Ramai yang kenal dengan cerita Mahsuri yang di perturunkan sejak beberapa generasi di Langkawi. Sehinggakan makam Mahsuri menjadi tempat tumpuan pelancong. Tetapi ada satu cerita yang tidak di ketahui orang ramai termasuk penduduk Langkawi sendiri. Kewujudan seekor haiwan raksasa di Langkawi, pada zaman silam.
Sebelum kedatangan Islam ke Kedah, sebut sebuah kisah tentang seekor Ular Besar (saktimuna laut) yang menjaga perairan air Langkawi Kuno. Tempat sarangnya di Pulau Langkawi.
Seorang pegawai tentera British, Sherard Osborne, telah mencatatkan kisah pelik itu dan telah di muatnaik dalam buku Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade, and Society (Kerajaan Melayu di Kedah: Agama, Perdagangan dan Masyarakat).
Mengikut beliau, yang mendapat cerita ini dari orang tempatan sendiri, Raja baru akan mengorbankan seorang puteri daripada kalangan kerabat diraja kepada Ular Besar itu jika inign menaik takhta di negeri Kedah. Raja juga perlu melakukan pengorbanan yang sama jika berlaku peperangan di kerajaan itu.
Ads
Sebagai tanda balasan, Ular Besar akan menjaga keselamatan kerajaan Kedah daripada ancaman angkatan laut musuh. Ular Besar itu tidak akan menelan orang-orang Kedah. Ular Besar itu akan menjadikan rakyat Siam, Mergui dan haiwan-haiwan lain sebagai makanannya.
Apabila kedatangan Islam di Kedah, upacara pengorbanan itu di berhentikan. Ular Besar telah mengamuk. Baginya, kerajaan Kedah telah memungkiri janji. Rakyat Kedah telah menjadi mangsa kepada kemarahan Ular Besar itu. Ia menjadi huru-hara. Tiada siapa tahu cara untuk menghalang Ular Besar.
Seorang ulama dari negara Arab telah datang ke negeri Kedah. Dia beritahu Allah S.W.T. telah menghantar dia di sini untuk membantu penduduk tempatan dengan masalah ular itu. Ulama itu tanpa membuang masa, mengambil air sembahyang, memakai serban hijau, menjunjung Al Quran atas kepalanya, beliau ke tempat tinggal ular itu. Lalu dia sembahyang dan membaca doa supaya Ular Besar berkenaan mati atau diusir dari kawasan itu. Belum sempat apa-apa, Ular itu telah menelannya.
Ads
Sesuatu tidak di duga terjadi. Ular Besar mengalami kesakitan yang kuat sebaik sahaja dia menelen ulama itu. Badan ular merota-rota. Ekornya membidas dengan tidak tentu arah. Dalam keadaan sakit, Ular Besar itu pulang ke gunung-ganang, tempat kediamannya di Pulau Langkawi. Sejak itu, Ular Besar lesap dan tidak lagi menganggu penduduk di sana.
Kisah ular besar hilang dalam kemodenan pulau pelancongan itu. Mungkin salah satu sebab kisah Ular Besar ini tidak di perkatakan sekarang kerana kemasukkan Islam. Apabila penduduk tempatan, bukan sahaja di Langkawi, memeluk Islam, banyak kepercayaan khurafat mula di tolak termasuk cerita-ceritanya. Kisah mengorbankan seorang puteri mungkin di anggap tidak bertamadun dan di larang Islam, lalu untuk tidak mengaitkan diri dengannya adalah melupakan kisah itu.
Mandela Effect adalah sesuatu yang kita percaya sesuatu tetapi sebenarnya tidak wujud dalam realiti ini. Ramai orang akan ingat secara jelas contoh satu kejadian dengan fakta-faktanya tetapi berlainan dengan apa yang tercatat di dalam buku sejarah, suratkhabar dan lain-lain. Contoh: Karakter Pikachu yang ramai ingat kat hujung ekornya mempunyai belang hitam tetapi dalam realiti ini, Pikachu tidak pernah ada belang hitam itu.
