Baru-baru ni kami pergi melancong kat Penang. Kami pergi tiga orang sahaja, Aku, Vee dan Maya. Nak lepas stress. Hotel kami dekat Batu Ferringhi. Kami tiba Penang lebih kurang pukul 4 petang. Selepas check in kami makan malam. Entah apa yang Maya salah makan, dia sakit perut. Kata dia sakit macam nak beranak. Aku tak tahulah bila masa dia beranak, tapi aku tahu dia belum kahwin lagi. Dia merayu untuk bawa ke klinik.

Aku dan Vee dan bingung dah. Kami dah pelan malam ni nak keluar, kalau macam ni memang tak jadi lah pelan kita. Kami pun bawa dia ke klinik. Selepas doktor buat check up, Maya memang di sahkan keracunan makanan.

Setiba di bilik kami, jam dah tunjuk 10.30 malam. Vee tak puas hati, “Kau memang potong stim.” Maya balas, “Benda nak jadi. Apa aku boleh buat. Esok kan ada.” Selepas makan ubat, Maya selubung dalam selimut, “korang nak kuar, kuar la. Apa-apa aku call.”

Apa lagi, orang dah bagi green light. Dengan sepantas kilat aku dan Vee bersiap untuk keluar. “Jaga diri Maya. Apa-apa call. Love you,” kata Vee. “Tak guna punya kawan,” sambil tutup lampu.

Selepas menghiburkan diri, kami pulang ke bilik, Vee kejutkan Maya. Maya terjaga dengan muka mamai. Kata Vee, “Nah. Aku belikan mee goreng. Camana perut kau?” Dengan muka mamai, “Ok dah. Perghhh… dah pukul 3.00 pagi.” Maya ambil mee tu dan makan. Dia sangat lapar. “So… Apa terjadi?” Vee pandang ke aku sambil gelak, “ada orang happy malam ni.” Siut la Vee bocor rahsia. “ceritalah!” sambung Maya.

Tiba-tiba Vee terasa seseorang pegang bahu dia. Dia pun pusing ke belakang. Tiada orang. Aku tengok pelik kat Vee. “kau ada pegang bahu aku?” Aku jawab, “bila masa pulak.”  Tak lama kemudian aku terasa seseorang pegang bahu aku. “Aku rasa macam ada orang sentuh bahu akulah.” Maya macam tak hirau. Dia sambung makan.

Tiba-tiba bau busuk. Busuk yang amat busuk. Bau dia seperti bau benda mati. “Apa bau ni?” Maya cakap. “Jangan tegur!” Vee jawab. Ketiga-tiga mereka diam.

IKLAN

Cawan kat bilik mereka tiba-tiba jatuh ke lantai. Kami menjerit terkejut. “Wei. Aku tak sedap hatilah.” kata Vee. Maya yang masih sedang duduk atas katil merasakan katilnya tiba-tiba bergegar. Rasa macam ada orang mengoncang katil. Maya terus bangun dari katil sambil memandang Vee. “Bukan aku goncang. Aku tak bergerak,” jawab Vee.

“Korang pergi mana tadi?” Maya cakap.

“Pergi minum lah.” aku jawab.

“Lepas tu Ayu jalan tepi pantai dengan mamat ni.” Vee sambung.

“Kau ada kutip apa-apa tak kat tepi pantai?” tanya Maya kat aku.

IKLAN

“Ada.” aku jawab sambil tunjuk kulit kerang.

“Kau kena pulang benda tu tempat yang mana kau jumpa.” kata Maya.

“Buat hal betul,” kata Vee.

“Kenapa pulak?” aku tanya. Tiba-tiba cawan hotel di baling ke dinding.

IKLAN

“Ok. Ok. Aku pulang balik.” aku jawab.

Kami pun pergi pulang kulit kerang itu di tempat aku jumpa. Selepas itu kami balik ke hotel. Ketiga-tiga kami baring tak bercakap.

“Aku tak boleh tidur,” Vee beritahu.

“Aku pun,” Maya balas.

“Aku pun,” aku juga balas.

 

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI