Duduk di pangsapuri kau akan kenal jiran-jiran kau. Din Rambo, seorang lelaki yang suka pakai vast tanpa apa-apa baju di dalamnya, duduk sebelah kiri rumah aku. Dia seorang pemandu bas dan isterinya bekerja sebagai jururawat. Lee Jawa, duduk sebelah kanan rumah aku, seorang lelaki cina yang suka makan asam pedas. Boleh kata tiap-tiap hari kami boleh bau lauk asam pedas. Lee bekerja sebagai pomen. Isterinya suri rumah. Juli, Celine dan Wawa, tiga anak dara duduk depan rumah aku. Mereka ni datang dari Sabah dan bekerja di kilang. Kadang-kala mereka ni lupa nak tutup tingkap, jadi… Tak payah sambunglah. Seperti aku cakap, duduk di pangsapuri kau akan kenal jiran-jiran kau.
Lupa nak kenalkan. Nama aku Remy. Kerja sebagai admin di sebuah sekolah. Mempunyai seorang isteri yang aku amat sayang bernama Rozita. Jangan salah faham, dia bukan che wan, dia Rozita Yusof, badan 83kg, muka tembam, tak berkerja, sentiasa membebel. Selepas beranak, badannya tak turun-turun. Tapi camana comelnya dia, aku tetap sayang isteri aku.
Aku juga mempunyai dua anak kembar. Upin dan Ipin. Sebenarnya nama mereka Mohd Ziyad Harith bin Mohd Rahim dan Mohd Ziyad Husin bin Mohd Rahim. Senang untuk orang ingat, aku kenalkan mereka dengan nama Upin dan Ipin.
Ok. Ceritanya berlaku beberapa minggu lepas. Aku dan jiran-jiran aku di ganggu pocong.
Ia mula seperti malam biasa, aku baru balik kerja. Hari ini balik lambat sikit. Isteri aku sedang buat Yoga. Aku ajak dia makan, “Tak boleh B. I kan diet.” katanya.
Dah berbulan aku tengok dia diet, tapi tak kurus-kurus juga. Jadi aku pergi ke dapur. Hari ini isteri aku masak ikan goreng dan telur kicap. “B, awak masak ikan goreng dan telur kicap je eh?”
“Ya la B. Saya penat la. Jaga anak awak. Basuh baju. Sidai baju. Basuk berak anak awak. Tidurkan petang. Buat susu. Macam-macam. Awak tak kesian kat saya ke? Awak tahu komplain je.” kata isteriku.
Panjang betul jawapannya. Aku tanya je mana la tahu dia ada simpan makanan lain. Intai kat tong sampah ada bekas KFC. Mana lah tahu ada simpan sikit KFC untuk aku. “Upin dan Ipin dah makan?” aku tanya.
“Dah B. U ingat i ibu macam mana. Tak kan la i biarkan anak i tak makan. Cuci berak pun i yang buat.” jawab isteriku.
Aku pun bawa makanan ke ruang tamu. Upin dan Ipin sedang menonton tv. Aku tanya mereka, “Sedap makan KFC.”
“Sedap. Daddy.” kedua-dua mereka jawab.
Selepas selesai makan, aku bersihkan diri.
Perut dan kenang, Badan dah bersih, aku main dengan anak aku. Isteri aku baru settle yoga dia. “B. I mandi dulu. U mainlah dengan anak tu. Bila lagi masa nak main dengan dia orang. Karang dia tak sayang u kang baru tahu.”
Tak tahu la isteri aku nampak apa, tapi aku rasa aku sedang main dengan mereka. Dia pun masuk ke tandas.
Tak lama kemudian aku dengar tiga anak dara depan rumah, baru balik kerja. Aku buat-buat keluar hisap rokok. Seperti biasa aku di sambut dengan mesra. “Dah makan abang Remy.” kata Juli. “Hi Abang Remy” kata Celine. “Bila nak belanja kami makan abang Remy” kata Wawa.
“Tunggu kakak kau berhenti diet baru boleh belanja makan,” aku jawab. Mereka gelak. Din Rambo pun keluar dari rumahnya. “Remy.” katanya.
Din menghidupkan rokoknya. “Vast baru ke?” aku tanya dia.
Din jawab,”Ya cantikkan.” Aku angguk je.
