Uncategorized

Lukisan Hidup

Share

Orang kata tak bagus gantung gambar-gambar yang cukup sifat. Rezeki tak masuk pun susah. Malaikat nak masuk pun susah.

Itu teguran orang apabila masuk ke rumah aku. Tapi aku tak boleh kawal, ia seperti nafsu yang tak boleh kawal mengumpulnya. Gambar potrait telah menjadi penghias rumah saya sejak saya pindah rumah 2 tahun lepas. Aku tak percaya dengan teguran itu. Aku merasakan ia satu benda yang merepek. Gambar adalah gambar, apa kena mengena rezeki.

Satu hari aku terserempak dengan satu gambar potrait yang memukau hatiku. Seorang perempuan sedang menunggu sesuatu, tak tahu apa dia tunggu, suaminya, kasihnya atau menunggu cinta. Potrait seperti bercakap kepada ku. Aku kena ada gambar ni di rumah aku.

Kedai itu beritahu bahawa harganya rm 700. Kat situ juga aku bayar. Tak kisah la ia Rm 70 atau Rm 7000, gambar secantik itu mesti ada dalam koleksi ku. Tuan kedai itu pesan kepada aku, gambar ini bukan sebarang gambar, ia senang merajuk. Ia kena jadi pemaisuri dalam hidup kau. Sekali lagi aku rasa dunia ni dah gila. Aku tak faham langsung apa dia cakap.

Aku pun gantung gambar ini di rumah aku. Lama aku pandang gambar. Menghayati setiap sudut lukisan itu. “Abang. Ini lukisannya?” isteri aku, Hawa, baru balik dari boutique-nya.

“Iye Wa, cantik kan?” sambil memeluk isteri aku. Wa angguk setuju. Aku pun cium dahi isteriku.

Malam itu hujan turun lebat. Aku tersedar sebab guruh kuat. Aku keluar dari bilik aku untuk menikmati sebatang rokok. Aku berjalan lalu koleksi lukisan aku. Sekali lagi guruh boleh di dengar. Bulu di belakang leher aku tiba-tiba naik. Tak tahu kenapa. Aku rasa seperti di perhatikan.

Aku pun nyalakan rokok aku sambil memerhati handphone. Aku scroll twitter sambil hisap rokok.

Tak lama kemudian aku perasan kelibat isteri aku masuk ke dapur. “Wa?” aku panggil. Senyap. “Apasal tak buka lampu?” aku sambung. Senyap.

Aku pun bangun dan mencari isteri aku di dapur. Tak ada orang. Sekali lagi bunyi guruh kedengaran.

Aku habiskan rokok aku sambil pandang ke lukisan yang aku beli. Ada sesuatu lain tentang gambar itu. Tak tahu apa. Mungkin cara dia pandang atau mungkin cara dia senyum. Aku memerhatikan gambar itu, cuba mencari perbezaan. Tiba-tiba, ia kelip mata. Terkejut aku. Aku bergesa balik ke bilik aku.

Tak mungkin. Tak mungkin ia bergerak. Otak aku cuba proses. Tiba-tiba nama aku di panggil, “Kamal… Kamal…”

Di pintu masuk, aku boleh nampak rupa tubuh seorang perempuan. “Kamal… Kamal…”

Aku tak percaya apa aku lihat dan dengar. Tak mungkin ia hidup. Ia hanya sebuah lukisan. “Kamal… Kamal…” Perempuan panggil sambil dengar guruh sebagai latar belakang bunyi. Takut. Pelik. Macam-macam perasaan sedang bermain dalam otakku.

Tidak lama kemudian, aku boleh dengar azan dari masjid dengan rumah ku. Alhamdulillah, benda yang menghantui aku tiba-tiba hilang. Tiada lagi panggilan namaku. Tiada lagi bentuk tubuh perempuan di pintu.

Isteri aku terjaga untuk sembahyang subuh. Aku pun bangun, masuk ke bilik air, ambil wudhu. Isteri aku senyum tanpa ketahui apa terjadi.

Keesokkan harinya aku jual semua koleksi gambar aku.

Published by
Jon