Semenjak balik dari mengerjakan ibadah haji, Pak Malik menghabiskan sisa hidupnya dengan beribadah kepada Allah. Suatu ketika dulu, Pak Malik terkenal dengan ilmu bomohnya.
Walaupun begitu masih ada lagi yang mencari dia untuk berubat. Pak Malik reject semua yang datang untuk meminta pertolongannya. Bukan kerana dia tidak berhati perut tetapi semasa di Mekah, dia sudah nekad untuk berhenti sebagai seorang bomoh.
Satu hari kawan baiknya, Abu meminta bantuannya. Pak Malik tidak dapat menolak permintaan teman lamanya kerana pernah terhutang budi dengan Abu. Dia yang bantu Pak Malik ke Mekah dan rasa berbelah bahagi dengan janjinya atau perlu menolong seorang kawan.
Jalil anak kedua Abu sedang memancing bersama kawannya. Menurut kawannya, Jalil seperti di tarik dalam sungai. Habis satu sungai telah diselami tapi kelibat Jalil tidak ditemui.
Pak Malik sedar, sungai di kampung mereka itu telah meragut ramai nyawa yang tidak berdosa. Sungai itu banyak buaya dan ruang tersembunyi di dasarnya.
Memang benar apa orang kampung katakan tentang sungai itu. Ia ada penunggu dan penunggu ini tidak suka di ganggu. Biasalah, budak muda. Mana nak percaya dengan benda karut seperti itu.
Ads
Pernah Pak Malik beberapa kali terlibat dalam usaha mencari mayat mangsa lemas. Itu sebelum dia ‘bersara’. Namun, demi sahabat karibnya itu, Pak Malik terpaksa turun padang.
Solat Hajat
Seperti biasa, sebelum melakukan proses mencari, Pak Malik akan melihat di mana lokasi yang telah dicari oleh pasukan penyelamat. Selepas itu Pak Malik akan mengelilingi sungai mencari kawasan yang sesuai untuk dia melakukan proses mencari.
Selepas selesai setiap proses tersebut, Pak Malik menyuruh Abu berdoa dan bersolat hajat pada Allah agar anaknya dijumpai. Tiada apa pun yang mustahil dengan izin-Nya. Itu pesan Pak Malik.
Ads
Sebaik Abu dan Pak Malik menunaikan solat hajat, mereka berdoa agar usaha mencari itu berjaya. Terus Pak Malik menukar pakaian yang sesuai untuk dipakai ketika menyelam.
Pak Malik melaungkan azan dan mulutnya tidak berhenti membaca ayat suci Al-Quran. Beberapa minit kemudian Pak Malik pun terus terjun ke dalam sungai.
Lama juga Pak Malik menyelam. Mereka menunggu kemunculan Pak Malik. Selepas beberapa minit, Pak Malik muncul. Dia memberitahu bahawa anak Abu telah mengambil sesuatu yang bukan kepunyaan dia beberapa hari sebelum kejadian itu. Penunggu itu ingin benda itu kembali.
Abu bergegas ke rumahnya dan mencari objek yang di katakan. Selepas beberapa minit mencari, Abu jumpa benda itu. Ia adalah sebuah keris kecil. Abu dengan cepatnya kembali ke sungai dan Pak Malik membawa keris itu lalu terjun semula ke dalam air.
Ads
Tidak beberapa lama kemudian, Pak Malik timbul sambil menarik sesuatu. Salah seorang budak kampung yang ada di situ terus membantu Pak Malik.
Reda
Alhamdulillah mayat anak Abu telah ditemui. Tidak ada kata yang dapat mengungkapkan perasaan syukur dalam hati Abu. Sudah puas Abu menangis. Dia reda dengan takdir Allah. Tidak lagi dia tertanya-tanya.
Salah seorang budak kampung tanya apa ilmu yang Pak Malik guna. Pak Malik menceritakan ilmu mencari orang lemas itu diperoleh secara tidak sengaja. Dia pernah bermimpi dan dalam mimpi itu ada orang alim telah mengajarnya cara-cara mencari orang yang hilang tidak kiralah di darat, air mahu pun alam lain.
Selama tiga hari berturut-turut Pak Malik bermimpi perkara yang sama. Selama itu juga ilmu itu telah dipelajarinya. Cuma pesan orang alim itu dia hanya pilih Pak Malik untuk menerimanya. Ilmu itu tidak boleh diajar dengan sewenang-wenangnya. Sebab itu Pak Malik tidak boleh bercerita lebih lanjut.
