Kampung Sri Menanti

Share

Ali start enjin dan terus memandu. Tiada arah. Tiada tujuan. Matanya mengalir. Kenang apa dia dah lalui. Dia memandu dan terus memandu. Dia memandu sehingga matanya letih. Akhirnya dia berhenti di sebuah pekan kecil. Nama pekan itu, Sri Menanti.

Di tepi jalan Ali berhenti. Di sebelahnya sebuah hotel kecil. Hotel Menanti namanya. Mata Ali sudah ngantuk. Dia park kereta dan memasuki hotel dan dua star tu.

“Bos. Satu bilik.” kata Ali.

Tuan hotel tidak berkata apa. Hanya memerhati. Ali menuju ke biliknya. Di dalam biliknya tidak ada aircond. Hanya kipas kecil atas almari kecil. Cadar katilnya mempunyai kesan setompok cinta antara dua manusia. Ali dah penat. Semua itu tidak menjadi masalahnya. Dia baring atas katil sambil memerhati dinding. Di situ dia perhatikan seekor cicak yang tak berekor sedang berlegar-legar hilang arah seperti dia. Ali menangis memandang cicak itu.

“Nasib kau dan aku sama.” kata Ali. “Kita makhluk yang sesat dari ajaran Allah.”

Mata Ali hampir lelap tiba-tiba dia terdengar pintu bilik sebelahnya di buka. Dua suara. Seorang lelaki. Seorang perempuan. Mereka gelak gembira. Tiba-tiba bunyi yang mengersangkan kedengaran. Hotel murah. Dinding nipis.

10 minit dah berlaku. Mereka masih meluahkan cinta mereka. Ali tidak boleh tahan. Dia keluar dari bilik dan menuju luar hotel. Tuan hotel hanya memerhatikannya.

Ali menyalakan rokoknya. Dia memerhati suasana pekan itu. Suasananya seperti sebuah pekan lama yang tak di sentuh sejak 70an.

Jam menunjukkan pukul 2 malam. Ali memutuskan untuk berjalan di pekan itu. Hampir semua kedai sudah tutup pintunya. Hanya sebuah kelab malam buka. Ali memasuki kelab itu.

Tiada sesiapa hanya seorang pelayan yang sedang berkemas. “Kami dah nak tutup.”

“Oh maaf.” kata Ali. Baru sahaja dia ingin beredar, perempuan itu berkata, “Marilah. Saya temankan awak. Nak minum apa?”

Ali memerhatikan suasana kelab itu. Stage kecil dengan satu microphone. Warna dinding yang pelik, ungu. Tempat duduk pun guna kerusi plastik. Sekali lagi perempuan itu tanya, “Nak minum apa?”

“Air coke sahaja.” jawab Ali.

“Selamat datang ke Dansa Bulan. Nama saya Melur” kata Melur sambil serahkan air coke.

“Ali” jawabnya sambil memerhatikan Melur. Bibirnya merah berlipstik. Rambutnya bersanggul. Matanya menawan. Wajah kulit yang putih seperti salji. Memakai kebaya merah.

“Lamanya pandang.” Melur berkata sambil gelak. Mata Ali terus memandang tempat lain. Sambung Melur, “Awak bukan orang di sini. Jarang orang luar datang kampung ni.”

Ali senyap. Melur sambung, “Awak tahukan sepatutnya saya dah tutup kedai. Saya tangguhkan sebab awak.”

Ali berasa salah. “Maaf Melur… Sebenarnya saya lari dari sesuatu.” Ali berasa pelik. Tak tahu kenapa dia luahkan perasaan seperti itu.

“Biasa la tu. Orang bandar ada masalah sinilah tempat dia lari.” sambung Melur.

Ali tak faham apa yang Melur cuba sampaikan.

Melur berjalan ke stage dan memilih lagu. “Untuk awak…” dia menyanyi.

Malam itu Ali di hiburkan oleh Melur. Segala kesedihan terubat sedikit.

—————————————————————————————–

Keesokkan hari Ali terjaga. Dia tidak ingat apa terjadi selepas kelab itu. Badannya rasa berat. Seperti sebuah beban telah tengkek di bahunya. Ali keluar turun ke bawah. Orang lain, perempuan cina, berada di front desk. Dia memberi senyuman. Ali berlari ke Dansa Bulan. Tidak wujud. Kedai itu telah roboh. Hanya tapak sahaja yang tinggal. Tak mungkin. Ali pasti dia melawat tempat ini semalam.

Seorang lelaki tua melalui tepi, “Bang, apa terjadi dengan Dansa Bulan?”

“Dah lama dah tak ada. Sejak kejadian 40 tahun dulu.” kata abang itu.

“Apa abang merepek ni?” kata Ali. “Saya baru je lepak semalam”.

“Dik, Dansa Bulan terbakar. Seorang perempuan mati. Kononnya tauke nak dapat duit insurance tapi dia tidak perasan ada seorang pekerjanya yang masih di dalam.” kata abang itu. “Tak silap namanya… Melur”.

Terduduk Ali. Apa sebenarnya terjadi semalam. Dia mula memerhati suasana kampung. Lain. Tidak sama seperti yang dia nampak semalam. Lebih moden.

Ali berasa pelik. Apa sebenarnya yang berlaku.

[BERSAMBUNG]

Published by
Jon