“Sini ke kak?” Lis tanya.
“Ya. Sini tempatnya.” kak Sab jawab.
“Seram la kawasan ni. Kenapa kena waktu malam?” Lis sambung.
“Aku tak nak orang nampak. Kalau pergi siang-siang nanti orang nampak. Aku tak nak barang ni lagi.” kak Sab jawab.
Ini berlaku 8 tahun lepas. Semasa tu umur Lis baru 16 tahun. Kak iparnya, kak Sab pula semasa tu umur 27 tahun.
Lis dan kak Sab sangat rapat walaupun umur mereka agak jauh. Ke mana sahaja Kak Sab pergi, Lis mesti ikut. So semasa Kak Sab minta tolong teman, Lis setuju.
Lis tak tahu apa yang kakak ipanya nak buang atau apa yang terjadi. Dia masih budak mentah. Walaupun mereka rapat, tapi kak Sab tak adalah merosakkan adik saudara dia. Ada benda-benda yang dia tak tunjuk kat Lis.
Mereka dua ke belakang kereta dan membuka bonet. Di dalam bonet ada plastik beg besar. Kak Sab mengangkat beg itu, tangan kanan dia pegang atas beg dan tangan kiri dia pegang bawah beg. “Tolong tutup.” kak Sab mengarah. Lis tutup bonet.
“Sekarang aku baca sesuatu sampai pokok sana tu. Kau jangan cakap dengan aku.” Kak Sab beritahu Lis.
“Takut la kak, akak nak buat apa ni kak?” Lis tanya.
“Kalau takut kau tunggu kat kereta,” Kak Sab jawab.
Kak Sab pun mula berjalan. Lis ikut belakang. Setiap langkah kak Sab ambil, mulutnya baca sesuatu. Tak tahu apa yang di baca, tapi Lis boleh nampak mulutnya bergerak.
Setibanya ke pokok itu, sebatang pokok yang gemuk dan banyak dahan-dahan bercabang, Lis nampak ada bungkusan warna hitam, kuning, batung berhala, lilin dan macam-macam. “tempat apa ni kak?” Lis tanya.
Kak Sab tengok Lis dengan muka bengkek. Kak Sab sambung baca. Dia keluarkan sebuah bekas yang di buat dari tanah liat dari plastik. “Aku tak nak kau lagi. Sini la tempat baru kau.” kata kak Sab.
Dia mengangkat bekas tersebut dan meletakkan di atas tanah, tiba-tiba ia pecah. “Aduh. Camana boleh pecah. Aku tak tekan. Camana boleh pecah!” kak Sab sedang risau.
“Kenapa kak. Apa terjadi?” Lis tak faham apa yang berlaku.
“Bekas pecah Lis. Bekas ni tak sepatutnya pecah. Kata pecah dia akan ikut balik. Lis. Camana ni Lis” kata kak Sab.
Kak Sab tenangkan diri. Dia ambil telefon dan menelefon seseorang. “Wak… Ni Sab… Sabrina… Ya perempuan tu… Bekas tu pecah Wak… Tak. Saya tak hentak… Ok Wak… Saya tunggu…” kata kak Sab.
“Apa terjadi kak?” tanya Lis.
“Kita kena tunggu Wak datang. Jom balik kereta.” kata kak Sab.
Lis masih tak faham apa yang berlaku. Dia ikut sahaja. Lis dan kak Sab berjalan menuju ke kereta. Tak lama kemudian mereka dengar suara orang meminta tolong. “Kak” kata Lis.
“Jangan tegur. Jalan je.” jawab kak Sab. Mereka jalan lebih pantas. Suara meminta tolong itu datang dari belakang mereka. Suaranya semakin kuat. Bulu roma Lis meremang.
Mereka masuk ke dalam kereta dan kunci pintu. Kak Sab buka cd surah-surah. Dari jauh Lis boleh nampak seperti rupa badan seorang perempuan tunggu di bawah pokok itu. “Lis.” kata kak Sab sambil Lis pandang dia. “Terima kasih la teman kakak. Satu hari nanti kakak ceritakan apa yang berlaku.” Lis pusing semula ke arah pokok itu, perempuan itu tak ada.
Tak lama kemudian, Wak sampai bersama kawannya. Dia ajak Lis ke pokok itu. “Ni kes berat ni. Ia tak mahu tinggalkan kau,” kata Wak.
“Camana Wak. Aku tak nak ia lagi.” kata kak Sab.
“Tak apa. Kita cuba lagi,” kata Wak.
Selepas percubaan kali kedua, Wak berjaya tangkap dan kali ini, bekas baru itu tak pecah.
Kak Sab gembira. Mereka pun berjalan pulang ke kereta. Kak Sab tanya, “Wak. Apa terjadi kalau ada orang terpecahkan bekas itu?”
“Dia pecahkan akan jadi tuan baru makhluk itu.” kata Wak.