[Siri Dusun Indah] Tersangkut di tengah-tengah bukit yang curam

Share

Ayah aku ada tanah di sebuah bukit bernama Dusun Indah (bukan nama sebenar). Kawasan tu memang di naikkan untuk mereka yang nak lari dari kesibukkan kotaraya. Kawasan tu di sediakan sebuah rumah dan tanah untuk berkebun. Sebab tanahnya merah, dusun tu sangat subuh. Ada lah pisang, durian dan macam-macam lagi. Perlahan-lahan dia bangunkan kawasan tu. Zaman kecil, setiap sabtu, di situlah kami menghabiskan masa. 

Oleh kerana ia terletak di bukit dan sekali-sekala sahaja tuan rumah datang, kawasan tu agak keras. Ada bermacam-macam kes pelik berlaku di situ. Termasuk kawasan rumah kami. Saya akan post beberapa cerita yang berlaku di depan mata saya sendiri atau di ceritakan kepada saya.

Kejadian ini berlaku kat aku sendiri. Kami baru habis shooting. Semasa tu kami buat pengambaran kuda kepang. Jam pun nak menunjuk hampir pukul 1. Hujan pun mula turun. Oleh kerana nak jimat, kami menginap di Dusun Indah. Team aku dah penat, sorang pun tak nak ikut aku sebab aku kena singgah ke rumah wak Hashim, pulangkan sesuatu baru boleh balik. Jadi aku pandu la seorang diri dengan kereta myvi penolong pengarah.

Rasanya dah hampir dua tahun juga aku tak balik Dusun Indah, jalan naik ke rumah tu, aku ingat-ingat lupa.

Sebelum masuk ke Dusun, ada satu jalan panjang. Rasa kalau pandu, ada 5 minit juga baru sampai kat pondok guard. Jalan tu pun boleh tahan seramnya. Kiri kanan kelapa sawit. Jalan pulak tak ada lampu. Hanya di hujung jalan, di pondok guard, lampu kecil yang jauh itu yang menerangkan seluruh jalan di situ.

Kalau aku kata aku berani, menipulah. Tapi kena beranikan diri. Banyak cerita aku dengar tentang jalan panjang ni. Ada nampak hantu raya di celah-celah kelapa sawitlah, hantu galah berdiri tengah jalanlah, pontianak berterbanganlah. Macam-macam. Bila kau dah dengar cerita macam tu, of courselah otak kau akan berfikir macam-macam.

Jadi aku pun masuk jalan panjang tu. Nasib hujan dah berhenti. Aku cuba fokus mata aku kat lampu pondok guard tu. Tiba-tiba lampu tu terpadam. Main-main pulak guard ni, itu buatkan aku mula rasa tak selesa. Aku cuba pecut sikit. Otak aku dah mula bayang macam-macam. Aku tak nak pandang langsung kiri kanan.

Sampai ke simpang masuk ke dalam Dusun, aku angkat tangan kat pak guard. Pak guard yang tengah baiki lampu tu pun balas angkat tangan.

Bermulalah jalan tanah merah. Balik KL memang kena basuh kereta. Ingat jalan panjang tu seram, dalam dusun lagi lagi meremang. Aku mula tak sedap hati. Sampai satu simpang, aku kena turn kereta 360 dajah, untuk naik ke tempat tinggal.

Aku teruskan pemanduanku, tiba-tiba seekor rusa melompat depan kereta aku. Aku brake. Rusa tu berhenti tengah jalan. Aku high beam untuk menghalau rusa itu. Kerana terperanjat ia lalu beredar. Kalau korang rasa tiba-tiba rusa muncul tu pelik, memang pelik. Tapi sanggup aku tersempak dengan rusa dari benda ghaib.

