‘Pukul 2 pagi I call you tapi lelaki yang angkat.’
Itu whatsapp pertama yang Sakura baca sebaik bangun dari tidur. Watsapp itu datang dari tunangnya, Zak. Sakura pelik dengan whatsapp itu. Dia cepat-cepat check ‘call log’, ya, betul, tertulis kat call log tu, pukul 2 pagi tunang dia ada call dan ada orang angkat. Tapi siapa yang angkat?
Sakura memang jenis tidur mati. Susah dia nak bangun dari tidur. Guna jam loceng pun tak boleh buat dia terjaga. Hanya mengunakan kekerasan atau menjerit baru dia bangun. Jadi apabila Zak telefonnya semalam, dia tak sedar.
Dia cuba telefon Zak tapi tak angkat. Mungkin Zak penat. Dia hanya tinggal whatsapp kepada Zak.
‘Selamat pagi Sayang. Lelaki mana pulak yang angkat? Tak faham. Call i balik Asap.’
Pagi tu Sakura tak selesa duduk. Sementara menunggu, dia tonton cerita kat Astro, tapi setiap 5 minit dia akan check telefonnya. Sakura nampak ayahnya baru keluar dari bilik. Memang setiap pagi, kalau sempat dia akan breeze walk kat taman depan rumah.
“Ayah. Semalam ayah ada masuk bilik adik ke?” tanya Sakura.
“Camana ayah nak masuk bilik kau kalau setiap masa pun berkunci. Nak join ayah breeze walk?” jawab ayahnya.
“Next time la Ayah” jawab Sakura.
Pukul 10 lebih, Zak call Sakura. Dengan lajunya dia jawab.
“Sayang” Sakura angkat sambil berjalan ke biliknya.
“Lajunya angkat. I tak sempat bangun dari katil lagi” kata Zak.
“Siapa angkat semalam sayang?” tanya Sakura.
“Mana lah I tahu. Ayah u ke.” jawab Zak.
“Dah tanya. Dia tak angkat.” jawab Sakura.
“Cousin U?” tanya Zak.
“Cousin mana pulak. Kat rumah ini ada I dan mak bapak I je. U prank i kan?” jawab Sakura.
“Nak buat apa prank-prank U ni. I call U semalam sebab Halim ajak pergi lunch dengan dia dan isterinya. Nak tak?” tanya Zak.
“Eh bila Halim balik? Boleh je. Cepatlah cerita tentang semalam!” jawab Sakura.
“Ish! Sabar le. Halim balik untuk wedding kita. Semalam dia sempat main futsal dengan kami. Ok. Balik kepada kejadian semalam. I call la u nak tanya kalau u nak lunch dengan dia orang. First time i call, u tak angkat. Kali kedua i call, ada orang angkat. Mula-mula hanya dengar nafasnya sahaja. Kuat je bunyi nafasnya. I tanya lah siapa ni. Dia tak jawab. I tanya Sakura ada. Kali ini dia jawab, Sakura tidur. Suaranya sangat ngaring. Sebelum sempat i tanya lebih, dia letak phone. Tu yang i whatsapp u tu.” terang Zak.
“Dan awak tak suspek mungkin dia tu perompak ke, perogol ke. Awak biarkan je macam tu sampai pagi?” marah Sakura.
“I ingatkan bapak u ke, saudara u ke. Mana lah i tahu.” terang Zak.
“Useless. Kalau jadi apa-apa kat tunang u camana?” tanya Sakura.
“So siapa angkat phone semalam?” tanya Zak.
“Tak tahu sayang. Meremang i dengar cerita u ni.” jawab Sakura.
“Hantu?” tanya Zak.
“Argghhhhh… Sayang. Tak tahu” jawab Sakura sambil takut.
Sakura ada serangan panik. Zak cuba tenangkan Sakura. Lebih 10 minit juga Sakura panik.
Selepas Sakura tenang, dia memberitahu kepada keluarganya. Ayah dia telepon seorang kawannya yang boleh bantu. Kawannya memberitahu ada orang yang suka dengan Sakura. Dia inginkan Sakura. Jadi dia hantar sakanya untuk memiliki Sakura. Setakat ni kata kawannya, makhluk itu belum lagi sentuh Sakura tapi Sakura kena ada pelindung. Mereka semua setuju.