Uncategorized

Suasana Seram Memancing Dalam Jerebu

Share

Cikang, Ajit, Apie dan Juma, empat kawan karib yang suka memancing. Oleh kerana kesibukan mencari sesuap nasi, mereka sudah lama tak ke laut. Rindu dengan memancing, Cikang mengajak kawan-kawannya. Mereka setuju. Mereka dah tetapkan tarikh, 14 September.

Malangnya apabila tiba tarikh itu, Malaysia di landa jerebu yang teruk. Di nasihatkan kepada rakyat Malaysia untuk jaga kesihatan dan kalau boleh, tidak keluar dari rumah.

Ajit tak puas hati. Dia telah banyak habiskan duit beli peralatan baru. Dia juga sudah minta cuti dan cutinya di terima.

Melihat reaksi Ajit yang bengkek, Cikang mencadangkan untuk teruskan pelan mereka walaupun jerebu. Ajit setuju. Apie dan Juma terbelah bagi tapi setuju.

Dengan mengunakan bot pakcik Juma, keempat mereka berlayar ke laut. Jerebu agak teruk. Kiri kanan agak sukar untuk di lihat. Kami teruskan juga.

Selepas 20 minit dalam bot, Juma menghentikan enjin. Dia melihat keadaan sekeliling. “Aku rasa tempat ni sesuai kot.”

Kami pun mula pancing. Sambil pancing sambil borak. Sudah hampir dua jam, seekor ikan pun tak dapat. Mata Apie mula ngantuk. Dia membentangkan dua tiga tilam katil nipis untuk di jadikan tempat dia tidur. Dia baring. Matanya mula letih. Sebaik sahaja dia nak tidur, dia merasakan kaki seseorang lalu sebelahnya. Apabila dia buka mata, tiada orang. Apie sambung tidur. Sekali lagi dia cuba lelapkan mata. Kali ini di merasakan tilamnya pula di pijak orang. Pada mulanya Apie malas buka mata, tapi apabila pijakkan itu rasa makin dengan badannya, dia membuka matanya. Tak ada orang.  Apie menukar posisi tidurnya. Dia cuba untuk tidak fikirkan apa yang terjadi. Tiba-tiba dia dengar bunyi ketukan di dinding kapal. Berasa takut, Apie bangun dan terus mencari kawan-kawannya.

“Dapat ikan?” Apie tanya. Juma geling kepala.

Tiba-tiba Ajit tegur sambil tunjuk ke arah sesuatu, “Eh, ada orang main laser.” Perasan apa dia telah buat, dia terus senyap. “Kepala otak itu laser” bengkek Cikang. Ajit lihat sesuatu terbang. Pergerakkannya seperti laser.

Tak lama kemudian, mereka berempat dengar suara orang menangis dari dalam kapal. “kau jangan berani nak tegur jit” tegas Juma. Mereka berempat cuba buat tak tahu. Suara tu makin dekat. Di sambung dengan ketukan dinding. Tiba-tiba cawan jatuh dari meja dan berguling-guling ke mereka.

Ajit membaca al-fatihah, ayat kursi dan segala ayat dia tahu. Apie memancing semula. Cuba buat keadaan seperti tidak ada apa-apa berlaku. Tapi keadaan di situ amat tegang. Senyap. Bunyi angins sahaja mereka dengar.

Tiba-tiba rod Ajit bergerak. “Ikan jit!” teriak Cikang. Ajit pusing kepalanya dan melihat rodnya bergerak. Dia pun tarik ikannya.

Muka Ajit gembira. Ikan pertama mereka untuk malam itu. Untuk seketika, mereka terlupa tentang suasana seram tadi.

Ajit tiba-tiba rasa pelik. Bukankah dalam kapal ni sepatutnya ada 4 orang sahaja tapi kenapa ada 5 orang. Dia memerhatikan betul. Rupa-rupanya salah seorang tu bukan kawannya, tapi hantu. Ajit perasan hantu itu merupai Juma. Sebaik dia perasan keadaan itu, hantu itu hilang. Dia sempat melepaskan bunyi menggilai. “Aku rasa kita balik je la,” kata Cikang. “Jerebu pun makin menebal.”

Tiba-tiba mereka dengar bunyi siren. Mereka tak tahu siren tu datang dari arah mana sebab mereka sendiri tak nampak apa-apa kapal. Tahu-tahu sahaja sebuah kapal besar lalu sebelah mereka.

Dengan keadaan jerebu, di ganggu pulak hantu, ikan pun tak muncul, kapal mereka hampir terlanggar, macam-macam, mereka membuat keputusan untuk pulang ke darat.

Published by
Jon