Demi menyempurnakan ritual penyucian jiwa, seorang psikotik bergelar Azazel telah memerangkap dan memaksa Suhaimi melakukan pembunuhan terhadap 7 orang yang melambangkan 7 sifat keburukan yang sering dikaitkan dengan manusia.

Ketujuh-tujuh sifat keburukan itu adalah Gelojoh, Cemburu, Berahi, Malas, Amarah, Tamak dan Riak.

 

—————————————————————————————————

Suhaimi seorang peguam yang berjaya menyelamatkan seorang tua bernama Mokhtar dari dihukum gantung di atas tuduhan membunuh ahli keluarganya.

Suhaimi menyambut kemenangan kesnya dengan bersuka ria bersama rakannya bernama Joe di sebuah restoran mewah. Mereka makan dengan banyak sekali sehingga berlaku pembaziran.

Suhaimi pulang semula ke pejabat dan mendapat sorakan dari beberapa rakan kerja diatas kejayaannya, namun peguam kanan bernama Siva telah menampakkan rasa tidak puas hati kerana khuatir kejayaan Suhaimi bakal mengundang padah terhadap kerjayanya. Pada masa yang sama, Suhaimi bermain mata dengan salah seorang rakan kerjanya, Lisa.

Sebelah petang, Suhaimi singgah di sebuah hotel murah dan berasmara dengan Lisa. Selesai saja, Suhaimi mendapat panggilan dari adiknya, Amar, yang telah ditangkap samseng kerana berhutang dengan mereka. Suhaimi menjumpai Amar di satu lorong sunyi dan menyelesaikan hutangnya. Suhaimi juga memarahi Amar kerana malas bekerja dan hanya tahu menyusahkan orang lain.

IKLAN

Tiba-tiba Suhaimi mendapat panggilan pula dari isterinya Ainul. Ainul yang sudah sarat mengandung mengadu air ketumbannya sudah pecah dan kini dia dalam perjalanan ke hospital. Suhaimi bergegas ke sana.

Sampainya di hospital, Ainul sudahpun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat. Ainul memarahi Suhaimi kerana terlalu taksub dengan kerjaya sehingga langsung tidak memperdulikan dirinya. Suhaimi yang bengang dengan leteran Ainul terus meninggalkan hospital.

Malam menjelang tiba. Suhaimi singgah ke rumah emaknya Rafidah setelah meninggalkan hospital. Di rumah Rafidah, Suhaimi melihat Rafidah sedang sibuk berurusan dengan seorang peniaga barang kemas. Rafidah meminta Suhaimi membelikan barang kemas yang dia minat. Suhaimi bising kepada Rafidah kerana tamak sedangkan sudah banyak barang kemas yang dia miliki.

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah Rafidah, tiba-tiba Suhaimi telah dilanggar oleh sebuah kereta. Dia jatuh pengsan di atas jalanraya.

Suhaimi membuka matanya sebaik terdengar suara memanggil namanya. Suhaimi terkejut melihat dirinya yang diikat pada sebuah kerusi di dalam sebuah bilik gelap. Suara yang memanggil nama Suhaimi datangnya dari seseorang yang duduk di depannya. Lelaki itu memanggil dirinya Azazel dan menunjukkan sekeping foto anak kecilnya yang diperangkap dalam sebuah kotak besi. Azazel memberitahu Suhaimi untuk melakukan satu ritual “penyucian jiwa” jika mahu anaknya dilepaskan. 

IKLAN

Ritual itu melibatkan 7 orang yang terperangkap di dalam bangunan ini dan mesti dibunuh Suhaimi dalam masa 24 jam. Jika Suhaimi enggan atau gagal dalam masa yang diberikan, anaknya akan mati. Suhaimi cuba memberontak tetapi dipukul oleh Azazel sehingga pengsan.

Keesokan pagi, Suhaimi menyedarkan diri. Tangannya sudah tidak lagi diikat. Di atas meja berdekatan, terdapat sepucuk pistol yang diisi 7 butir peluru, earpiece, foto anak kecilnya di dalam kotak besi dan sekeping nota yang menyuruh Suhaimi memakai earpiece sebagai alat komunikasi. Sebaik dipakai, kedengaran suara Azazel memberi arahan kepada Suhaimi untuk mencari mangsa pertama.

Suhaimi berjalan di sekitar bangunan usang itu sehingga menjumpai sebuah bilik. Di dalam bilik itu kelihatan Joe dalam ketakutan dengan keadaan dirinya yang diikat. Suara Azazel menyuruh Suhaimi membunuh Joe kerana itulah mangsa pertamanya. 