Fuad sudah berkahwin dengan Hani selama 4 tahun. Satu hari Hani jatuh sakit. Satu badan dia tak boleh gerak. Dia boleh bercakap, boleh makan tapi badannya tak boleh bergerak. Dia terpaksa baring dan tak boleh bangun dari katil. Makcik saya suruh saya cari rawatan alternatif. Saya setuju. Makcik saya menelefon seseorang.
4 hari kemudian pakar alternatif tu datang. Pak Mus tak banyak cakap. Dia berpusing-pusing sekitar rumah. Sehingga dia masuk ke dalam bilik di mana Hani terbaring. Hani sedang tidur semasa tu. Pak Mus lihat Hani. Dia meminta izin dengan Fuad untuk melakukan sesuatu. Fuad benarkan. Pak Mus baca sesuatu dan tiba-tiba Hani yang tak boleh bergerak, tiba-tiba dia duduk dan pandang tajam ke arah Pak Mus.
“Apa kau buat di sini! Kau tak di jemput! Balik! Ni tempat aku! Balik!”. -kata Hani tapi suaranya dah ubah. Suaranya lebih garing. Macam laki.
“Fuad. Kau ambil kan aku air putih.” -kata Pak Mus. Fuad pun ke dapur ketakutan. Tapi dalam ketakutan itu Fuad tuang air ke dalam bekas. Fuad dengar isterinya menjerit dan mengilai. Fuad balik dengan gesa ke bilik. Pak Mus sedang membaca sesuatu. Hani masih menjerit dan mengilai.
“Kau nampak tak apa di bawah katil kau?” -kata Pak Mus sambil tunjuk ke bawah katil.
“Nampak apa?” -kata Fuad. Di bawah katil tu cuma ada kotak-kotak barang-barang tak pakai Fuad.
Pak Mus sambung “Ada sesiapa datang ke rumah ini? Masuk bilik ni?” -kata Pak Mus.
“Saudara mara. Makcik. Pakcik saya” -kata Fuad.
“Aku bukan nak kata apa-apa, tapi ada yang masuk ke dalam bilik ini tidak bertangan kosong”- kata Pak Mus.
“Maksud Pak Mus?” -Fuad seperti tak faham.
“Kau tahu tak apa ada di bawah katil kamu?” -kata Pak Mus.
Hani toleh ke arah Fuad. Dengan matanya yang tajam dan senyuman sinis jawab dengan suara garing, “Ada tujuh pocong”.
Pak Mus menaip sesuatu di handphone dan dia terus sambung baca. Hani terus menjerit dan mengilai.
Tiga jam sudah berlalu. Tiba-tiba muncul kawan Pak Mus. Dia dah mula penat. Dia minta kawannya bantu. Kawannya sambung membaca. Pak Mus keluar dari bilik dan memberitahu Fuad bahawa ini akan mengambil masa. Selagi pocong-pocong itu tidak keluar dari bilik, ia akan bahayakan Hani. Selagi itu Hani tidak akan pulih.
Selepas Pak Mus minum segelas air, dia sambung. Pak Mus dan kawannya sambung baca sesuatu. Hani semakin mengila. Menjerit dia semakin kuat. Tiba-tiba Hani melompat ke arah mereka. Fuad dan kawan Pak Mus di minta pegang badan Hani. Pak Mus dan kawannya sambung baca. Tangan Hani terlepas. Dia cakar muku Fuad. Fuad terlepas genggaman. Kaki Hani sempat tendang kawan Pak Mus. Terjatuh. Hani cuba menikam Pak Mus, Fuad sempat tarik kaki Hani. Mereka dapat kawal Hani semula.
Mereka sambung baca. Tidak lama kemudian Hani beransur pulih. Hani menangis. “Abang. Tolong saya bang. Saya tak larat lagi.”
Fuad sedih melihat keadaan isterinya. Pak Mus memberitahu sekarang dia dah pulih. Tapi Hani belum sihat habis. Pak Mus berjanji akan datang semula untuk ubat Hani.
Fuad tanya apa yang dia boleh buat. Pak Mus suruh mereka rehat. Walaupun Fuad buang benda tu dari rumah ni, makhluk itu masih akan datang. Dia dah suka dengan Hani. Pak Mus pun beredar. Fuad melihat isteriny dan air mataNYA mengalir melihat keadaan isterinya
Wak Bakar adalah pengasas Kuda Kepang. Dia dan Kumpulan Warisan Kuda Kepang Parit Ponorogo di upah untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Wak Bakar telah membawa kumpulannya dua hari sebelum untuk menyiapkan diri mereka. Dia di beri sebuah dewan serbaguna untuk berlatih.
