5 tahun dahulu, Saat paling indah untuk Daud dan Wawa berubah menjadi tragedi selepas anak yang lahir itu meninggal. Selepas membuat persediaan yang lengkap, dari beli barang-barang bayi, cat bilik bayi warna-warna cerah dan macam-macam lagi, ia menguji kekuatan kami sebagai suami isteri. Kami insan yang lemah.
Sejak kejadian itu, hubungan aku dan Fifi mula renggang. Kami jarang bercakap. Fifi menjarakkan diri dari aku. Dia akan duduk berjam-jam dalam bilik bayi dan pegang baju bayi. Apabila aku cuba berborak dengannya, dia abai. Aku ingin dengan memberi ruang, dia akan keluar dari kemurungannya tapi ia menjadi lagi buruk. Bukan sahaja dia suka duduk dalam bilik, malah tidur. enggan mandi. enggan makan.
Aku cuba buat sesuatu. Aku cuba menegurnya. Tapi hari tu kami bergaduh besar. Segala macam ayat keluar. Aku rasa kesal. Dia juga tidak menahan. Dia menyalahkan aku. Kata aku tak beri kasih sayang sepenuhnya. Bagaimana aku nak beri kasih sayang? Dia tak lahir lagi. Aku tak pandai jaga isteri di saat memerlukan. Macam mana aku nal jaga di Macam-macam isu lah keluar. Kadang-kala isu tak ada kena mengena pun masuk dalam pergaduhan itu. Dua hari aku tak berborak dengan dia. Dua hari aku biarkan dia dalam bilik itu seorang diri.
Pagi itu aku rasa kesal. Aku fikir balik apa aku dah buat dan sedar aku dah buat banyak kesilapan. Aku sendiri tak tahu nak uruskan keadaan ini dengan baik. Aku nekad mulai hari ini, aku akan menyokong apa sahaja keputusannya.
Aku pun masuk bilik bayi. Fifi sedang memandang katil bayi. Aku terus meminta maaf atas kesilapan. Air mata mengalir. Aku berjanji akan sentiasa menyokong perbuatan Ffi.
Fifi meletakkan jari telunjuk di atas mulutnya dan memaksa aku diam. “Shhh. Anak kita sedang tidur.”
Aku mendekatkan diri ke katil. Ingin tahu apa dia pandang. Perlahan-lahan. Sampainya di katil, Fifi sudah menyalikan mainan patung dengan baju bayi. Di sini aku terbelah bagi. Perlu ke aku tegur dan mencetuskan satu lagi pergaduhan atau layankan dia sehingga dia sedar sendiri. Ini pilihan yang aku ambil… “Maaf sayang. Anak tidur tu, jom kita makan.”
Untuk pertama dia ikut aku pergi makan. Kami pun makan nasi kukus yang aku beli kat luar taman. Aku cuba tanya soalan, dia jawab. Dia seperti gembira. Sehingga kan aku berjaya nampak senyuman dari dia.
Mulai hari itu, aku layankan dia. Apa sahaja. Dia dah mula tidur semula dengan aku. Berani sentuh aku semula. Aku ingin kita akan kembali biasa, tapi kami sebenarnya dah jauh dari normal.
Satu malam, aku di kejutkan oleh bunyi guruh. Aku lihat isteri aku tidak ada di sebelah katil. Patung yang dia wakilkan sebagai patung ada di sebelah aku. Dia tak akan biarkan patung itu keseorangan. Aku pun keluar dari bilik sambil memanggilnya, “Sayang”.
Bunyi hujan dan guruh bermain-main di latar belakang sambil aku berjalan perlahan-lahan ke bilik bayi. Aku menolak pintu dan melihat dalamnya kosong.
Aku turun ke bawah sambil memanggil namanya lagi. Isteri ku di sofa sedang memeluk sesuatu. Badannya basah. Bajunya kotor. Aku menghampirinya. “Sayang…” sambil dengar bunyi guruh.
Sekali lagi aku panggil “Sayang…”
Apabila aku dekat dengannya, aku terkejut melihat isteri aku sedang menyusukan mayat anak kita. “Jangan bising. I tengah susukan anak kita.”
Keesokkan hari aku panggil hospital gila. Itu sahaja pilihan aku. Mayat itu di kebumikan semula. Kesilapan aku terakhir adalah aku tidak jaga isteri aku di hospital gila. Biar keluarganya yang uruskan. Aku jual rumah dan berhijrah ke Melbourne, Australia. Mula semula kehidupan baru di sana.
Sekarang aku sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Aku tak tahu apa terjadi dekat Fifi.
Seperti aku cakap, aku insan yang lemah.