Lokman Bacik merupakan seorang penulis dan pengarah teater yang disegani pada awal zaman 80-an. Tetapi kini dia tinggal di kampung kerana kecewa dengan industry teater tanah air. Sudah lebih 20 tahun dia tidak menulis dan mengarah drama pentas. Dia kini Cuma aktif dengan persatuan penulis setempat sebagai penyair.

Satu hari, dia telah didatangi oleh pegawai belia yang meminta die mementaskan satu persembahan teater sempena Hari Belia Negara bagi sambutan peringkat negeri. Tanpa berfikir panjang, Bacik pun bersetuju. Akhirnya, skrip terakhir yang ditulisnya satu ketika dahulu, dapat juga dipentaskan. Skrip tersebut membawa makna besar bagi dirinya.

Skrip pentas itu ditulis berdasarkan mitos kampungnya. Naskah SUMPAH PUTERI BONGSU bukanlah satu skrip biasa baginya. Ia ditulis bagi membuktikan bahawa sumpahan yang dikatakan mitos itu adalah betul-betul wujud.  Masih jelas di ingatan Bacik akan peristiwa-peristiwa pelik yang menimpanya saat dia sedang menulis skrip tersebut.

Bacik mula mengumpul belia-belia penggiat teater pentas setempat untuk tujuan itu. Malah, beberapa pelakon teater terkenal dari Kuala Lumpur yang sebelum ini pernah bekerja dengan beliau juga turut dijemput untuk menyertai teater itu. Pelakon teater dari Kuala Lumpur ditempatkan di sebuah Homestay berdekatan dewan di mana mereka melakukan latihan. Mereka bersama-sama memulakan latihan selain membaik pulih keadaan dewan yang sudah using itu.

Seperti yang dijangka Bacik, pelbagai peristiwa pelik dan luar biasa terjadi ketika mereka memulakan latihan. Secara peribadi, Bacik teruja dengan peristiwa pelik yang menimpa itu. Ia menguatkan lagi kepercayaannya terhadap Sumpahan Puteri Bongsu itu. Antara yang paling sering diganggu adalah pelakon wanita utama yang memegang watak Puteri Bongsu.

Satu malam, Zahirah Zain, pelakon wanita utama teater ini sedang duduk dalam bilik salinan seorang diri. Dia sedang menghafal skrip Sumpah Puteri Bongsu. Pekerja produksi semuanya sedang berkumpul di luar teater untuk jamu selera makan malam. Zahirah masih kenyang. Semasa dia sedang menghafal skrip, Zahirah seperti ternampak muka perempuan lain di dalam cermin.

IKLAN

Rambutnya hitam, panjang ikal mayang, muka bagai bujur sireh, matanya bersinar bak bintang kejora, hidungnya mancung seludang mayang, pipi bagai pauh dilayang, bibirnya merah bak delima merekah, kulitnya putih kuning, senyumannya manis ibarat madu… Perempuan itu sedang memerhatikan Zahirah.

Adakah itu puteri bongsu? tanya Zahirah seorang diri. Wanita itu buka mulut dan mula nyanyi. Zahirah terkejut.

“Tersebutlah kisah satu cerita
Puteri bongsu cantik jelita
Sangat dikenali rakyat jelata
Nasibnya malang berdukacita”

IKLAN

Zahirah dengan perasaan takutnya berlari ke tempak produksi kumpul. Dia menceritakan apa terjad

Begitu juga pelakon yang memegang watak hero utama. Pernah tiba-tiba dia mengadu berasa penah sekali dan mengantuk. Kemudian perasaan itu seolah-olah dia sedang berkhayal di mana dia dibawa ke sebuah tempat yang indah dan bertemu dengan puteri jelita. Bagi mengurangkan gangguan dan meredakan perasaan takut pelakon-pelakon itu, Bacik membawa mereka ke sebuah kawasan air terjun untuk mengadakan upacara mandi bunga. Namun, para pelakon dari Kuala Lumpur tidak menyenangi tindakan Bacik itu.

Walaupun para pelakon telah diberikan tempoh yang mencukupi untuk latihan teater, namun tiga hari sebelum persembahan sebenar, ramai pelakon lain yang belum betul-betul menjiwai watak masing-masing. Pelakon utama turut belum fasih menghafal skrip masing-masing. Namun, perkara tersebut tidak mendatangkan kerisauan kepada Bacik. Bacik akan menyeru Puteri Bongsu untuk membantu manjayakan persembahan dia.

IKLAN

Pada malam persembahan sebenar, Bacik memulakan uoacaranya. Sedulang peralatan menyembah disediakannya. Beras kunyit ditabur di pentas sambal mulutnya kumat-kamit embaca serapah. Selepas itu, dia menyuruh para pelakonnya meminum air jampi yang telah disediakannya.

Persembahan bermula. Persatuan Belia Dewan duduk di barisan hadapan sekali bersama-sama pegawai belia dari Kuala Lumpur. Babak pertama dimulakan dengan persembahan silat oleh seorang pelakon pendek dan seorang pelakon tinggi. Tiba-tiba pelakon yang pendek itu mula berubah perlakuan dan menjadi lebih agresif. Dia menyerang pelakon yang tinggi itu dengan jurus silat yang tiada dalam latihan mereka. Pelakon yang lebih tinggi mula menjadi panik. Suasana di belakang pentas mulai hingar.

Tiba-tiba mekap artis mulai menjerit hysteria. Pelakon yang melakonkan watak Puteri Bongsu duduk di suatu sudut sambil mengirai-ngirai rambutnya yang telah disanggul. Jelas dia telah dirasuki oleh suatu makhluk asing. Walaupun begitu, keadaan di pentas lakonan berjalan lancar. Semua penonton tidak menyedari apa yang berlaku.

Bomoh dipanggil bagi meredakan keadaan di belakang pentas. Adakalanya bomoh dan pelakon yang dirasuk terlajak masuk ke pentas utama. Tetapi pelakon lain terpaksa secara spontan menambah dialog bagi menjadikan ia umpama sebuah lakonan. Begitulah sehingga akhir persembahan. Di pentas segala berjalan lancar hinggakan penonton langsung tidak sedar apa yang berlaku. Manakala di belakang pentas pula hingar, pelakon dirasuk. Lokman Bacik tersenyum puas seperti dia telah berjaya buktikan sesuatu.

Bila tamat persembahan, seorang pegawai tinggi Belia menaiki pentas untuk bersalaman dengan pelakon kecuali pelakon watak Puteri Bongsu yang masih lemah di belakang pentas akibat dirasuk. Pegawai tersebut sangat terhibur dengan persembahan teater tersebut dan menawarkan agar naskah teater itu dibawa ke Kuala Lumpur untuk dipentaskan. Tetapi tanpa berfikir panjang, semua pelakon menolak untuk terlibat dengan teater SUMPAH PUTERI BONGSU lagi.

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI