Uncategorized

Siti Jalang: Lagenda Kota Tinggi

Share

Siti Aminah atau lebih di kenali sebagai Siti Jalang adalah sebuah cerita rakyat di Kota Tinggi, Johor mengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan 99 lelaki dan kesemua suaminya mati.

Oleh kerana kisah Siti Jalang ini tidak pernah di catat, membuatkan ramai yang ragu-ragu dengan kisahnya tetapi di Kota Tinggi wujudnya makam yang di katakan milik Siti Aminah. Ia di jaga oleh seorang pemilik kilang kayu, sejak itu bisnesnya maju. Sebelum itu, kubur Siti Jalang terbiar. Baru-baru ini sahaja ramai mula kunjung makam Siti Jalang.

Kisah Siti Jalang menjadi hangat di mulut rakyat Malaysia apabila telemovie berjudul ‘Sanggul Beracun’ terbitan Balang Rimbun, di bawah arahan Sabri Yunus. Erra Fazira berlakon sebagai Siti Aminah. Kisahnya Siti Aminah di lahirkan buruk. Tiada siapa mahukan dia. Dia di kutuk oleh semua lelaki. Satu hari, kawan ayahnya sudi kahwin dengan Siti Aminah, tetapi tujuan sebenar kawan ayahnya adalah untuk miliki tanah pusaka mereka. Selepas ayahnya di bunuh, Siti di halau keluar rumah. Dia berjumpa dengan seorang jin yang janji mencantikkan Siti tetapi dia kena bunuh 100 lelaki untuk mengekalkannya. Siti ikut perintah sehingga dia berjumpa dengan Hassan, lelaki Siti yang ke-100. Hassan mempunyai dendamnya tersendiri kerana abang ipar dia di bunuh oleh Siti. Telemovie ini telah menang Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2011.

Pernah juga dengar cerita tentang orang yang mengutuk Siti Aminah di makamnya. Balik dari kunjungan, mereka muntah-muntah dan sakit beberapa hari.

Siti Jalang datang dengan banyak versi, ada juga versi yang mengatakan bahagian sulitnya di tutup dan tiada lelaki boleh asmara dengan Siti sehingga dia jumpa lelaki yang sesuai dengannya. Lalu dia berkahwin dengan 99 lelaki sehingga dia jumpa yang sesuai dengannya. Versi yang lain memberitahu tentang balas dendam Siti kerana ibunya di rogol oleh 99 lelaki. Apabila besar, dia bernekad untuk bunuh setiap lelaki itu. Versi yang paling biasa di dengar adalah Siti di sumpah untuk tidak dapat bersama dengan lelaki sebab perjanjiannya. Apabila ada sahaja lelaki yang ingin berasmara dengannya, kala jengking akan keluar dari tempat sulit Siti dan lelaki itu mati kena racun kala jengking.

Nak ikutkan memang tidak logik cerita Siti Jalang. Tapi itu buatkan dia menarik. Lagenda atau mitos datang dari kisah benar, ia di kembang orang penduduk tempatan. Mungkin Siti seorang perempuan yang nasibnya malang. Pernah berkahwin 3 atau 4 kali. Tapi setiap kali suaminya mati di sebabkan kecelakaan. Mungkin suami terakhir mati sebab kena gigit kala jengking. Kita tidak akan dapat tahu kisah sebenar Siti Jalang tapi kita boleh bayangkan. Itu tarikkan Siti Jalang: Lagenda Kota Tinggi.

 

Published by
Jon