Beberapa orang menyifatkan ini sebagai ‘false memory (memori palsu)’ bahawa ia adalah memori yang kita cipta sendiri atau gabungan memori menjadi satu memori. Tetapi jika ia ‘memori palsu, kenapa ramai orang yang ingat fakta itu?
Ada juga yang menyatakan bahawa ‘parallel realities exist (realiti selari wujud)’ dan kita hanyut di antara realiti-realiti itu tanpa kita mengtahuinya. Apa-apa Mandela Effect adalah satu subject yang menarik.
Mandela Effect bermula dengan tarikh kematian Nelson Mandela. Ramai yang pasti bahawa Mandela mati di dalam penjara pada tahun 1980. Padahal dalam realiti dia mati pada tahun 2013. Dan pada tahu 1994 hingga 1999 dia menjadi presiden untuk Afrika Selatan.
Beberapa contoh lagi dari Mendela Effect
Star Wars ada dua. Satu di Star Wars: Empire Strike Back. Semasa Luke bertemu dengan Darth Vader, ramai yang ingat ‘Luke, i am your father’ tetapi dalam realiti ‘No, i am your father’. Satu lagi dalam original trilogy, di mana kesemua badan C3PO di salut emas tetapi dalam realiti, kakinya ada warna silver.
Dalam filem Snow White, semasa Queen panggil cerminnya, ramai yang ingat ‘Mirror, Mirror on the wall’, tetapi dalam realiti ‘Magic mirror on the wall’.
Ramai yang ingat ejaan ‘Looney Toons’ tetapi dalam realiti ‘Looney Tunes’.
Banyak lagi contoh Mendela Effect di luar sana. Percaya ke tidak wujudnya Mendela Effect adalah berdasarkan apa yang kita percaya sebagai memori. Walau camana pun ia telah menjadi isu hangat untuk di borakkan.
Di Strasbourg, Perancis, pernah berlaku satu fenomena yang mengegar kota itu. Dancing Plague atau Wabak Menari Sampai Mati berlaku sekitar tahun 1518. Ia bermula dengan seorang wanita bernama Frau Troffea. Suatu petang yang cerah di bulan Julai, Frau Troffea sedang menari seorang diri di sekitar kota. Ia pelik tapi tidak mencurigakan sehingga penduduk melihat wajah Troffea dalam keadaan kesakitan. Dia seperti di pukau. Selama seminggu, Troffea menari tanpa henti. Dalam masa itu, seramai 34 orang penduduk turut serta menari bersama Troffea. Kebanyakan yang menari adalah kaum wanita. Mereka tidak dapat mengawal tubuh badan mereka. Mereka menari berhari-hari tanpa henti sehingga ada yang mati di sebabkan kepenatan atau sakit jantung.
Engraving of Hendrik Hondius portrays three women affected by the plague. Work based on original drawing by Pieter Brueghel, who supposedly witnessed a subsequent outbreak in 1564 in Flanders
Kira-kira lebih kurang 400 orang di jangkiti wabak ini. Ia bukan di sebabkan virus atau bakteria. Ahli pakar semasa itu tidak dapat kesan punca sebenar wabak ini. Pemerintah Strasbourg mencari jalan penyelesaian. Mereka memutuskan bahawa ia di sebabkan kuasa paranormal. Dari mencari ubat, mereka mengupah pakar muzik dan juru penari. Mereka juga membina pemtas untuk mereka menari. Kononnya dengan mengalakkan lagi mereka menari, mereka akan sembuh sendiri. Malangnya ia menyebabkan lagi ramai yang mati.
Di dalam buku oleh seorang pakar sejarah John Waller, ‘A Time To Dance, A Time To Die,’ wabak itu di sebabkan penduduk bandar memakan Ergot, satu ulat berbahaya yang boleh membuat halunisasi dan kejangan. Lalu ia membuat seluruh tubuh hilang kawalan dan seolah-olah menari. Ergot berstruktur dengan dadah Lysergic Acid Diethylamide atau di kenali sebagai LSD. Ramai pakar ragu dengan teori ini sebab ergot sebenarnya membantutkan mereka daripada menari.
