingo jin setan kang tak utusi jin setan kang tak utusi dadyo sebarang Wojo lelayu sebet
Pernah dengar lirik ini? Ini adalah lirik dari lagu Jawa bernama Lingsir Wengi. Ia dikatakan sebuah mantera untuk menyeru pontianak. Lingsir Wengi tidak di benarkan di nyanyi pada waktu tertentu.
Lagu ini naik populariti semenjak lagu ini dijadikan background music atau lagu latar untuk sebuah filem seram dari Indonesia,berjudul Kuntilanak, di mana apabila scene memuja atau memanggil pontianak lagu itu boleh kedengaran.
Banyak orang yang percaya bahawa lagu tersebut dijadikan lagu untuk memanggil makhluk halus. Hal itu semakin kukuh apabila ada khabar angin dari sebagaian orang yang didatangi pontianak setelah menyanyikan lagu itu.
Tapi adakah lagu ini benar-benar boleh memanggil Pontianak?
Lagu ini awalnya diciptakan oleh Sunan Kalijaga. Beliau yang lahir sekitar tahun 1450M dengan nama kecil Raden Said merupakan salah seorang dari 9 Wali Songo yang menyerbarkan ajaran Agama Islam melalui media kebudayaan jawa seperti wayang kulit, seni ukir , gamelan dan lain-lain.
Beliau juga mempunyai nama-nama panggilan lain seperti Lokajaya, Sheikh Malaya, Pangeran Tuban dan Raden Abdurrahman.
Beliau asalnya mencipta gending “Linsir Wengi ” untuk menolak godaan makhluk halus dan menghalau gangguan yang tidak diingini. Selain itu juga Lingsir Wengi turut didengangkan oleh ibu-ibu tidurkan anaknya yang tak mahu tidur.
Lingsir Wengi ini juga digunakan oleh Sunan Kalijaga setelah melakukan solat malam yang berfungsi untuk menolak bala. Selain itu makna lagu tersebut menyelitkan sebuah doa kepada Tuhan.
Merupakan salah satu lagu gending jawa, Lingsir wengi menggunakan pakem macapat.
Pakem macapat terdiri dari 11 pakem salah satunya pakem durma yang dipakai dalam lagu Lingsir Wengi.
Rupanya dalam filem Kuntilanak, liriknya sudah di ubah untuk menjadikan ia lebih seram. Mungkin di sebabkan itu, ramai percaya Lingsir Wengi boleh menyeru Pontianak.
Ini terjemahan lagu asli Lingsir Wengi oleh Sunan Kalijaga
Lingsir Wengi
Lingsir wengi Sepi durung biso nendro Kagodho mring wewayang Kang ngreridhu ati
Kawitane Mung sembrono njur kulino Ra ngiro yen bakal nuwuhke tresno
Nanging duh tibane aku dewe kang nemahi Nandang bronto Kadung loro Sambat-sambat sopo
Rino wengi Sing tak puji ojo lali Janjine mugo biso tak ugemi
Terjemahan dalam bahasa Melayu
Menjelang Tengah Malam
saat menjelang tengah malam
sepi tidak bisa tidur
tergoda bayanganmu
di dalam hatiku
permulaanya
hanya bercanda kemudian terjadi
tidak mengira akan jadi cinta
kalau sudah saatnya akan terjadi pada diriku
menderita sakit cinta(jatuh cinta)
aku harus mengeluh kepada siapa
siang dan malam
yang saya cinta jangan lupakan ku
janjinya kuharap tak diingkari
Ini pulak lirik lagu Lingsir Wengi dalam filem Kuntilanak
Lingsir wengi sliramu tumeking sirno Ojo Tangi nggonmu guling awas jo ngetoro aku lagi bang wingo wingo jin setan kang tak utusi jin setan kang tak utusi dadyo sebarang Wojo lelayu sebet
Terjemahan dalam Bahasa Melayu
Menjelang malam, dirimu(bayangmu) mulai sirna ( lenyap )
Jangan terbangun dari tidurmu
Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)
Aku sedang dalam kemarahan besar
Jin setan ku perintahkan
Jadilah apapun juga,
Namun jangan membawa maut