Ini adalah sambungan dari cerita ‘Hantu Main Candy Crush’.
…”Dari tadi Kak Gee tunjuk hebat. Tempat ni keras Kak Gee. Dia tak ganggu kalau kita tak ganggu dia.” aku jawab. Kak Gee senyap je.
“Kak, cuba tengok belakang Mira.” tanya Mira. Apabila tengok, ada bekas cakar kat badan Mira. Bila masa pulak Mira di cakar. “Ni siapa yang cakar ni Mira?” tanya Kak Gee.
Sebelum sempat dia jawab Mira histeria. Dia menjerit ketakutan seperti nampak sesuatu. Badannya bergelut. Kami cuba pegang dia tapi gelutan dia amat kuat. Amira bukan lah besar sangat. Kurus. Tapi cara dia bergelut seperti bodybuilder. Sampaikan penolong pengurus di tolaknya.
Aku telefon ayah. Tanya siapa boleh tolong. Dia suruh aku call Wak Sudin. Aku pernah jumpa Wak Sudin, dia bomoh kampung berdekatan. Aku cuba menelefon Wak Sudin, tapi tidak dapat di hubungi. Aku suruh budak produksi membawa Amira masuk ke dalam van. Aku plan nak bawa dia jumpa Wak Sudin. Aku ingat-ingat lupa rumahnya tapi aku dah tak ada pilihan. Sebelum sempat di angkat, Amira melepaskan diri dan berlari keluar rumah. Kami kejar dia.
Sebelum sempat lari jauh, Salah seorang krew sempat tangkap dia.
Tiba-tiba Kak Gee menari. Dia menari seperti puteri zaman dulu. Matanya tidak berkelip, senyumannya menyeramkan. Tak tahu nak buat apa, kami biarkan dia menari.
Tiba-tiba Amira merangkak ke Kak Gee. Amira memerhatikan langkah Kak Gee. Kak Gee sambung menari.
Tak lama kemudian Amira mengikut tarian Kak Gee. Seperti melihat persembahan tapi seorang pun takut nak hentikan.
Sekali lagi aku telefon semula Wak Sudin. Tiada orang angkat.
Tarian mereka makin laju. Tak boleh tahan lagi, pengurus produksi menekam Kak Gee. Amira dan Kak Gee tumbang.
Tak lama kemudian Amira sedar. Kami berikan sebotol air untuk di minum. Salah seorang krew tanya apa yang Amira nampak. Amira enggan cakap. Dia senyap. Tapi matanya masih bergerak ke kiri ke kanan. Aku cuba ikut apa yang Amira sedang perhati.
“Lemas,” Amira beritahu dengan sesak nafas.
“Beri dia ruang. Dia susah bernafas,” aku mengarah. Semua orang ke belakang memberi Amira ruang.
Kak Gee pun sedar. Kami bagi dia air. Kami tanya Kak Gee apa berlaku. Dia tak ingat langsung. Apa yang dia ingat, semua orang sedang kejar Amira.
Tiba-tiba, “Badannya hitam. berbulu. matanya merah. Muka seperti manusia. Tinggi.”
Semua senyap. Sambung Amira, “Selepas akak tegur badan saya kena cakar, saya nampak lembaga hitam itu muncul dari belakang abang tadi” (sambil tunjuk kat kameraman).
Bulu roma kameraman meremang.
“Dia perlahan-perlahan datang menghala kat saya. Apabila dia pandang saya, satu badan rasa takut. Saya tak ingat langsung apa terjadi lepas tu. Sedar-sedar saya kat luar rumah” sambung Amira.
“Aku rasa kita cari tempat tinggal baru je.” salah seorang krew bersuara.
Apabila aku dengar kata tu, aku kena setuju. Malam itu kami membuat keputusan untuk batal pengambaran kami dan balik Kuala Lumpur. Setiap orang di beri dua hari rehat dan sambung kat Ulu Langat.
Setakat lalu, objek bergerak, di usik sikit, boleh lagi kuatkan semangat. Tapi selepas kejadian itu, aku sendiri takut nak ke Dusun Indah. Itu la kali terakhir aku ke sana.