Tujahan demi tujahan dihunjam ke jasad isterinya yang tak bernyawa. Darah terpercik membasahi ruang tamu. Anaknya yang berumur 3 tahun memerhati sambil di basahi darah merah tanpa sebarang reaksi.

Akhirnya dia berhenti. Jazli memandang tenang isterinya yang terbujar kaku. Matanya beralih ke anaknya. “Mari kat papa sayang”. Layesha berjalan ke ayahnya sambil menyeret patung beruangnya. “Give papa a kiss”. Teragak-agak, Layesha mencium ayahnya. “Give mummy a kiss”. Ciuman Layesha kepada ibunya dengan penuh kasih sayang.

Jazli memeluk anaknya. “Mummy will go to work for a long time. Ayah also. Esha stay with Atuk ok?” Tanpa faham situasi sebenar, Layesha angguk. “Can you sing for me?”

Father finger, father finger, where are you?

Here i am. Here i am. How do you do.

Mother finger, mother finger, where are you?

Here i am. Here i am. How do you do.

Sambil di buai lagu anaknya, Jazli menelefon polis, “Salam polis, saya nak buat laporan. Saya bunuh isteri saya.”

Esha finger, Esha finger, where are you?

Here i am. Here i am. How do you do.


Hubungan Jazli dan Liyana sudah lama retak. Mereka hanya kekal di sebabkan anaknya Layesha. Setiap kali bersemuka, mesti ada benda-benda kecil buatkan mereka bertengkar. Jazli dah lama tidak makan di rumah. Routine dia selepas habis kerja, dia akan singgah makan malam baru pulang ke rumah.

IKLAN

Keadaan menjadi teruk apabila rumah mereka mula uzur. Paip pecah. Gate rosak. Halaman rumah naik lalang. Macam-macam. Liyana mahukan Jazli buat sesuatu. Dia ugut untuk meninggalkan Jazli. Semakin hari, pergaduhan mereka merebak. Satu hari Liyana baling pinggan ke arah suaminya. Jazli bersabar. Dia tidak melawan. Jazli angkat kaki dan keluar dari rumah. Dia tahu kalau dia stay, keruh keadaan. Dia ingin tenangkan diri, lalu Jazli membuat keputusan untuk masuk dalam masjid.

Jazli duduk di tepi bucu masjid sambil memerhati orang sembahyang. Jazli tidak dapat menahan kesedihannya lalu menangis teresak-esak. Seorang lelaki yang berumur tergerak hati untuk bertanya, “Kenapa nak? Gaduh dengan isteri ke?”

Jazli terkejut. Dia bercerita apa yang berlaku. Selepas mendengar cerita Jazli, lelaki itu suruh Jazli pergi kaunseling. Sambil itu selalukan diri di rumah Allah. “Marilah, dah masuk waktu isyak.” Jazli bangun ikut lelaki itu.

Lalu satu malam, selepas Layesha tidur, Jazli menahan Liyana. “Dah lama kita tidak berborak.” Liyana diam dan memerhatikan Jazli. “Aku tak boleh hidup macam ni lagi. Aku nak hidup seperti dulu kala. Aku nak kita pergi kaunseling.”

Liyana sentap, “Buat apa?”

“Untuk anak kita.” Jazli jawab.

Liyana beredar dari situ. Dia mengambil dua tiga langkah, “Aku nak cerai.” Lalu dia masuk ke dalam bilik.

IKLAN

Itu bukan jawapan yang Jazli inginkan. Dia melangkah ke sarang tidurnya.

Jazli duduk di sofa sambil temenung dengan jawapan Liyana. Dia tertanya mengapa terlalu mudah mengalah. Air matanya mengalir.

Keesokkan harinya, dia tidak dapat fokus dengan pekerjaannya. Dia ingin tahu kenapa.

Malam itu dia pulang seperti biasa. Dia lihat Liyana sedang bermain dengan Layesha. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah Liyana berkata, “Aku dah beritahu ibu bapa aku tentang keputusan kita.” Apabila perkataan ‘kita’ itu keluar menaikkan kemarahan Jazli.

“Kita? Sejak bila ia jadi keputusan kita? Bila masa pulak aku setuju?”

Layesha yang sedang main, terhenti. “Cubalah jangan buat perkara ni lagi rumit.”

“Aku buat rumit? Masya Allah.” Jazli sambung, “kita pergi kaunseling dulu. Cuba baiki keluarga ni.”

IKLAN

“Nak baiki apa lagi. Aku dah tak boleh pandang kau. Aku dah meluat. Berbulan kita tak bercakap. Berbulan kau biarkan kami uruskan hidup kami sendiri. Kau nak keluar, ikut suka hati kau. Tak payah la nak panggil bapak. Esha pun kenal kau. Suami? Aku dah lama tak ada suami.”

Jazli senyap sambil termenung. Betul juga apa Liyana cakap. Layesha berhenti bermain dan memerhatikan ibubapanya bergaduh. Tiba-tiba Liyana berbunyi. Di skrin telefonnya tertulis ‘SAYANG’. Mata Jazli terbeliak. Liyana angkat, “U, nanti i call balik.”

Dengan suara marah, “Sebab dia kau nak cerai?”

Liyana cakap dengan suara tinggi, “Siapa kau nak tentukan hidup aku.”

Jazli sambung, “Aku suami kau!”

Liyana jawab, “Kau ni bodohlah. Tak ada Hafiz aku memang nak cerai dengan kau. Jangan rumitkan keadaan. Kalau kau tak nak lepaskan, aku keluar dari rumah ini dan jangan harap kau nak jumpa Layesha lagi.”

Darah Jazli sudah mula naik ke otak. Seperti di rasuk Jazli menumbuk muka isterinya. Jazli sudah tidak boleh kawal diri. Tujahan demi tujahan dihunjamnya.


Sambil memeluk anaknya sambil bernyanyi lagu ‘nursery rhymes’, polis serbu rumah mereka. Jazli melepaskan anaknya dan menyerah diri.

Jazli di gari sambil memandang anaknya, “I’m sorry sayang.”

Layesha senyum dan jawap, “I love u too… Forever.”

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI