Bulan April dan Mei adalah bulan terbaik untuk mengumpul madu tualang. Sebuah madu yang amat mahal tapi sangat berkhasiat. Satu kg madu tualang asli boleh cecah sampai rm100.

Pokok tualang sejenis pokok hutan yang amat tinggi setinggi 100-150 meter.

Sudah 21 tahun Mazlan menjadi pengutip madu tualang. Dia, saudaranya, Atan, dan dua anaknya, Mus dan Manaf telah siap sedia untuk mengumpul madu malam ini.

Di bawah pokok tualang yang di pilih, mereka membaca doa untuk meminta keberkatan. Selalunya Mazlan sendiri akan naik, tapi kali ini dia telah memberi kepercayaan dekat anak sulungnya, Mus untuk memanjat. Dia akan panjat bersama pakciknya Atan.

Mus dan Atan memanjat pokok itu. Selangkah demi selangkah mereka naik.

Sudah hampir dua jam mereka berada di situ. Banyak juga sarang mereka dah kumpul. Di bawah Manaf rasa tak sedap hati. Ada sesuatu tak kena. Dari jauh Manaf perasan seekor pocong sedang mengintai mereka. “Ayah” kata Manaf.

“Hmmm” kata Mazlan. Dia menarik tali untuk signal kepada orang atas masa untuk balik. Atan dan Mus tidak perasan signal dari Mazlan. Mereka teruskan mencari sarang.

Ads

Sementara itu, keadaan di bawah agak tegang, pocong yang mengintai, mendekati mereka. Mazlan buat tak tahu tapi Manaf mengelabah. “Mereka tak turun lagi ke?” tanya Manaf sambil mengemas di bawah.

Sudah 15 minit berlalu. Mus dan Atan tak turun-turun lagi. “Kau tunggu sini. Ayah naik sekejap” kata Mazlan

“Tunggu sorang-sorang?” kata Manaf. Ayah dia panjat pokok tualang tu. Dia pandang ayahnya, pandang pocong dan pandang ayahnya balik.

Tiba-tiba pocong itu muncul depan Manaf. Terkejut Manaf. Kerana terlalu takut, Manaf memanjat pokok tualang tu.

Ads

Mazlan akhirnya jumpa mereka. “Atan. Mus. Masa untuk balik” kata Mazlan.

“Kenapa tak hantar signal je?” tanya Mus.

“Aku dah hantar, kau tak perasan.” jawab Mazlan.

Ads

Jap lagi Manaf pun tiba. “Mengapa kau panjat” kata Mazlan.

“Pocong tu depan muka saya” kata Manaf.

“Dah. Turun.” kata Mazlan kepada Manaf.

Mereka berempat turun perlahan-perlahan. Semasa Manaf turun, seekor burung hantu lalu depannya. Manaf mengelabah. Dia tersilap langkah dan jatuh dari atas pokok.

Sampainya di bawah, Mazlan tidak pandang langsung kat anaknya. Dia tahu anaknya dah meninggal. “Dah malam. Esok sahaja kita bawa Manaf keluar.” kata Mazlan.

Mazlan tahu jika dia angkat sekarang, dengan keadaan gelap, lebih bahaya kepada orang hidup dari orang mati.