Japan mempunyai banyak kisah-kisah hantu yang menyeramkan tapi cerita tentang hantu ini meremangkan. Kuchisake-onna adalah hantu yang mempunyai dendam dengan yang hidup. Kisah asal Kuchisake-Onna berasal kira-kira 1200-800 tahun dahulu. Seorang wanita yang sangat cantik, berkahwin dengan seorang samurai. Apabila suaminya mendapat tahu yang dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, suaminya memotong mulutnya, ke dua-dua belah, sehingga ke telinga. Selepas itu suaminya tanya, “Siapa yang akan menganggap engkau cantik sekarang?”
Khabarnya, pada akhir 70an di dearah Nagasaki, kisah lagenda Kuchisake-onna ini tiba-tiba menjadi buah mulut orang selepas beberapa orang mengaku nampak Kuchisake-onna berkeliaran mencari mangsa. Ia segera menyebar ke kota-kota lain.
Ads
Sungguh mengejutkan, ada beberapa asas untuk cerita ini. Pada tahun 2007, seorang koroner mendapati rekod bahawa pada akhir 1970-an terdapat seorang wanita yang mengejar budak. Dia dilanggar oleh sebuah kereta dan dibunuh ketika sedang mengejar. Lagi mengejutkan perempuan itu mempunyai mulut yang koyak mirip dengan Kuchisake-onna. Wanita ini mungkin menyebabkan panik pada lewat 70-an.
Ads
Kebanyakkan mangsa-mangsa Kuchisake-onna adalah budak-budak. Dia akan berjalan di lorong dengan topeng pembedahan dan akan berhenti budak dan paksa mereka jawab soalan, “Cantik ke saya (Watashi wa kawaīdesu ka)?” Soalan itu hanya ada dua jawapan, Ya atau tidak, tapi masalahnya kedua-dua jawapan itu binasa. Jika pemangsa jawab tidak, ia akan di bunuh mengunakan gunting. Kalau pemangsa jawab ya, ia akan buka topeng pembedahannya dan menunjukkan mulutnya yang telah terbelah sehingga telinganya. Jika mangsa ingin lari, dia akan buru mangsa. Tiada jalan keluar selain di mati.
Ads
Kuchisake-onna telah menjadi salah satu simbol menakutkan di Japan dan telah di adaptasikan ke anime, manga dan juga ke layar perak. Kisah dia juga telah tersebar ke Korea Selatan.
Jin Ummu Sibyan ini adalah sejenis jin yang gemar menganggu bayi atau wanita yang masih hamil dipercayai dari rupa atau wajah kaum perempuan yang mengerikan dan berjalan di dinding seperti cicak. Ia juga dikatakan mampu mengikat rahim wanita serta turut membunuh bayi ketika masih dalam kandungan.
Maghrib adalah saat di mana matahari sudah tenggelam, namun masih muncul dengan sinar yang kadang-kadang berwarna jingga atau merah menyala. Untuk mengelak agar wanita Jin Ummu Sibyan tidak datang ke rumah, kita diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah.
Jin Ummu Sibyan dikatakan akan memasuki ke dalam rahim perempaun. Tujuannya agar wanita itu tidak dapat mengandung atau tidak mampu hamil. Jin Ummu Sibyanakan masuk ke dalam rahim perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat supaya perempuan itu tidak boleh mengandung.
Di ceritakan juga Apabila Jin Ummu Sibyan memasuki janin, jin itu kemudian akan menendang sehingga berlaku keguguran menjadikan rahim kosong.
Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya, dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.
Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau. Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular.
Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kangungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.
Tambahnya lagi : “Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.
Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka sera diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.
Walau bagaimana pun, Hadith tentang Jin Ummu Sibyan agak Daif. Tapi waktu magrib adalah waktu syaitan dan iblis berkeliaran. Janganlah bagi anak-anak bermain di waktu senja. Pastikan anda menutup semua pintu dan tingkap pada waktu Maghrib
dan jangan mengangkat jemuran baju atau kain yang dijemur pada waktu Maghrib.
“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian.”
(HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).