Setiap jalan naik ke tempat tinggal ada landmark dia yang aku ikut. Aku baru lepas rumah doktor Chandran. Apa beza rumah dia, ada pagar berwarna putih di depan rumahnya. Tiba-tiba aku bertemu dengan jalan yang pecah kepada tiga arah. Aku berhenti kereta. Aku tak ingat jalan ni. Aku dah salah jalan ke? Tak mungkin, aku baru lalu rumah Doktor Chandran. Aku cuba fikir balik. Dalam otak aku, jalan ke kanan sekali adalah jalan betul. Tapi aku was-was.

Jam pun dah tunjuk pukul 2 pagi. Lalu je la. Jadi aku buat pilihan, ambil jalan ke kanan sekali.

Alangkah salah pilihan aku, ia jalan menjunum ke bawah. Jalan menghala ke belakang bukit. Jarang aku lalu jalan ni sebab jalan dia bahaya. Di tengah-tengah jalan aku break. Kalau aku turun ni, aku tak rasa selamat, ia menjunam sangat. Tak berani aku. Aku cuba gostan. Kereta myvi ni tak kuat pulak nak gostan. Tambahan pula jalan licin baru lepas hujan.

Tu ceritanya. Aku tersangkut di tengah-tengah bukit pada pukul 2 pagi. Aku ambil phone telefon team aku. Kameraman tak angkat. Dia memang kaki tidur. Aku cuba call pengarah. Tiada dalam perkhimatan. Aduh… Aku call penolong pengarah, nasib dia angkat. Oleh kerana tempat pun line pun tak berapa nak clear, aku cuba beri info sepantas boleh. Aku juga whatsapp mereka.

Team aku dah dapat info. Harap dia tahu lah mana tempat aku sangkut. Sekarang ni aku hanya boleh tunggu. Bermacam-macam benda tengah main di kepala aku. Aku tak nak angkat kepala. Mata aku fokus kat handphone. Lama pulak rasanya. Aku call mereka balik. Mereka marah aku balik, katanya baru 15 saat lepas aku call, mereka baru nak keluar.

Aku pun tunggu. Badan dah tak sedap dah. Aku rasakan ada benda di luar kereta. Seperti memerhati aku. Belah kiri aku pulak aku dengar rumput bergerak seperti orang sedang berjalan. Tambah pula di atas pokok dengar bunyi burung hantu. Mata aku tak bergerak, hanya perhatikan handphone aku. Cepatlah sampai, aku fikir. Tiba-tiba angin kuat tiup kawasan tu. Bunyi angin tu menambahkan keadaan menjadi seram.

Selepas angin tu beredar, kawasan menjadi senyap. Sudah tiada bunyi burung hantu, bunyi cengkerik, bunyi apa-apa. Orang kata kalau suasana senyap, Malaikat lalu. Alangkah kalau betul statement tu. Tiba-tiba bunyi menggilai. Aku dah tak boleh terima lagi. Badan aku meremang. Tangan ku bergetar. Mana dia orang ni, cepatla selamatkan aku.

Aku terus pandang phone. Tak lama kemudian bunyi ketukan di luar kereta. Apa pulak ni. Aku cuba buat bodoh. Ia ketuk lagi. Aku tak boleh tahan, tergerak mata aku intai kat cermin. Cis, rupanya budak aku dah sampai. Mereka gelak. “Dah. Jangan gelak sangat.” kata pengarah aku. Dia ni mata batinnya dah terbuka. Jadi bolehlah nampak makhluk ghaib. Apabila dia marah camtu, ada benda la tu.

Selepas berbincang kita memutuskan untuk sondol kereta myvi ke belakang. Selepas berjaya sondol, kita balik ke tempat tinggal.

Walaupun aku tersangkut 15 minit, tapi rasa macam sejam kat situ.

Selepas sampai ke tempat tingga, pengarah kami memberitahu sekurang-kurangnya ada 5 makhluk ghaib di kawasan aku sangkut. Salah seorangnya berdiri depan kereta myvi sambil perhati aku.

Itulah salah satu kejadian yang aku lalui kat Dusun Indah. Next week aku cerita pengalaman seram yang lain.

Published by
Jon