Termasuk ke Alam Bunian

Share

Pada umur aku 17 tahun, 10 tahun lepas, aku termasuk ke dunia bunian. Ini kisahnya.

Sejak kecil aku telah mendapat pelajaran Al Quran. Alhamdulillah, umur aku 15 tahun aku dah hafal Al Quran. Aku sekali sekala akan dapat panggilan untuk membaca Al Quran di rumah orang. Tak banyak, tapi cukupla. Aku ni pun bukan dari keluarga yang kaya. Duit itu aku guna untuk beli barang-barang sekolah, kalau ada lebih, baju seluar baru.

Dari sekolah berjalan kaki ke rumah, lebih kurang 20 minit. Ada aktiviti sekolah memaksa aku pulang lambat sikit. Aku berjalan kaki balik ke rumah, di belakang aku ada seorang lelaki ikut sama arah aku jalan.

Lelaki itu lalu tepi aku dan berkata, “Nak, tunggu jap.” Aku pun berhenti. Lelaki itu sambung, “Nak  hafal Al Quran kan? Pakcik pernah dengar.”

Aku jawab, “Ya cik”.

Lelaki itu sambung, “Alhamdulillah. Boleh tak anak datang ke rumah pakcik dan baca Al Quran”.

Saya setuju. Saya pun ambil butir-butir dari lelaki itu.

Sejak itu aku kerap ke rumah lelaki ini untuk baca Al Quran. Setiap kali baca, dia akan bayar aku. Dia juga sentiasa sediakan hidangan yang lazat. Oleh sebab itu, aku dan pakcik ni dah macam keluarga. Ibu bapa aku dah kenal dengan dia. Dia juga banyak tolong aku. Jika aku perlukan duit, dia akan tolong secara ikhlas. Dia tahu keluarga aku bukannya kaya. Pada mulanya aku segan. Ibu aku pun larang mengambil duit dari dia. Akhirnya aku terimaa je tanpa pengetahuan ibu aku.

Satu hari aku jalan kaki ke rumah lelaki itu lambat sikit sebab ibu minta tolong sesuatu. Aku berjalan seperti biasa. Di satu simpang, aku ke kiri. Ke sebuah jalan kecil. Jalan ni aku biasa lalu, jadi tak ada fikir-fikir apa.

Semasa aku berjalan di jalan sempit itu , aku merasakan jalan ni agak panjang. Aku ikut jalan itu, tapi masih tak jumpa kesudahan.

Magrib dah tiba, rumah lelaki itu masih tidak nampak. Macam dah lebih kira-kira 40minit berjalan. Aku mula rasa risau.

Akhirnya aku nampak sebuah surau. Pada awal tak terfikir mana datang surau ini, sebab jalan tu sepatutnya tak ada. Tapi memandangkan dah masuk waktu magrib, aku pun masuk.

Selepas sembahyang, ada orang menghampiri aku. Dia tanya, “dik nak join kami baca?”

Aku angguk. Kami pun baca dan terus mebaca. Tak sangka apabila aku habis sembahyang, seorang lelaki mengedarkan buku Yasin.  Dia menerangkan ada baca-baca sedikit. Aku terfikir tentang lelaki itu, aku menolak secara baik. Aku pun keluar dari surau itu selepas. Aku berjalan dua tiga langkah dan aku boleh nampak rumah lelaki itu tetapi apabila aku toleh belakang, surau itu dah tak ada. Hilang.

Baru sekarang aku terfikir, mana ada surau kat jalan ini. Aku terus ke rumah lelaki itu. Apabila aku tengok jam, waktu magrib baru nak masuk. Aku dengar bang untuk kali kedua.

“Kenapa dengan kau Toriq?” tanya lelaki itu.

“Saya rasa saya termasuk ke alam bunian.” aku jawab.

Published by
Jon