———————————————————————————————–
Tanda-tanda bayi di ganggu Jin Ummu Sibyan:
1. Bayi menangis melalak dan mata terbeliak memandang ke atas
2. Anak-anak jatuh seakan-akan didorong
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali
4. Demam panas waktu malam sehingga subuh sahaja
Akibat terkena gangguan Jin Ummu Sibyan:
1. Sawan tangis
2. Autisme (over hiperaktif)
3. Nakal dan keras kepala
4. Malas
Tanda-tanda wanita hamil terkena gangguan Jin Ummu Sibyan:
1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar dan berlarut sampai tengah malam
2) Kusut fikiran
3) Sakit pada bahagian tulang-tulang belakang
4) Mengigau ketika tidur
5) Mimpi-mimpi yang menakutkan
Cara mengelak daripadagangguan Jin Ummu Sibyan
1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu maghrib
2) Jangan angkat baju yang masih berjemur di luar rumah pada waktu maghrib
Cara mengatasi gangguan pada bayi/anak
Meniarapkan bayi kemudian baca ayat Qursi dan surah Tiga Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai bayi berhenti menangis. Satu lagi cara dengan halaunya sahaja seperti “Wahai Ummu Sibyan, keluarlah dari rumahku dan jangan ganggu anak-anakku.” InsyaAllah, Ummu Sibyan akan pergi.
Benarkah haiwan peliharaan dapat lihat makhluk ghaib? Setengah orang percaya bahawa haiwan peliharaan memiliki indra keenam, yang membuat mereka boleh nampak makhluk ghaib. Haiwan juga di percayai dapat merasakan sesuatu bencana akan berlaku. Kejadian seperti berpuluribuan ikan akan berenang ke pantai atau berpuluh-puluh ribu burung bertebangan di langit untuk memberi amaran tentang tsunami atau bencana alam lain.
Ini adalah tanda-tanda haiwan boleh melihat makhluk ghaib.
MEMBUAT BISING SEPERTI TERNAMPAK SESUATU
Apabila haiwan perliharaan ternampak sesuatu yang mata kita tak nampak, pada awalnya mereka akan membuat bising. Anjing akan menyalak, ayam akan berkokok di malam hari, kucing akan mengilai sambil mengeraskan badannya. Tanda-tanda ini menunjukkan kehadiran makhluk ghaib di rumah.
MENGIKUT SESUATU GHAIB
Apabila haiwan perliharaan ternampak sesuatu itu dengan jelas, ia akan tertarik untuk mengejar makhluk ghaib itu. Seperti anjing yang sedang baring, tiba-tiba bangun dan mengejar sesuatu.
BERGULING-GULING DI LANTAI
Selalunya anjing akan tiba-tiba berguling seakan-akan sedang bermain dengan seseorang tetapi tidak ada orang berdekatannya. Hati-hati, mungkin dia sedang bermain dengan hantu.
CUBA SEMBUNYI DI BELAKANG TUANNYA
Haiwan perliharaan juga mempunyai perasaan takut. Apabila tiba-tiba telinga kucing dan anjing terkatup tanpa sebab, bererti ia sedang takut dengan sesuatu yang dia lihat. Lalu ia akan sembunyi di belakang tuannya.
Taured adalah sebuah negara di antara Perancis dan Sepanyol. Tak pernah dengar? Sebab ia memang tidak pernah wujud. Ini adalah kisah tentang lelaki dari Taured.
Ketibaan lelaki dari Taured
Julai 1954, Seorang pengembara tiba di lapangan terbang Tokyo dengan membawa passport negara Taured. Pegawai kastam binggung. Mereka tidak pernah dengar negara itu. Lelaki itu mendakwa negaranya berada di Eropah.
Ketika mereka cuba mencari maklumat mengenai Taured, pengembara itu mula marah. Dia menyatakan ini adalah lawatan ketiga dirinya tahun ini ke Jepun untuk syarikatnya. Lelaki itu tidak faham kenapa dia di tahan. Pegawai-pegawai kastam cuba mendapat lebih banyak info di mana dia bekerja dan tempat tinggalnya di Tokyo. Pengembara itu memberi kerjasama. Tiada info tentang wujudnya syarikat itu malah lagi pelik, hotel yang dia mengaku menginap juga tidak ada rekod namanya.
Dia boleh berbahasa Jepun dengan baik, bukti lebih lanjut mengenai hubungannya dahulu dengan Jepun. Dia bercakap bahasa Perancis secara asli dan apabila diberi peta dunia dia terkejut kerana dia tidak dapat mencari negaranya.
Dia menyatakan bahawa negaranya sepatut terletak di mana peta menunjukkan Kepimpinan Andorra, bersama dengan beberapa bahagian Perancis dan Sepanyol. Taured itu telah wujud selama hampir seribu tahun. Oleh kerana dia tidak dapat ditahan di bilik lapangan terbang selama-lamanya, pihak berkuasa lapangan terbang mengatur bilik di sebuah hotel berdekatan.
Keesokkan harinya pengembara itu hilang dari bilik. Segala dokumen berkenaan pengembara itu juga hilang. Tiada kesan dan bukti wujudnya lelaki itu. Siapa sebenar lelaki itu? Adakah ini bukti wujudnya parallel universe?