Ring… Ring… Ring… Bunyi telefonku berbunyi. Aku terjaga dari tidur dan melihat nama ayahku di skrin telefon. Apa kejadah orang tua ni call time-time ni. Aku angkat.
Aku: Nak apa ayah?
Ayah: Assalamualaikum
Aku: Ayah tahu kan sekarang dah pukul 3 pagi. Kenapa ayah call?
Ayah: Sahaja. Nak call anak ayah. Bila kau nak lawat ibu kau tu? Dah lama dia tak jumpa kau.
Aku: Entah. Busy sikit. Duit pun bukan ada sangat pun.
Ayah: Balik lah akhir bulan ni. Jenguk-jenguk ibu kau.
Aku: Ayah ke ibu yang rindu?
Ayah: Balik je.
Aku: Ya la. Ya la.
Ayah: Din. Ayah dah habis bayar semua kos majlis perkahwinan kau. Duit hantaran pun ayah dah sediakan.
Aku: Eh tak perlulah. Din kan sedang kumpul duit ni.
Ayah: Takpe. Duit hantaran pun kau tak cukup lagi. Ni nak bayar duit majlis. Jangan bimbang lah. Ayah dah settlekan semua. Ada extra lagi dekat ibu kalau perlu apa-apa penambahan.
Aku: Terima kasih ayah. Ayah dapat duit dari mana ni?
Ayah: Duit pencen. Dan duit tanah pusaka.
Aku: Tanah tu banyak ke dapat?
Ayah: Bolehlah. Bahagi lima.
Aku: Ayah.
Ayah: Ya?
Aku: Apa sebenarnya sebab ayah call?
Ayah: Din. Jadi suami ni tak mudah. Banyak dugaan kau akan lalui seorang diri tanpa isteri kau tau. Time tu kau senyum sahaja. Jangan sesekali kau tunjuk kesusahan kau depan mereka.
Aku: Ayah?
Ayah: Apabila kau dapat anak tu, bantulah isteri kau. Kau akan dengar dia komplain penat. Dia komplain kita tak bantu, tapi kau senyum sahaja. Jangan tunjuk perasaan marah kau.
Aku: Ayah!
Ayah: Dan jagalah anak kau sebaik mungkin. Dia lah nyawa kau.
Aku: Apa ni ayah?
Ayah: Ayah tak dapat hadir ke majlis perkahwinan kau. Dan ayah minta maaf sangat. Dan percayalah, ayah bangga dengan kau.
Aku: Ayah cakap apa ni? Jangan karut la. Ish malas Din nak dengar benda-benda merepek ni. Ibu mana?
Tiba-tiba phone mati. Ish orang tua ni. Buat panggilan dramatik pulak pagi-pagi macam ni. Aku lihat phone aku, rupanya ada 5 miss call sebelum telefon ayah. Semuanya telefon dari ibu. Aku menelefonnya balik.
Aku: Hello
Ibu: Kau kat mana? Ibu cuba telefon kau dari tadi.
Aku: Rumah. Kenapa Ibu?
Ibu: Ayah kau. Dia eksiden pukul 1 tadi. Ayah… Dah meninggal dunia.
Aku: Eh… tak mungkin. Ayah baru call saya tadi.
Ibu: Din. Ayah dah tak ada. Kau balik kampung.
Aku siap-siap terus pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan aku berfikir, bagaimana dia sempat call aku tapi aku bersyukur dapat borak dengan dia. Maafkan aku ayah.