Uncategorized

Koleksi Cerita Pendek 4 (16 September – 30 September)

Share

Oleh kerana jerebu teruk, aku membuat keputusan untuk keringkan baju kat dobi. Aku sampai dobi jam 11 malam. Masa tu dobi kosong. Aku pun masukkan baju aku dalam mesin pengering. 32 minit nak kena tunggu mesin siap. Di samar-samar jerebu aku nampak seorang wanita sedang berjalan masuk ke dalam kedai dobi. Dia duduk seperti menunggu bajunya kering. Tapi dalam kedai tu mesin yang aku guna saja beroperasi. Apabila aku tengok dia, wanita itu bagi satu senyuman yang menakutkan. Selepas selesai, aku pun tinggalkan dobi, wanita tu masih duduk di situ.

Aku duduk di sebuah boutique hotel di Langkawi. Banyak patung-patung di jadikan deco di hotel itu. Aku pulang ke hotel dan melihat hotel dah gelap. Ialah dah pukul 2 pagi. Aku pun berjalan ke bilik aku. Tak tahu perasaan ke apa, tapi aku rasa patung-patung tu sedang memerhati aku. Belakang leherku meremang. Sebaik sahaja aku masuk bilik, aku dengar orang sedang bercakap di luar bilik. Sepanjang aku berjalan ke bilik, aku tak nampak sesiapa pun berlegar di hotel.

Aku sampai ke Langkawi sudah malam. Aku tunjuk kat pemandu teksi lokasi penginapan aku. Dia tanya, macam ragu-ragu, betul ke hotel aku kat situ. Aku jawab “Ya”.  Selepas check in semua, aku pun masuk tidur. Lawa tempat ni. Bilik aku menghadap pantai lagi. Tapi pelik, sunyi sungguh suasananya. Macam aku seorang tetamunya. Keesokkan hari selepas bangun, terkejut aku melihat penginapan aku sebenarnya hotel terbiar. Soalannya, siapa check in aku semalam?

Sedang buat Facebook live jual flavor untuk vape, tiba-tiba di belakang langsir aku dengar perempuan menangis. Masalahnya aku duduk di tingkat 21.

Aku kerja sebagai kaunter Hotel di Langkawi. Sedang buat kerja, aku nampak kelibat orang masuk dalam kedai cenderamata. Aku pun tinggalkan kerja aku dan masuk dalam kedai cenderamata, nak layan pelanggan tu. Seramnya, tak ada orang dalam kedai.

Nak elak jam kat highway plus, aku lalu jalan lama. Jalan tu sunyi. Tak berlampu. Kabus pulak tu. Tiba-tiba aku nampak seorang budak tengah berdiri di tengah jalan. Aku tunggu pergerakkan darinya, tapi budak tu hanya berdiri membelakangkan aku. Tak nak ambil risiko, aku pusing kereta cari jalan lain.

Pernah sampai Belum? Lawa tempatnya. Kiri kanan hijau. Sunyi. Tenang. Memang tempat wajib bercuti. Satu malam tu aku sedang lepak memandang kehijauan Alam sekitar. Tiba-tiba member aku tegur, “Ada orang main laser la.” Aku balas, “Oi. Kat hutan mana ada orang main laser!” Selepas berfikir segenap, kami sedar benda yang bergerak seperti laser tu mungkin makhluk halus. Kami masuk bilik, tak keluar sampai pagi.

Sebaik sahaja di parkir apartment, aku tidur dalam kereta. Penat sangat. Aku terjaga lebih kurang pukul 2 pagi. Aku pun matikan enjin dan berjalan ke lif apartment aku. Apabila aku dalam lif, ada seorang lelaki tua masuk sekali. Aku tekan tingkat 7. Aku tanya pakcik tu nak gi tingkat berapa. Dia senyum je. Di antara tingkat 3A dan 5, dia berjalan dan terus tembus pintu lif.

Kami tinggalkan rumah sebab isteri sedang pantang kat rumah ibunya. Selepas habis pantang, kami balik. Rasanya dah lebih 40 hari kami tinggalkan rumah tu kosong. Sejak balik anak tal berhenti menangis. Satu malam tu, kami di kejutkan dengan tangisan anak. Di belakang badannya ada tiga garis cakar. Keesokkan hari aku panggil ustaz.

Aku di tugaskan menjaga kostum di Nights of Fright. Setiap malam aku akan sediakan 4 kostum pontianak, 5 kostum toyol dan 7 kostum pocong. Malam ni, selepas semua bermake up, aku buat pengiraan semula… 4 pontianak, 5 toyol dan 8 pocong. Mana datang pulak extra 1 pocong ni?

Dalam perjalanan pulang, Aku nampak dua ekor makhluk ghaib berwajah anjing tapi cara dia berlari seperti monyet. Mereka sedang mengekori kereta aku. Makhluk itu mengilai membuatkan aku lebih takut. Tak nak fikir banyak, aku tekan minyak sekuat yang boleh.

Setengah dari hidup aku sebagai nelayan adalah di laut. Itulah rezeki aku. Malam ini seperti malam-malam sebelumnya, kami ke laut. Tepat pukul 12, sesuatu pelik berlaku. Di belakang bot kami, kelihatan seperti seorang perempuan sedang berdiri memandang ke laut. Kami semua tak berani tegur, biarkan ia berdiri tanpa di ganggu.

Aku sedang tunggu teksi di sebuah bas stesen. Time tu pukul 11 malam. Datang seorang pakcik ni. Dia duduk sebelah aku. Dia sedang hisap rokok. Dia tegur aku, aku pun pandang muka dia. Tiba-tiba dia hembus asap kat muka aku. Tahu-tahu je pakcik itu dah hilang. Dompet, handphone dan duit aku hilang sekali.

Ini cerita semasa zaman semua orang main pokemon go. Member aku sorang gila game tu. Setiap malam dia akan keluar dan tangkap pokemon. Satu malam tu, dia jalan-jalam kawasan cheras dan jumpa satu pokestop kat sebatang pokok pisang. Tak tahu kenapa pokok tu istimewa sangat tapi dia bukan sahaja jumpa pokemon, dia jumpa pontianak juga. Nak tangkap ke nak lari?

Hari ni selasa, maksudnya malam ni ada perlawanan Champions League. Pukul 3 pagi aku bangun. Aku pun turun ke bawah nak buka tv, terkejut apabila nampak satu lembaga hitam sedang duduk di sofa. Terus tak jadi nak tengok. Aku patah balik masuk bilik, kunci pintu, buka surah yasin dan paksa tidur.

Published by
Jon