Jam menunjukkan pukul 9 malam. Tinggal Zara, Mira, Helen dan Leman sahaja di opis. Leman memang selalu balik lambat. Untuk Zara, Mira dan Helen, ini kali pertama mereka kena overtime. “Leman, kau tak takut ke balik lambat? Hampir setiap malam kan?” tanya Mira.
“Aah. Setakat ni aku tak pernah nampak hantu lagi.” kata Leman.
“Aku dengar tingkat satu yang berhantu.” sambung Helen.
“Oi. Apa citer hantu ni!” marah Zara.
Opis mereka berada di tingkat 2. Mereka semua pernah dengar cerita tentang orang kena ganggu di tingkat 1. Ada cerita semasa buat kerja, muncul seorang perempuan berambut panjang memerhatikan dia. Ada pulak cerita, objek kat opis bergerak sendiri.
Tapi kejadian seram tu selalu berlaku waktu malam. Pekerja-pekerja yang duduk tingkat 1 tak akan kerja lebih jam 8 malam. Mereka tak berani.
“Man. Kau pernah turun tingkat 1 jam begini?” tanya Mira.
Muka Zara bengkek. Mereka tak tutup lagi cerita hantu. Leman jawab, “Kau ingat aku berani sangat. Pertama kali kerja malam pun ada Zaki teman.”
Tak lama kemudian Leman mendapat panggilan telefon. Isterinya memberitahu anaknya demam panasa dan Leman kena balik sekarang. Leman kemas barangnya dan meminta maaf dengan ketiga perempuan kerana tak dapat teman. Mereka faham. Leman pun balik. Tinggal ketiga mereka.
“Kita patut balik juga ke?” kata Zara.
“Dah nak habis ni. Siapkan je la.” jawab Mira.
Mereka bertiga setuju untuk siapkan. Tiba-tiba Mira nak buang air besar. Mira ajak Zara dan Helen untuk teman tapi kedua-dua mereka malas. Mereka nak siapkan kerja cepat. Mira pergi ke tandas apabila dia cuba buka, pintu tandas berkunci. Mira tak dapat tahan lagi. Dia turun ke tingkat 1. Nasib pintu tandas tak berkunci. Dia buka pintu tandas dan tercapai-capai buka lampu tandas. Dalam tandas ada 6 biji lampu, dua sahaja menyala. Tandas tu boleh guna tapi malap. Mira dah tak tahan. Dia gesa masuk ke salah satu bilik air.
Semasa Mira sedang membuang air besar, dia dengar dengan jelas pintu tandas terbuka. Tanya Mira, “Helen. Zara. Korang ke tu?” tak ada jawapan.
Mira mengetuk pintu sambil berkata, “Helen. Zara. Jangan takutkan aku lah.” Mira cuba mengetuk dua tiga kali sekali. Tiba-tiba dia dengar suara seorang perempuan gelak. “Jangan main-main la.” Mira baru nak keluar dari bilik air dia merasakan sesuatu tak kena, apabila dia pandang ke bahunya, Mira nampak rambut panjang terjatuh dari atas terkena bahunya. Dia berlari keluar tandas, matanya sempat menoleh ke atas dan melihat seorang perempuan sedang bertengkek di atas tiang tandas. Mira terus naik ke tingkat 2. Helen dan Zara sedang duduk menunggu kawannya. Mira sampai tercunggap-cunggap. “Kau dah kenapa? Nampak hantu ke?” tanya Helen.
Mira hanya mampu pandang muka tak puas hati. Helen sambung, “Mira, apa tu kat bahu kau? Rambut siapa tu?” Mira toleh memang ada beberapa helai rambut melekat di bahu Mira. Dia membersihkan bahunya.
Zara cakap, “Helen. Mira. Siapa tu kat koridor opis tu?”
Mereka nampak seorang perempuan berambut panjang sedang memandang mereka. Tak lama kemudian perempuan itu hilang. “Wei. Jom balik.” Zara merayu.
Mereka kemas barang-barang dan terus berlari ke lif.
Mereka tekan butang G. Tapi lif itu buka di tingkat 1. Perempuan berambut panjang itu sedang tunggu di depan lif dan sempat gelak. Pintu lif tertutup semula. Ketiga-tiga mereka bergesa balik ke rumah.
Keesokkan hari, mereka masuk kerja seperti biasa. Kecoh satu opis tentang kejadian semalam. Sejak itu, Mira, Helen dan Zara tak akan kerja overtime.