Dalam kepercayaan dunia nusantara, Langsuir atau Langsuyar adalah mahkluk halus penghisap darah. Vampire versi kita. Di percayai bahawa Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Di situ dia akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal semasa menghisap darah mangsanya.

Langsuir digambarkan berpakaian serba putih, berlumuran darah, berambut panjang,  bermata merah dan bertaring tajam.  Antara ciri-ciri lain Langsuir adalah kegemarannya suka ketawa dan mengilai.

IKLAN

Pada tahun 1909, seorang lelaki bernama Sir Richard Olaf Winstedt telah mencatat sebuah jurnal yang tak pernah di terbitkan, cara memanggil Langsuir.

Sir Richard Olaf Winstedt (2 Ogos 1878 – 2 Jun 1966), atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt, merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentakbir koloni dengan kemahiran Malaya British. Winstedt dilahirkan di Oxford, mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford, dari mana dia menerima MA.

Pada 1902 dia menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana dia mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Pada 1913 dia dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916 menyertai jabatan pendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada Oxford.

IKLAN
Sir Richard Olaf Winstedt

Di salin dariada tulisan  Dato’ Amarabangsa Wiraja/Wijaya, seorang pawang yang amat terkenal di zaman itu. Dia berasal dari Temenggor

Manuskrip lama mentera memanggil Langsuir, 1909.

Kalau berani cubalah…

IKLAN

Langsuir suka pandang muka kita, jadi beranikan diri dan tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah, insya Allah Langsuir akan lari. Ada satu lagi cara menghalau Langsuir, dengan menunjukkan cermin muka ke muka dia. Tunjuk cermin muka itu dekat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

 

IKLAN

sumber: 

http://mrzamextreme.blogspot.com/2012/12/mantera-untuk-memanggil-langsuir.html

https://www.hasrulhassan.com/2011/01/tip-halau-7-hantu.html

 

Seram ke idok?

Seram Meter: 4.5 / 5. Meremangmers: 2

Tiada lagi Seram Meter

Kalau cerita ni best...

Follow kami di media social!