Satu lagi teori adalah histeria besar-besaran. Jangan lupa pada zaman itu keadaan di Europah agak terdesak. Penduduk sentiasa lapar dan sakit. Apabila keadaan terdesak, kita boleh lakukan kerja tidak waras seperti… Menari sampai mati.
Beberapa bulan lepas, kisah seorang lelaki menaiki bas berhantu menjadi tular di Indonesia. Hebbie Agus Kurnia @hebosto telah menaikkan pengalaman misterinya menaik bas berhantu itu di Insta story dalam akaun peribadinya. Mungkin di Malaysia kisah ini tidak dapat banyak liputan, tapi ia menjadi buah mulut penduduk Indonesia semasa itu. Seperti kisah-kisah mistik yang lain, ada yang percaya dan ada yang tidak. Hebosto tidak berhenti di tanya bermacam-macam tentang kejadian itu oleh netizen. Ini kronologinya.
Pada 20 Jun, 2019, Hebbie Agus Kurnia, seorang blogger, telah menaiki bas yang dikatakan berhantu dari Bekasi untuk bertemu dengan isteri dan anaknya yang duduk di Bandung. Selalunya dia akan membawa kereta, tetapi kerana malas, kali ini dia mengunakan bas sebagai pilihan pengangkutannya.
Bas yang sepatutnya dia naik, tak sampai-sampai. Sudah sejam dia tunggu. Jadi dia membuat keputusan untuk naik bas apa sahaja yang boleh bawa dia ke Bandung. Bas yang dia naik agak tua, konduktornya menjerit-jerit “Bandung! Bandung!”
Semasa naik, semua nampak normal. Tak ada benda yang pelik terjadi. Pemandu dan konduktornya pun nampak normal. Agus pun memasang headphone dan masuk tidur.
Apabila dia sedar, dia lihat ramai penumpang dalam bas. Dia pelik, bila penumpang-penumpang ini naik. Bertambah pelik apabila penumpang-penumpang itu semua duduk pucat, berbadan tegang dan tak berbicara. Seperti zombi.
“Eksperesi dan raut muka beberapa penumpang udah mulai agak berbeda. Gue ngeliat kok orang-orang pas lampu bas di nyalain, pada tegang dan pucet. Dududnya bener-bener tegap, tapi mukanya pucet.” -Agus.
Lalu dia pun bau hanyir dalam bas itu. Dia cuba kuat kan semangat dan bertanya kepada salah seorang penumpang, “Ini udah sampai ke kilometer berapa?” Tapi tidak ada jawapan malah tidak menoleh ke arahnya pun.
Agus cuba cubit tangannya, harap ia adalah mimpi, tapi dia tahu ini di dalam dunia nyata. Satu lagi benda pelik yang Agus nampak adalah botol air jenama Aqua. Kenapa ia penting? Botol Aqua yang dia nampak dalam bas itu sudah tidak di hasilkan lagi sejak 2004.
Sudah 5 jam dalam bas, tapi tak sampai-sampai lagi Bandung. Agus membuat keputusan untuk beristighfar, meminta maaf atas dosa-dosanya dan memaafkan dosa-dosa orang yang pernah buat silap dengannya.
Akhirnya mereka tiba di terminal. Dia seorang sahaja yang turun. Penumpang lain tidak bergerak. Dia ingin bayar tapi konduktornya kata dengan nada yang pelik, “Nga… pa… pak… turun… aja…”
Itulah pengalaman Hebbie Agus Kurnia. Percaya ke tidak, itu terpulang kepada pembaca. Tapi nyata kewujudan Jin itu benar. Dan tak terkejut kalau apa yang Agus lalui itu adalah dunia alam lain.