Apabila melakukan latihan mereka di dewan itu, Wak Bakar perasan ada sesuatu yang tak kena. Setiap kali kumpulannya nak ‘menurun’ je, tiba-tiba budak dia tersedar. Masalahnya, jika dia tidak turun dengan sepenuhnya, Wak Bakar tidak dapat menyebat mereka, dan budak-budaknya tidak dapat makan kaca. Ia boleh melukakan mereka. Wak Bakar rasa pelik.
Mereka cuba dan cuba, pekara sama berlaku. Selalunya apabila seseorang dah menurun, dia tidak akan bersuara, tapi kali ini ada beberapa dari mereka boleh berkata.
Wak Bakar tak puas hati. Dia tanya kepada bomohnya, Wak Mus, apa sebenarnya berlaku. Wak Mus beritahu ada sesuatu atau seseorang sedang menghalang mereka dari menurun. Di antara dia tak puas hati dengan kumpulan kita atau dia sahaja nak ‘test power’. Wak Bakar membuat keputusan untuk hentikan latihan mereka buat hari ini. Esok sambung. Sementara itu, Wak Bakar dan Wak Mus cuba mencari puncanya.
Mereka keluar dari dewan itu dan menyalakan rokok. Sambil hisap rokok sambil memerhatikan sekeliling mereka. Wak Mus mendapati ada seorang lelaki berdiri di tingkat 5, di pangsapuri berdekatan, sedang memerhatikan dewan sambil mulutnya berkomat-kamit. Dia tak perasan Wak Bakar dan Wak Mus di luar dewan.
Wak Bakar mengangguk dan Wak Mus terus bersiap untuk melakukan sesuatu. Wak Bakar mengambil bertih (yang sepatutnya di beri kepada kuda kepang) dan memberi kepada Wak Mus.
Dengan bertih di tangan , Wak Mus mula membaca sesuatu. Lepas habis baca, dia rejam bertih di tanah dan tunjuk dengan jari telunjuk ke lelaki itu. Lelaki itu jatuh pengsan. Kecoh keadaan jadinya apabila isterinya menjerit melihat suaminya terbaring di berandar rumah mereka.
Mereka belum selesai lagi. Dengan bertih yang di rejam itu, Wak Mus menghantar santau angin kepada lelaki itu.
Keesokkan harinya, latihan berjalan lancar. Budak-budak Wak Bakar menurun dengan baiknya.
Wak Bakar mendapat berita bahawa lelaki itu namanya Pak Manan. Di kawasan sini, dia terkenal dengan ilmu mistiknya. Boleh di katakan bomoh di kawasan sini. Wak Bakar tak kisah siapa dia atau motifnya, tapi apabila dia ganggu kumpulannya, dia perlu di jatuhkan.
Saka merujuk kepada sejenis makhluk halus yang di perlihara bagi tujuan mempertahankan diri, membantu dan memusnahkan musuh. Makhluk halus seperti Hantu Raya, Saka Harimau, Pelesit, Toyol dan macam-macam lagi adalah saka dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tujuan mereka berlainan tapi motif mereka sama, mengikut perintah tuannya.
Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Mereka di jammu acak seperti telur, ayam panggang atau pulut kuning, mengikut perjanjian mereka dengan tuannya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.
Walaupun saka di gunakan untuk kerja harian seperti bertani dan memburu, tapi ia masih salah di sisi Islam.
“Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48)
Apabila di kalangan manusia menyeru untuk berdamping dengan makhluk halus, perbuatan itu telah mengembirakan Syaitan, kerana sememangnya mereka sudah sesat dan telah mempersekutukan Allah S.W.T. Ia telah jatuh syirik dan syirik adalah perbuatan yang termasuk di dalam dosa-dosa besar.
Saka bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau paling keji memijak al-Quran.
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39)
Saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati, lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk di buangnya.
Seperti di sebut di atas, Saka perlu di warisi. Jika tuan mati dan tiada pewaris, Saka boleh mengamuk dan mengacau keluarga dan jiran tertangga.
Ketika hendak mati, tuan saka akan menghadapi seksaan amat perit kerana roh sukar keluar daripada jasad lalu terseksa sehingga akhir nafasnya. Apabila tuannya sudah mati tetapi saka yang dimilikinya tidak mahu meninggalkan tuannya, keadaan itu menyebabkan saka berkenaan “menumpang” pada jasad tuannya. Tuan saka itu kelihatan seolah-olah bernyawa dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah mati.