Setelah membunuh Joe, Suhaimi berjalan lagi dan bertemu Siva pula di bilik lain. Seperti Joe, Suhaimi terpaksa membunuh Siva. Seterusnya Suhaimi menjumpai Lisa dan membunuhnya juga. 

Di bilik yang keempat, Suhaimi bertemu Amar. Biarpun ketiga-tiga mangsa pertama berjaya dibunuh Suhaimi walaupun dalam keadaan terpaksa, kali ini dia keberatan kerana melibatkan ahli keluarga. Suhaimi merayu kepada Azazel untuk melepaskan anak kecilnya. Azazel enggan sebaliknya menceritakan tujuan sebenar ritual “penyucian jiwa” ini. Menurut Azazel, manusia semakin lalai kepada Tuhan kerana sudah sebati dengan 7 sifat keburukan dalam diri mereka. Untuk menyuci jiwa mereka semula, mereka mestilah menghapuskan diri mereka yang membawa sifat ini. Dan ketiga-ketiga mangsa pertama itu melambangkan sifat Gelojoh, Cemburu dan Berahi. Amar pula melambangkan sifat Malas.

IKLAN

Tiada pilihan lain, Suhaimi membunuh Amar. Jiwa Suhaimi semakin tertekan. Perasaannya semakin bergelodak. Dia sudah kabur diantara nyata dan palsu, kebenaran dan kebatilan.

Suhaimi meneruskan ritual Azazel dan berjumpa pula dengan Lisa, lambang Amarah. Jiwa Suhaimi bertambah resah. Dia enggan membunuh Lisa. Azazel memberi amaran tentang anak kecilnya. Di samping itu, Azazel mengugut Suhaimi tentang 3 mangsa lain yang tetap akan dibunuh Azazel jika dia tidak melakukannya. Tangan Suhaimi bergetar menghalakan pistol ke dahi Lisa. Dia menarik nafas lalu melepaskan tembakan. Kini tinggal lagi 2 mangsa sebelum ritual Azazel berakhir.

Suhaimi berjalan mencari mangsa keenam dan berhenti di sebuah bilik yang berselerakan dengan barang kemas. Rafidah duduk di tengah-tengah bilik dalam keadaan terikat. Rafidah adalah lambang Tamak. Rafidah yang dalam keadaan takut merayu kepada Suhaimi untuk melepaskannya. Suhaimi memekakkan telinganya dan menembak Rafidah. Dia jatuh terduduk dan menangis sekuat hati. Tinggal 1 lagi mangsa sebelum azabnya berakhir.

Suhaimi menguatkan diri dan sambung pencarian mangsa ke 7. Dia berhenti di sebuah pintu bilik yang diconteng angka 7. Suhaimi membuka pintu dan masuk ke dalam sebuah bilik yang dipenuhi cermin. Tidak siapa di dalam bilik itu melainkan dirinya. Rupa-rupanya Suhaimi adalah mangsa ketujuh, lambang kepada sifat Riak. 

Melalui earpiece, Azazel memberitahu sifat riak adalah sifat buruk tertinggi berbanding sifat-sifat yang lain. Dengan adanya Riak, akan wujud sifat Gelojoh, Cemburu, Berahi, Malas, Amarah dan Tamak. Dan Suhaimi mestilah membunuh dirinya sendiri bagi melengkapkan ritual “penyucian jiwa”. 

Sebelum menunaikan permintaan terakhir Azazel, Suhaimi ingin tahu siapa sebenarnya Azazel. Azazel membongkar rahsia dirinya yang sebenar. Namanya adalah Azlan, anak kepada Mokhtar. Pembunuhan yang dilakukan Mokhtar sebelum ini adalah angkara Azlan dan Mokhtar sepatutnya mati sebagai pelengkap ritualnya. Namun disebabkan Suhaimi berjaya menyelamatkan Mokhtar dari tali gantung, kini dia yang terpaksa mengambil alih tempat Mokhtar bagi menyempurnakan ritual ini. Rupa-rupanya tanpa disedari Suhaimi, Azlan berada di semua tempat di mana Suhaimi telah menjumpai keenam-enam mangsa sebelum ini. Azlan juga mengucapkan tahniah kepada Suhaimi kerana menyertai ritual ini bagi menyelamatkan anak kecilnya yang melambangkan jiwa yang suci. 7 jiwa kotor berjaya dihapuskan demi menyelamatkan 1 jiwa suci.

Suhaimi menutup mata dan menarik nafas. Pistol dihalakan ke dalam mulutnya. Fade to black dan kedengaran satu das tembakan…

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI