Pembunuh bersiri Ted Bundy

Share

Ted Bundy menggambarkan dirinya sebagai “anak lelaki paling kejam tidak berhati perut yang anda akan jumpa.” Jenayahnya pasti membuktikan kenyataan itu benar.

Ted Bundy bersama girlfriendnya Elizabeth Kloepfer

1974- Dalam masa 6 bulan, 6 pelajar perempuan telah di culik. Semakin hari semakin panik penduduk kawasan Washington dan Oregon. Polis tiada bukti dan tiada suspek utama sehinggalah di Lake Sammamish State Park. Dua lagi pelajar perempuan di culik. Tapi kali ini ada saksi. Mereka memberi gambaran penculik itu seorang yang kacak, menaiki Volkswagen coklat dan bernama Ted.

Setelah mendapat penerangan daripada saksi-saksi, polis kongsi info itu kepada orang ramai. Polis di hubungi mengenai seorang lelaki bernama Ted Bundy yang sesuai dengan kriteria penculik itu. Tetapi polis menolak Ted Bundy sebagai suspek, memikirkan tidak mungkin seorang pelajar undang-undang yang bersih tanpa rekod jenayah dewasa boleh menjadi suspek; dia tidak sesuai dengan profilnya.

Berpindah ke Utah

Oleh kerana Bundy tidak rasa selamat lagi, dia membuat keputusan untuk berpindah ke tempat lain. Bundy diterima di sekolah undang-undang di Utah, lalu terus berpindah ke Salt Lake City.

Sewaktu tinggal di sana, dia teruskan merogol dan membunuh pelajar-pelajar wanita. Bekas girlfriendnya, Elizabeth Kloepfer sedar bahawa Bundy telah berpindah ke Utah dan pembunuhan bersiri itu juga berpindah ke Utah. Dia menelefon polis untuk  menegaskan  bahawa Bundy adalah pembunuhan itu. Polis Utah mula mengekori Ted Bundy.

Tidak menyedari penguatkuasaan undang-undang sedang memerhatikannya, Bundy terus membunuh. Pada bulan Ogos 1975, Bundy ditahan polis semasa memandu melalui pinggir bandar Salt Lake City. Polis menemui topeng, gari dan objek tumpul di dalam keretanya. Walaupun ini tidak cukup untuk menangkapnya, sehinggalah mereka sedar Bundy merupakan suspek utama dalam pembunuhan bersiri yang melanda kawasan Salt Lake. Bundy di tangkap.

Barang-barang yang di temui di but keretanya semasa di tahan polis

Sepandai-pandai tupai melompat

Tidak boleh dinafikan Ted Bundy seorang yang bijak. Semasa dia dalam tahanan polis, dia berjaya dua kali larikan diri. Kali pertama berlaku di Courthouse di Aspen, Colorado. Dia fikir apabila melarikan diri menghala ke gunung Aspen dia akan selamat. Dia silap.  Bundy berputus asa dan menyerah diri kepada polis.

Kali kedua percubaan melarikan diri berlaku 6 bulan kemudian. Bundy menyedari bahawa selnya berada di bawah kuarters penjara. Selnya dan kuarters dipisahkan dengan sebuah ruang kecil di mana dia boleh merangkak keluar penjara. Ted Bundy berjaya melarikan diri. Kali ini Bundy mahu pindah ke Florida.

Di Florida dia membunuh berapa perempuan lagi dan seorang budak berumur 12 tahun Kimberly Diane Leach. Pembunuh bersiri kebiasaanya mengikut satu sistem, tetapi semasa Bundy di Florida, pembunuhannya agak terburu-buru dan tidak mengikut apa yang sepatutnya. Dia mula lalai.

Kelalaian itu membuatkan dia di tangkap semula dengan pihak polis. Kali ini dia tidak dapat membebaskan dirinya. Dia di jatuhkan hukuman mati. Ted Bundy di hukum mati dengan kejutan elektrik pada 24 Januari, 1984.

Mangsa-mangsa Ted Bundy

 

 

 

Published by
Jon