Isteri aku dah habis mandi. Aku pun ingin masuk ke dalam rumah, tiba-tiba aku dengar jeritan dari rumah anak dara tu. Aku dan Din mengetuk pintu mereka. Lee Jawa pun keluar dari rumahnya. “Apa terjadi” tanya Lee. Aku tengok balik ke rumah aku dan lihat isteri aku sedang intai dari tingkap.
Tak lama kemudian, ketiga-tiga mereka berlari keluar dari rumah dalam keadaan takut. “Kenapa? Kenapa?” aku tanya.
Celine jawab… “Pocong.! Ada pocong dalam rumah kami!”
[BERSAMBUNG]
Aku dan Wan ingin memancing di tepi pantai. Aku sedang bersiap-siap dengan peralatan pancingku, datang ibu ku bertanya kemana aku nak pergi. Aku jawap nak pergi pancing. Dia sambung dengan memberitahu kan malam ini khamis malam jumaat. Tak baik keluar, kata ibu. Dia tidak benarkan aku pancing. Dia suruh aku pergi lain hari. Ibu memang kuat sikit kepercayaannya. Dia tak paham perasaan orang suka pancing seperti aku. Dah hampir sebulan tak pancing. Tangan ni bergetar je. Esok aku cuti. Sabtu dah kerja balik. Malam ini sahaja lah aku ada masa nak pancing. Aku berdegil walaupun di larang ibu. Wan tiba dan kami terus beredar.
Kami pun tiba di tepi pantai. Kami mencari port paling baik untuk memancing. Malam ini sejuk dia lain macam. Nasib aku bawa baju tebal. Si Wan ni badan besar, dia konon boleh tahan dan tak perlu kan baju sejuk, Tengok-tengok dia sedang mengiggil. Aku gelak je. Tak lama kemudian Wan tegur, kenapa malam ini tak ada orang memancing. Aku pun toleh kiri kanan. Betul apa Wan cakap. Selalu ada orang akan pancing, walau tak banyak, tapi mesti ada. Aku malas fikir sebenarnya, jadi aku sambung memancing. Wan pun join memancing dengan aku.
Sudah sejam berlalu. Mataku masih lihat kiri kanan pantai. Masih tak ada orang lain. Hanya kita dua. Tiba-tiba Wan ajak aku buang air kecil. Aku pandang slack kat dia. Tak kan aku nak teman dia. Wan pun cari tempat unutk buang air kecil. Aku pun sambung pancing. Pandangan ku ke laut. Entah kenapa aku ingin sangat pusing kepala dan mencari Wan. Semasa aku pusing, alangkah terperanjat ada seorang perempuan sedang berdiri di belakang Wan. Rambutnya panjang. Berbaju putih. Terkaku aku. Apabila Wan selesai buang air kecil, Dia pusing dan lalu sebelah perempuan itu tapi dia seperti tidak perasan ada perempuan di tepinya. Wan sampai dan memberitahu semasa dia membuang air kecil, dia rasa bulu roma dia meremang. Aku pandang Wan dan pandang semula lokasi di mana perepuan itu sudah tiada. Wan marah. Macam aku tak pedulikan kata dia. Aku minta dia ulang semua. Wan beritahu semasa dia buang air kecil, bulu roma dia meremang seperti ada orang sedang perhati di belakang dia. Dia sambung lagi, dah la malam ni kita berdua je kat pantai ni. Kedua-dua kami rasa tak sedap hati. Jadi kami memutuskan untuk berhenti pancing.
Aku dan Wan bergesa kemas barang pancing kami, tiba-tiba kami dengar bunyi burung hantu. Ibu selalu cakap kalau ada bunyi burung hantu. Bunyi itu pun dah buat aku dan Wan panik. Kami dah tak fikir apa-apa lagi, kami ambil apa yang kami mampu dan berjalan terus ke kereta. Tak tahu la kalau ada benda tertinggal. Kam dah tak kisah.
