Pernahkah anda dengar tentang makhluk bernama Al Hin? Ia di katakan wujud berjuta tahun sebelum Nabi Adam. Al Hin di katakan mempunyai sifat sama seperti manusia, cuma bezanya mereka mempunyai sayap di belakang badan mereka.

Pertama kali saya dengar tentang Al Hin apabila kawan sekerja memberitahu tentang kewujudannya. Dia memberitahu tentang satu artikel dia baca mengenai seorang Ustaz yang bertemu dengan makhluk Al Hin.

Al Hin: Makhluk yang hidup sebelum Adam

Artikel mengenai Al Hin

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat. Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuhlah penyakitnya.

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan.

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii…hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal je..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak.

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak.

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba.

Pesakit: Ermm..wanginya… lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni?

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ke?

Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?

Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la. Setakat minyak wangi, apalah sangat.

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya.

Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang berlagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanyalah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.

Saya: Ish…tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ke?

Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.

Saya: Hah…sembah Allah tapi bukan Islam? Agama apa kamu ni?

Pesakit: Agama Monoteisme.

Saya: Agama apa tu?

Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah…Tak sekolah ke?

*Terkena jugak RIDAM.

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni! Kang..

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang je..

Pesakit: Aku tak tipu lah…Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari..

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya.

IKLAN

Saya: Poppy? Makhluk apa tu?

Pesakit: Wahai hamba Allah…banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.

Saya: Ceritakan…aku nak tahu.

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi. Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.

Kemudian dia menangis teresak-esak.

Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari. Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut.

Saya: Kalau begitu, betulkah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?

Seraya itu dia mengangguk.

Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk. Kami hidup berpuak-puak. Aku dari puak Poppy. Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa.

Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu.

Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?

Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah.

Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku, macam mana pulak tu?

Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu. Bukan semua tau aku suka manusia. Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.

Saya: Tak payah la…aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan?

Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.

IKLAN

Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab kenapa kamu duduk dengan budak ni?

Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia.

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut.

Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?

Pesakit: Maaf..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan?

Saya: Memanglah.. tapi agama akhir zamankan Islam. Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni? Agama yang disuruh dan dijamin Allah.

Pesakit: Aku tahu, tapi aku bukan dari Jin dan Manusia. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran.

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang. Aku tidak pernah menduakan Allah.

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya.

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapa budak ni. Kamu tak rasa kesian ke?

Pesakit: Kesian juga. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi.

Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai?

Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat.

Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni. Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku, boleh?

Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama). Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu. Kenapa?

IKLAN

Pesakit: Ada tak bapa budak ni cerita perangai pelik anaknya ni masa sakit tadi?

Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ke?

Pesakit: Yelah…kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?

Saya: Aah…kenapa?

Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu. Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam. Puak kami mana pakai Kalendar masihi.

Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.

Pesakit: Sabarlah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku. Dah lama sangat aku hidup. Sunyi betul hidup aku. Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat.

Saya: Ooo…macam tu..Berapa dah umur kamu?

Pesakit: Sikit je..baru 4 juta 130 ribu tahun.

Saya: Mak aiiii…lamanya kau hidup.

Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.

Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak. Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni. Boleh?

Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?

Saya: Boleh tak aku tengok kamu. Rasa nak tengok je diri kamu tu.

Pesakit: Boleh dengan izin Allah…kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur. Minta pada Allah nak tengok aku. Bukan aku yang izin..Allah yang izin. Sekarang, boleh aku keluar?

Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain.

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah. Pesakit pulang selepas itu.

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan.

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya.

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap. Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi.

http://kisahkisahmisteridunia.blogspot.com/2013/02/al-hin-bangsa-jin-yang-wujud-sebelum.html

Al Hin: Makhluk yang hidup sebelum Adam

Al Hin dari pandangan Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus juga pernah menyebut tentang makhluk Al Hin dalam ceramahnya.

“Makhluk yang sebelum daripada turun Nabi Adam ke bumi ini, ‘Wahai malaikat Aku nak jadikan makhluk manusia ini menjadi khalifah pula di bumi ini’. Masa itu tidak ada lagi manusia di bumi. Maka malaikat jawab, ‘Ya Allah adakah sekali lagi Engkau akan jadikan pemimpin di dunia itu orang-orang yang melakukan kemusnahan dan membunuh-bunuh’, maksudnya Al-Hin tadi, golongan Jin yang duduk sebelum nabi Adam. Dalam kitab hadis ada sebut: ‘Bila di turunkan Adam ke bumi dihalau jin-jin jahat ini di laut dan di bukit-bukit’. Dalam kitab Askar Nawawi, Imam Nawawi pula sebut: ‘Kalau kamu pergi ke laut dan di bukit-bukit, maka membacalah begini, Ya Allah, aku berlindung dengan kalimah-kalimah mu yang sangat sempurna daripada segala makhluk-makhluk mu yang jahat.”

Kemusnahan Al Hin

Kerana Ego dan nafsu mereka, makhluk Al Hin berperang dengan sesamanya demi rebut wilayah dan kuasa. Mereka mempunyai teknologi yang maju dan boleh cipta senjata lebih hebat dari kita. Dengan teknologi itu mereka memusnahkan dunia.  Akibat itu, mereka di hukum Allah S.W.T. Hukumannya ialah mereka dipanjangkan umur tetapi tidak boleh melahirkan zuriat.

Kita patut ambil pengajaran dengan kisah makhluk Al Hin. Keangkuhan kita dengan ajaran Allah sama seperti apa yang berlaku dengan mereka. Kita belum lambat. Bertaubatlah. Nescaya kita belum lagi di laknat oleh Allah S.W.T.

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI