Beberapa bulan lepas, kisah seorang lelaki menaiki bas berhantu menjadi tular di Indonesia. Hebbie Agus Kurnia @hebosto telah menaikkan pengalaman misterinya menaik bas berhantu itu di Insta story dalam akaun peribadinya. Mungkin di Malaysia kisah ini tidak dapat banyak liputan, tapi ia menjadi buah mulut penduduk Indonesia semasa itu. Seperti kisah-kisah mistik yang lain, ada yang percaya dan ada yang tidak. Hebosto tidak berhenti di tanya bermacam-macam tentang kejadian itu oleh netizen. Ini kronologinya.
Pada 20 Jun, 2019, Hebbie Agus Kurnia, seorang blogger, telah menaiki bas yang dikatakan berhantu dari Bekasi untuk bertemu dengan isteri dan anaknya yang duduk di Bandung. Selalunya dia akan membawa kereta, tetapi kerana malas, kali ini dia mengunakan bas sebagai pilihan pengangkutannya.
Bas yang sepatutnya dia naik, tak sampai-sampai. Sudah sejam dia tunggu. Jadi dia membuat keputusan untuk naik bas apa sahaja yang boleh bawa dia ke Bandung. Bas yang dia naik agak tua, konduktornya menjerit-jerit “Bandung! Bandung!”
Semasa naik, semua nampak normal. Tak ada benda yang pelik terjadi. Pemandu dan konduktornya pun nampak normal. Agus pun memasang headphone dan masuk tidur.
Apabila dia sedar, dia lihat ramai penumpang dalam bas. Dia pelik, bila penumpang-penumpang ini naik. Bertambah pelik apabila penumpang-penumpang itu semua duduk pucat, berbadan tegang dan tak berbicara. Seperti zombi.
“Eksperesi dan raut muka beberapa penumpang udah mulai agak berbeda. Gue ngeliat kok orang-orang pas lampu bas di nyalain, pada tegang dan pucet. Dududnya bener-bener tegap, tapi mukanya pucet.” -Agus.
Lalu dia pun bau hanyir dalam bas itu. Dia cuba kuat kan semangat dan bertanya kepada salah seorang penumpang, “Ini udah sampai ke kilometer berapa?” Tapi tidak ada jawapan malah tidak menoleh ke arahnya pun.
Agus cuba cubit tangannya, harap ia adalah mimpi, tapi dia tahu ini di dalam dunia nyata. Satu lagi benda pelik yang Agus nampak adalah botol air jenama Aqua. Kenapa ia penting? Botol Aqua yang dia nampak dalam bas itu sudah tidak di hasilkan lagi sejak 2004.
Sudah 5 jam dalam bas, tapi tak sampai-sampai lagi Bandung. Agus membuat keputusan untuk beristighfar, meminta maaf atas dosa-dosanya dan memaafkan dosa-dosa orang yang pernah buat silap dengannya.
Akhirnya mereka tiba di terminal. Dia seorang sahaja yang turun. Penumpang lain tidak bergerak. Dia ingin bayar tapi konduktornya kata dengan nada yang pelik, “Nga… pa… pak… turun… aja…”
Itulah pengalaman Hebbie Agus Kurnia. Percaya ke tidak, itu terpulang kepada pembaca. Tapi nyata kewujudan Jin itu benar. Dan tak terkejut kalau apa yang Agus lalui itu adalah dunia alam lain.