Hati Haris dan Sofea gembira bukan main apabila akhirnya mereka mampu memiliki rumah sendiri. Maklumlah usia perkahwinan telah menjangkau tiga tahun dan telah miliki seorang cahaya mata. Sudah tentu, mereka sekeluarga inginkan sebuah rumah sendiri biar pun kecil tetapi bermakna buat keluarga ini.

Selesai urusan pindah hak milik rumah, Haris dan Sofea merancang untuk berpindah ke rumah baru pada bulan Disember. Tambahan pula ketika itu cuti panjang, dapatlah mereka uruskan mengemas secepat mungkin. Aulia, anak mereka seperti gembira dengan persekitaran barunya lebih-lebih lagi ada playground dan swimming pool.

Tambah beruntung ada pengasuh di sebelah rumah yang sudi menjaga Aulia ketika pasangan ini keluar bekerja. Apabila setiap kali menghantar Aulia ke sana, pasti Aulia asyik tersenyum dan ceria malahan dia juga tidak berkira apabila Haris dan Sofea pulang lewat malam, disuruh pula pasangan ini pulang bersihkan diri dahulu barulah ambil Sofea.

Segala-galanya tampak indah sehinggalah suatu hari ketika Haris dan Sofea ingin menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Malam itu mereka tinggalkan Aulia bersama pengasuh kerana ingin keluar makan malam dan menonton wayang larut malam bagi meraikan hari istimewa. Mujurlah pengasuh faham. Dia juga beritahu biar saja Aulia tidur di rumahnya jika dah lewat malam sangat.

IKLAN

Setiap saat yang dilalui malam itu berlaku dengan pantas, setelah menonton wayang pasangan ini bergegas pulang ke rumah. Teringat anak kecil yang ditinggalkan bersama pengasuh. Akibat pulang lewat malam, parkir kereta di ambil orang dan terpaksalah mereka parking agak jauh dari rumah mereka. Menurut penghuni apartment, kawasan tersebut agak keras oleh sebab itu jarang-jarang ada penghuni parkir kereta di situ. Tetapi akibat rasa mengantuk dan letih, Haris letakkan juga kereta di kawasan tersebut.

Setelah memastikan kereta berkunci, mereka jalan beriringan ke kawasan apartmen. Baru tiga langkah, tiba-tiba hon sebuah kereta lama berbunyi. Pasangan ini terkejut lalu serentak berpaling ke arah kereta itu. Kelihatan kereta itu seperti telah lama ditinggalkan tetapi dari jauh sayup kedengaran suara wanita dan anak kecil memohon pertolongan. Biar pun tidak sedap hati, Haris memimpin tangan Sofea untuk melihat keadaan kereta tersebut. Haris mengelilingi kereta tersebut tetapi seakan-akan tiada orang.

IKLAN

Haris cuba menjerit seraya bertanya, “Ada seseiapa di dalam tak?”. Kereta yang pada mulanya diam kaku, mula bergoncang seperti ada seseorang di dalam melepaskan diri. Terperangkap barangkali, getus Haris di dalam hati. Sofea pula mula merayu suaminya agar pulang sahaja dan abaikan apa yang berlaku tetapi Haris langsung tidak mengendahkan.

IKLAN

Haris cuba membuka pintu kereta tetapi berkunci, Haris tekad untuk mengambil batu dan pecahkan cermin kereta. Setelah cermin dipecahkan, suara tadi seakan sepi. Tiada lagi suara jeritan tadi, tiba-tiba angin sepoi bertukar menjadi kuat disertai ngilaian suara yang cukup nyaring.

Haris dan Sofea berlari seakan tidak bernafas. Mereka langsung pulang ke rumah tanpa mengambil Aulia. Keesokkan paginya barulah Aulia diambil dan Haris menceritakan segalanya pada pengasuh mereka. Pengasuh tersebut meminta Sofea dibawa berjumpa ustaz kerana dia demam panas sejak peristiwa itu.

Setelah berjumpa ustaz dan diberi air doa untuk memulihkan semangat, Sofea makin pulih. Jelas ustaz, Sofea terkena gangguan jin apatah lagi ketika itu Sofea datang bulan, sudah tentu badannya sangat lemah. Menurut jiran tetangga, kereta lama tersebut dipercayai telah ditinggalkan penjenayah yang telah membunuh beberapa orang wanita dan itu sebabnya kereta berhantu.

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI