Misteri Malam Jumaat Kliwon

Share

Budaya orang Jawa percaya bahawa setiap Malam Jumaat Kliwon merupakan hari yang energi magisnya kuat. Oleh demikian, malam itu akan berlakunya upacara dan ritual mistik seperti membersihkan keris yang mempunyai semangat. Hari itu juga dipercaya kerap dimanfaatkan sebagian orang untuk mencari pesugihan.

Dalam kalender orang Jawa (primbun) hanya ada 5 hari, (Legi, Pahing, Pon, Wage dan Kliwon) bukan 7 macam kita kenali. Jadi apabila Khamis malam Jumaat bertemu dengan Wage malam Kliwon, itulah malam yang di panggil Malam Jumaat Kliwon. Malam yang keramat untuk masyarakat Jawa.

Orang yang meninggal di malam Jumat Kliwon memang kerap dianggap baik. Mungkin bukan hanya di mata masyarakat Jawa, namun juga para Muslim. Ia merupakan tanda bahawa orang tersebut merupakan orang yang baik.

Justeru, kepercayaan orang Jawa, orang yang mati pada malam jumaat Kliwon akan dijaga selama 40 hari. Selalunya budak-budak kampung yang di upah untuk jaga mereka di kubur. Ini untuk mengelakkan orang mencuri anggota tubuhnya -dagu, anggota sulit dan lain-lain. Ia akan digunakan untuk ilmu hitam.

Satu lagi kepercayaan orang Jawa, pada Malam Jumaat Kliwon, di percayai bahawa orang yang meninggal di beri kesempatan untuk pulang ke rumah pada malam itu. Oleh kerana itu masyarakat Jawa akan melakukan upacara di panggil ‘penyambutan’. Biasanya, mereka menyediakan saji berupa makanan kegemaran yang telah meninggal.

Salah satu tradisi spiritual orang Jawa yang sampai sekarang masih banyak diikuti adalah puasa 40 hari. Ia mesti bermula pada hari Jumaat Kliwon.

Selalunya orang dewasa tidak akan benarkan anak-anak mereka keluar semasa Malam Jumaat Kliwon. Ia dianggap sebagai malam yang menyeramkan dan mistik. Malam di mana hantu berkeliaran. Ini telah menjadi buah mulut turun temurun dari zaman nenek moyang hingga masyarakat sekarang. Sebenarnya, masyarakat Jawa menganggap ia hari yang indah dan keramat untuk mereka. Sehingga sekarang kepercayaan Malam Jumaat Kliwon masih di amalkan dalam masyarakat Jawa.

Published by
Jon