Pernahkah anda dengar tentang sebuah duit syiling 10 sen yang di katakan berpuaka. Sesiapa yang memilikinya akan alami gangguan, kadang-kala maut.

Ia bermula dengan seorang mahasiswa bernama Aishah. Dia tidak tahu di mana dia dapat duit itu atau sedar duit itu berpuaka. Aishah baru balik dari kampus. Letih, dia masuk ke dalam biliknya tanpa makan malam. Aishah menyelubungi dirinya dengan selimut. Tepat pukul 12 malam, selimutnya di tarik. Pada awalnya dia tidak rasa apa-apa, selepas berlaku dua tiga kali, Aishah tersedar dari tidur. Perutnya lapar. Dia ke dapur mencari sesuatu untuk mengisi perutnya. Apabila Aishah sedang selongkar dapur, dia terdengar bunyi ketukan di dinding. Berasa tak sedap hati, Aishah bergegas semula ke biliknya dan paksa dirinya tidur.

Aishah di ganggu berlaku selama lima hari berturut-turut. Ada satu malam tu, Aishah terasa dirinya tertarik dari katil. Oleh kerana semasa itu dia sedang tidur, Aishah percaya bahawa ia hanya mimpi buruk yang terbawa-bawa ke dunia nyata. Hari ke enam Aishah mengunakan duit 10 sen itu untuk membeli burger dari seorang lelaki di depan 7 eleven berdekatan rumahnya.

Azri sudah jual burger di situ selama 3 tahun. Seorang graduan yang tidak upaya mendapat kerja. Selepas berbulan-bulan mencari kerja, dia akhirnya membuat keputusan untuk buka sebuah kedai burger. Pagi hari dia menjadi penghantar makanan food panda. Sekurang-kurangnya adalah duit untuk hidup.

Azri membawa balik keuntungannya malam itu. Seperti Aishah, dia tidak sedar salah satu duit yang dia perolehi dari pelanggannya adalah puaka. Malam itu semasa dia sedang menonton tv, dia terdengar satu jeritan yang menyeramkan. Dia melihat kelilingnya. Tiba-tiba gambar frame di dinding jatuh tanpa di sentuh. Meja ikea terpelanting seperti seorang baling. Tak tahu apa terjadi, Azri terkaku buat beberapa saat. selepas sedarkan dirinya, Azri terus berlari cuba kejutkan kawannya, Rahim. Sebaik sahaja dia nak buka pintu, Azri dapat lihat lembaga hitam sedang memerhati dirinya dari tepi tandas rumahnya. Azri jatuh pengsan.

IKLAN

Keesokan harinya dia di kejutkan oleh Rahim. Azri memberitahu apa terjadi. Rahim tidak percaya. Rahim suruh Azri untuk rehat di rumah dan akan belikan sarapan untuk Azri. Azri menyerahkan duit termasuk 10 sen puaka itu. Rahim tertarik dengan 10 sen kerana bentuknya. Di belakang seperti ada sesuatu tertulis. Duit itu juga mempunyai beberapa cakaran. Rahim tak fikir apa-apa hanya merasakan ia sesuatu yang unik.

Rahim beli nasi lemak untuk dirinya dan Azri. Dia bayar tidak mengunakan duit 10 sen puaka. Dia suka sangat duit tu dan mahu simpan untuk dirinya. Pagi itu, tidak ada apa-apa berlaku.

Malam itu Rahim keluar bersama aweknya. Dia membawa pergi menonton cerita Dendam Pontianak. Semasa dia menonton cerita itu, dia rasa tak sedap hati. Badannya berpeluh tiba-tiba. Padahal dewan tu ber aircond. Dia nampak sesuatu laju lalu tepinya. Matanya berkeliaran memandang kiri kanan. Aweknya tanya jika rahim ok. Rahim hanya angguk kepalanya tanda dia ok. Tiba-tiba dia terasa sesuatu sentuhnya di kaki. Rahim melompat sambil menjerit. Satu dewan pandangnya dan gelak. Cerita seram menjadi cerita lucu.

IKLAN

Rahim tanya kepada aweknya jika dia nampak lembaga putih lalu di dalam pawagam. Aweknya hanya berikan satu pandangan pelik. Rahim pun menghantar aweknya pulang.

Dalam perjalanan balik, Rahim merasakan motornya berat. Apabila dia memandang side mirror, dia boleh nampak lembaga putih itu berdiri di belakang motor. Tidak boleh kawal, Rahim terlanggar sebuah kereta. Dia terpelanting jauh dan meninggal di situ juga.

IKLAN

Duit itu kemudian jatuh kepada seorang lelaki bernama Yus. Selepas Rahim terpelanting dari motornya, Yus adalah di antara orang awal di tempat kejadian. Yus bergegas ke Rahim. Apabila melihat Rahim meninggal dunia, Yus meraba-raba cari dompet. Sebaik sahaja dia dapat dompet itu dia hilangkan diri.

Yus juga di ganggu malam itu. Dia sudah berkeluarga. Di dalam dompet Rahim ada RM 132.70 sen. Dia simpan duit termasuk 10 sen puaka itu. Isi lain seperti kad bank dan kad pengenalan Rahim dia buang di tepi jalan. Yus seperti tak ada apa-apa berlaku. Dia membawa balik KFC untuk keluarganya. Malam itu, selepas dia tidurkan anaknya, Yus buka tv. Dia mengunyah KFC sambil menonton cerita P.Ramlee. Tiba-tiba dia dengar suara budak menangis. Yus berlari masuk ke bilik anaknya tapi anaknya sedang tidur lena. Tak lama kemudian dia dengar sesuatu bunyi hentakkan kuat. Dia tertanya-tanya mana datang bunyi tu. Dia berjalan perlahan-lahan balik ke ruang tamu, sofa di ruang tamu di terbalik kan. Tiba-tiba tvnya terpelanting jauh. Di sambung dengan suara mengilai. Isterinya terjaga dari tidur. Dia melihat rumahnya sudah tungang terbalik. Yus beritahu rumah berhantu. Pada mula isterinya tidak percaya, tapi tiba-tiba frame gambar rumah mereka jatuh dari dinding. Mereka ambil anak mereka dan menginap di rumah ibu Yus.

Keesokkan hari, Yus berjumpa dengan seorang ustaz di kedai sebuah kedai mamak. Dia ingin bantuan ustaz untuk halau hantu di rumahnya. Ustaz itu setuju. Sebelum mereka bertolak ke rumahnya, Yus memasukkan duit 10 sen puaka ke dalam tabung derma.

 

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI