Zamarul merupakan seorang lelaki lewat 40an yang masih belum bertemu dengan jodoh. Macam-macam iktihar telah di buat. Namun dia tetap gagal menemui jodoh.
Mesti pun Zamarul tiap hari berdoa, dia merasakan doanya seperti tidak termakbul. Hampir dia berputus asa. Sehinggakan pernah terdetik di hatinya mahu menculik gadis-gadis kampung.
Tujuannya untuk di jadikan sebagai isteri secara paksa. Cara itu mungkin agak kasar dan dia pun mungkin di cari polis, tapi itu yang terlintas di fikirannya.
Pada satu hari, Zamarul berdiri di atas jambatan dan memandang air sungai yang mengalir lesu. Anak matanya secara tidak sengaja terpandang kelibat seseorang lelaki tua di bawah pokok duku.
Mulutnya terkomat kamit seperti membaca sesuatu dan kakinya menguis-guis daun kering di situ. Entah apa yang di buatnya, Zamarul pun tak tahu.
Tidak lama kemudian lelaki tua itu pun hilang dari pandangan dan Zamarul pulang ke rumah dan segera membersihkan diri.
Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Entah mengapa pada malam itu agak berat mata Zamarul untuk terlelap. Sudah puas pusing kiri dan kanan.
Namun demikian masa berlaku dia akhirnya tertidur tanpa sedar. Di datangi satu mimpi seorang lelaki tua yang dia lihat petang tadi.
Dalam mimpi itu, lelaki tua tersebut seperti memahami nasib malang yang di alami Zamarul. Dia tahu Zamarul masih tecari-cari gadis yang sesuai untuk di jadikan isteri.
Lelaki tua itu mengajar satu ilmu. Caranya Zamarul haruslah mencari sehelai benang merah dalam rumah tinggal dan ikat pada sesisih pisang yang masih tergantung.
Kemudian benang itu haruslah di tarik terus ke biliknya. lebih tepat lagi di sebelah tempat dia tidur. Nampak macam pelik, tapi tak salah mencuba.
Zamarul terjaga. Otaknya terus teringat akan sebuah rumah tinggal milik arwah Yasmin di tengah-tengah kampung itu.
Meskipun sudah ada pembangunan, rumah arwah Yasmin tetap tidak terusik dan mereka yang cuba mengalihkan atau merobohkannya di landa penyakit misteri.
Pukul 5 pagi. Kelihatan imam dan bilal menaiki motosikal ke surau. Perlahan-lahan Zamarul berjalan sambil tunduk mendekati rumah arwah Yasmin.
Tiba di bahagian dapur, Zamarul menolak daun pintunya dan melangkah masuk dengan penuh hati-hati. Sesekali ingin terbersin, Zamarul cuba menahannya.
Tiba-tiba Zamarul terasa lengannya seperti ada sesuatu. Dia cuba meraba-raba dalam kegelapan itu dan hatinya berkata, “eh ini macam benang je”.
Zamarul menyuluhnya. Ya, itu benang warna merah seperti yang di mimpikannya baru sebentar tadi. Tanpa membuang masa, Zamarul terus beredar.
Kebetulan di halaman rumahnya memang ada pokok pisang. Zamarul terus melakukan apa yang di suruh. ketika fokus dia di tegur satu suara.
Zamarul berpaling dan itu adalah lelaki tua yang misteri. lelaki tua itu menghulurkan secubis kain kuning dan meminta Zamarul membalut benang dan pisang itu.
Setelah selesai segala apa yang di pinta, Zamarul kembali ke biliknya dan mahu sambung tidur. Biarpun azan berkumandang, dia tidak endahkannya.
Belum sempat matanya bertutup rapat, Zamarul dapat merasakan ada satu tangan lembut sedang memeluknya.
Pelik. Namun kedengaran satu suara yang cukup menghairahkan. Zamarul berpaling ada seorang gadis yang cukup cantik di sebelahnya.
Berkulit putih. Berbibir merah. Baunya sungguh harum sekali. Zamarul terketar-ketar tetapi gadis itu bersuara, “Janganlah takut sayang. Saya datang untuk abang”.
Kejadian awal pagi itu hanya Zamarul yang tahu. Pengalaman dia bermalam dengan gadis itu berlarutan hampir sebulan.
Yang anehnya, si gadis itu hanya datang selepas isyak dan hilang selepas munculnya matahari. Zamarul langsung tak kisah.
Kampung Sungai Batu menjalankan kerja gotong royong. Rumah Zamarul turut menjadi antara lokasi yang akan di bersihkan.
Namun pada petang itu malangnya Zamarul tiada di rumah dan kerana pergi ke pekan mencari sedikit barang termasuk hadiah untuk gadis tersebut.
Pulang sahaja ke rumha, Zamarul sangat terkejut kerana habis pokok pisang di rumahnya ditebang lalu dibakar.
Datang seorang pemuda menceritakan orang kampung terjumpa pisang yang dibalut dengan kain kuning dan seorang ustaz telah membakarnya.
Pada pandangan orang kampung, ada orang berniat tidak baik pada Zamarul. Mendengar cerita itu, Zamarul kaget.
Terus dia berlari naik ke rumah dan orang-orang kampung berpandangan sesama sendiri sebelum meneruskan kerja masing-masing.
Zamarul mundar-mandir di dalam rumahnya. Sesekali menjenguk ke luar jendela namun tiada tanda-tanda wanita itu akan hadir.
Jam sudah pukul 10 malam. Zamarul tidak tahan, emosinya membuak tiba-tiba dan dia segera meluru ke rumah ustaz Kassim, ustaz yang membakar pisang balutan kain kuning itu.
Setelah mendengar penjelasan Zamarul, mengucap panjang ustaz Kassim dan kerana tidak berpuas hati, Zamarul mula naik gila.
Habis semua barang disepak dan dipecahkan. Sehinggalah dia terjumpa sebilah parang, diacu pula pada orang kampung yang cuba tenangkan dirinya.
Dalam kekalutan itu, Zamarul ternampak kelibat si gadis yang ditunggu-tunggunya itu. Mulanya dia berdiri di jambatan. Dia melambai-lambai.
Apa lagi.. Zamarul terus menerpa ke arahnya namun pada mata orang kampung, Zamarul melarikan diri dan terjun ke dalam sungai.
Maka berakhirlah riwayat Zamarul dengan iman yang hilang kerana mati semasa mempercayai perkara syirik.