Ali bangun dari hotel kecilnya. Dia tahu ini bukan era Melur. Dia keluar terus mencari Ah Kee. “Gua dah cakap, lu mesti datang balik. Mahu minum apa?”
“Kopi dan Mee Kari” Ali jawab.
Ah Kee datang bawa hidangan Ali. Ah Kee memerhatikan seekor lalat berterbangan di dalam kedainya. Dia mengambil pemukul lalat dan hayun. Lalat itu tumbang. Ali memerhatikan sambil menghabiskan makanannya. Ali tanya, “Siapa laki yang uncle tahan semasa Dansa Bulan terbakar?”
Ah Kee memerhatikan Ali. Sepatutnya bila orang tanya soalan sebegitu, muka dia akan pelik. Tapi reaksi Ah Kee sangat tenang. “Itu owner Dansa Bulan. Peminat no.1 Melur. Ramli. Selepas kejadian itu, dia di katakan bunuh diri. Gua rasa dia larikan diri.”
Ali tak berkata apa-apa. Ah Kee sambung, “Lu nak tahu, Melur sebenarnya mengandung semasa dia mati. Dia di tuduh tidur dengan ramai lelaki.”
Ali bingung, “Tapi bukan Ah Kee kata dia tak pernah di sentuh?”
Ah Kee balas, “Betul. Aku tahulah. Tapi orang kampung tak tahu. Melur di tuduh macam-macam. Dukun la. Pelacur la.”
Ali tanya, “Siapa ayah pada kandungan itu?”
Ah Kee tak jawab. Seekor lagi lalat masuk ke dalam kedainya. Dia menghayun pemukul lalat. “Banyak lalat ini hari.”
Ali mengeluarkan duitnya dan meletakkan di atas meja. Ah Kee bersuara, “Lu nak pergi kubur Melur? Lu kena pergi waktu malam, siang kubur Melur sembunyikan diri”.
“Terima kasih Ah Kee,” jawab Ali.
Ah Kee, “Kenapa lu nak sangat jumpa Melur?”
Ali jawab, “Aku pun tak tahu. Tapi aku kena cari dia.”
Ali mempunyai masa, dia berjalan-jalan melihat pemandangan kampung Sri Menanti. Tak ada banyak yang boleh di perhatikan, hanya kampung ini banyak pokok getah.
Malam pun menjelma. Ali bersedia untuk mencari kubur Melur. Dia menuju ke hujung kampung di mana Ah Kee beritahu. Dari jauh dia nampak sebuah kilang kayu yang terbiar. Ali pun berjalan menuju kilang itu.
Tiba-tiba kawasan itu berkabus. Semakin dekat dengan kilang, semakin tebal kabus itu. Pemandangan Ali menjadi sukar.
Ali pun teruskan pencariannya. Dia merasakan sesuatu sedang memerhatikannya. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu menghembus telinganya. Ali pusing ke arah hembusan itu, tiada sesiapa. Tangannya di sentuh. Sekali lagi, tiada sesiapa. “Setakat itu sahaja? Aku tak takut.”
Tak lama kemudian Ali dengan sesuatu sedang berbisik. Tiba-tiba dia merasakan badannya panas. Apabila dia lihat, badannya di cakar.
Dari jauh dia nampak dua ekor binatang hitam. Nak kata anjing, tak juga, nak kata beruk, tak juga. Gabungan dua binatang hitam itu sedang memerhatikan Ali dengan mata merahnya. Binatang itu terus berlari menghala ke Ali.
“Aku ingin jumpa dengan Melur!” kata Ali. Lembaga itu berhenti lalu menghilangkan diri.
Kabus yang tebal itu mula hilang. Ali nampak kubur tanpa batu nisan. Dia mendekati kubur itu. “Melur.” Ali mulakan upacaranya.
Selepas selesai upacaranya, seorang lembaga berbaju putih, bermuka hodoh, berambut panjang, bertangan kedut, bermata merah, muncul depan Ali.
Lembaga itu mendekati Ali, “Kau tak takut aku ke?”
Tiba-tiba Ali menyerang, dengan mengunakan paku dan tukul, dia memaku belakang leher Melur. “Aku datang kerana kau.”
“Lembaga itu menjerit sekuat-kuatnya. Dia menganas. Dengan kukunya yang tajam, dia cuba mengcakar Ali. “Kau adalah hamba aku sehingga aku mati”.
Lembaga itu berubah muka, dari hodoh menjadi cantik. Lebaga itu membuka mata.
Ali kata, “Melur,” sambil senyum.