Semasa berjalan menuju ke kenderaan, kami rasakan ada sesuatu mengekori kami. Kami terus masuk ke dalam kereta. Kunci pintu dan cuba hidupkan enjin. Alamak. Time ni pulak kereta tak mahu hidup. Aku tanya minyak cukup tak. Wan jawap dengan panik, minyak cukup. Wan cuba sekali lagi hidupkan enjin. Kali ini aku dapat rasakan ada seseorang sedang perhatikan aku di tepi tingkap. Mataku hanya memandang ke kaki. Aku paksa Wan cepat hidupkan enjin. Wan jawap dengan marah, “Kau ingat aku buat apa ni!” Tiba-tiba enjin dapat di hidupkan. Wan tekan minyak dan lalu pergi.
Lega sikit perasaan aku. Selepas kami sampai ke jalan besar barulah aku Aku pun memberitahu yang aku nampak seorang perempuan berbaju putih sedang perhatikan dia. Wan tak mahu dengar. Dia buka radio kuat-kuat. Sepanjang perjalanan kami senyap.
Sampai drop aku kat rumah. Dia kata dia belum sedia lagi nak bercerita apa berlaku. Dia beritahu esok malam kita jumpa lepak mamak. Aku setuju. Aku pun buka pintu rumahku. Ibu ku sambutku. Dia tanya dapat banyak ikan ke. Aku tak jawap. Dia masuk ke tandas, basuh kaki, buang air kecil. Ibu sudah siapkan aku air teh. Dia tanya lagi, “siapa perempuan kat belakang kereta tadi?” Aku terkejut. Perempuan? Ibu sambung,”Aah. Rambutnya panjang. Baju putih. Teman baru Wan ke?” Aku tak tahu nak jawap apa.
Wan dan Nani tinggal berdua di sebuah apartment yang mereka sewa. Kadang-kala Nani terpaksa bekerja hingga lewat malam. Wan seorang penakut. Apabila Nani pulang kerja lewat, Wan akan gelisah. Dia akan buka lagu K-Pop kegemarannya untuk hilangkan ketakutan.
Minggu ini Nani tidak balik ke rumah untuk beberapa hari. Wan terpaksa memberanikan diri tinggal seorang. Pada siang hari Wan tidak takut tetapi apabila menjelang senja, hatinya mula berdebar.
Pelbagai senario yang bermain dalam fikirannya. Wan mengambil keputusan membuka semua lampu di dalam dan di luar rumah serta akan ke bilik tidur walaupun belum terasa mengantuk.
Mungkin juga sebab perasaan takut, apa sahaja bunyi yang didengari akan membuatkan Wan berasa tidak senang duduk. Bunyi orang berjalan, berlari mahupun menutup pintu membuatkan hatinya kecut dan berdebar-debar.
Keesokan harinya perkara pelik mula berlaku. Dia seakan mendengar bunyi kaki dihentak dengan kuat dari atas siling rumah. Wan tidak menghiraukan bunyi itu kerana sangka mungkin datang dari rumah jirannya, tetapi bunyi itu membuatkan Wan tidak dapat tidur.
Nani telah balik daripada urusan kerjanya di luar daerah. Lega hati Wan. Wan tegur Nani tetapi Nani buat bodoh.
Mungkin Nani letih, teka Wan dalam hatinya. Sekali lagi dia cuba tegur Nani, namun tetap tidak dijawab. Sebaliknya Nani hanya menundukkan wajah dan diam.
Wan rasa sakit hati. Dia pun beredar dan bersiap-siap untuk keluar. Sekali lagi dia memanggil Nani. Dia ingin ajak Nani join dia sekali.
Muka Pucat Lesi
Dia cari Nani tapi tak jumpa. Wan terus menuju ke bilik Nani. Dia mengetuk pintu bilik tetapi tidak ada jawapan. Akhirnya pintu bilik Nani terbuka sendiri. Biliknya gelap dan tidak terusik. Kelibat Nani pun tak ada.
Jenuh Wan mencari temannya itu di sekeliling rumah. Akhirnya Wan mengambil keputusan menelefon Nani.
Nani hairan kenapa Wan tanya dirinya di mana. Wan pula hairan kenapa Nani beranggapan sebegitu. Tidakkah Nani yang baru pulang ke rumah? Kenapa dia pula hairan jika Wan mencarinya?
Bertambah hairan Nani apabila mendengar cerita Wan itu kerana dia belum lagi habis kerja. Masih di luar daerah. Apa pula yang Wan merepek itu?
Mendengarkan penjelasan Nani itu, wajah Wan terus berubah pucat lesi. Terus dia terfikir, siapakah yang sebenarnya berada di ruang tamu rumah mereka? Kecut perut Wan mengingatkan senario tersebut.
Tanpa berlengah Wan terus keluar rumah. Nani yang kehairanan mengambil keputusan untuk terus balik. Mereka mengambil keputusan untuk tidak masuk ke dalam rumah dan hanya tidur di hotel.
Esoknya mereka beranikan diri masuk ke dalam rumah. Itu pun apabila abang Nani teman. Nasihat abang Nani agar selepas ini rajin-rajinlah membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi melindungi diri. Paling kurang pun pasanglah ayat-ayat Al-Quran sebagai penyeri suasana rumah ketika dalam keadaan sunyi.
Isteri aku meninggal beberapa minggu lepas. Kemalangan. Aku ada 3 orang anak. Dua laki. Satu perempuan. Yang perempuan tu baru 3 tahun. Apabila aku cerita apa terjadi dekat ibunya, yang dua laki itu faham, mereka dah besar sikit. Boleh berfikir. Tapi anak yang terakhir, perempuan tu selalu cari ibunya.
Sejak kematian isteri, aku terpaksa hantar ke rumah ibu ku yang duduk tidak jauh dari aku. Isteri aku memang tak kerja. Dia lah yang uruskan anak-anak aku. Tapi di sebabkan dia sudah tak ada, ibu aku jadi penganti.
Setiap pagi aku kejut nak bawa ke rumah ibu aku, anak aku yang perempuan, Aishah akan sentiasa mencari ibunya. Dia akan menangis. Memanggil-manggil nama ibu. Nak tidur pun sama. Dia menangis, “Nak ibu. Nak ibu”.
Saya tak boleh tahan, saya mencari seorang pakar yang boleh kuatkan semangat anak aku. Kawan aku temukan aku dengan seorang bernama Mahbub. Dia beritahu dia boleh bantu tapi dengan cara tradisional. Saya ok je kalau ia boleh kuatkan semangat anak saya.
Kami ke rumah dia. Dia baca sesuatu ke arah botol kecil. Dia beri kepada saya dan letak didalam bilik mana anak saya tidur. Mahbub suruh botol ini di letak bertentangan arah kiblat. Saya ikut sahaja. Keesokkan hari nya Aishah tidak menangis lagi. Aku bersyukur kegembiraan. Hari kedua pun sama dan hari seterusnya.
Hari ke 100 kematian isteri aku, kami adakan majlis tahlil. Selepas selesai majlis itu, aku, adik dan ibu mengemas rumah. Anak-anak aku dah mula ngantuk. Aku suruh mereka naik dan masuk tidur. Aku angkat Aishah dan tidurkan dia. Aku turun semula dan bantu kemas. Selepas selesai, jam pun tak tunjuk pukul 1, adik aku bawa pulang ibu. Aku pun nak masuk tidur, di luar pintu aku dengar anak aku sedang bercakap, “ibu, kenapa ibu tinggalkan Aishah… Aishah rindukan ibu.” Aku buka pintu dan melihat anak aku sedang berpaut di tepi tingkap seperti bercakap dengan seseorang. Aku terkejut. Aku panggil anak aku. “Aishah… Aishah cakap dengan siapa tu? Mari kat ayah”. Aishah jawab, “Ayah, ibu la kat tingkap.” Masya Allah. Aku terus ke Aishah dan lihat memang ada lembaga serupa muka isteri aku. Meremang aku tengok. Aku tarik Aishah, kejutkan kedua-dua anak aku dan kami pergi ke rumah ibu aku. Aishah menangis, “Nak ibu. Nak ibu.” Sepanjang perjalanan.
Ibu aku tanya, “kau ada buat apa-apa pelik tak?” Aku terangkan aku jumpa dengan seorang lelaki bernama Mahbub yang bantu beri sesuatu kepada ku untuk kuatkan semangat Aishah. Selepas selidik rupanya aku dapat tahu ia bukan penawar untuk kuatkan semangat tapi sebenarnya ia untuk memanggil makhluk yang menerupai isteri untuk anak aku melepaskan rindu dengan ibunya. Aishah setiap malam, semasa aku tidur, akan berborak dengan makhluk itu.
Bersambung…