Uncategorized

Honeymoon Di Sentuh Hantu

Share

Khalid dan Safura baru berkahwin. Seminggu lepas itu, mereka terbang ke Krabi untuk merayai perkahwinan mereka. Mereka duduk di sebuah hotel baru di Krabi. 4 star. Harganya pun berpatutan. Apabila reception tahu mereka baru berkahwin, katil mereka telah di taburkan bunga dan sebuah hamper buah. Layanan hotel ni memang A.

Petang itu mereka bercadang untuk berjalan-jalan depan hotel. Bermacam-macam aktiviti ada depan hotel. Orang jual baju, orang jual makanan, tempat urut badan, perkhimatan tour dan macam-macam lagi. Safura selalu dengar tentang pancake Krabi, itulah benda pertama dia cari.

Malam itu, Khalid telah menempah dengan spa hotel untuk Safura mendapat urutan badan. Selepas makan, mereka pulang. Safura di bawa ke bilik khas untuk di urut. Khalid pulak balik ke bilik sementara menunggu Safura.

Sementara menunggu Safura pulang. Khalid menutup lampu utama dan hanya buka lampu tepi katil. Dengan bilik yang selesa, aircond yang sejuk, katil yang empuk, di tambah pula dengan badan letih, matanya mula terkebil-kebil. Tak lama kemudian, Khalid tertidur.

Khalid tersedar apabila dengar pintu bilik terbuka. “Sayang,” kata Khalid dalam keadaan mamai. “Bagaimana massage? OK tak.” Tak ada respon. Khalid rasa badannya di belai. Dia senyum.

Belaian tangan itu berhenti, Khalid pusing, dia lihat kelibat Safura masuk ke dalam tandas. Khalid pun bangun dari tidur. Dia membuka siaran tv. Khalid buka siaran muay thai. Mata Khalid fokus dengan pertandingan itu.

15 minit berlalu. Safura tak keluar lagi dari bilik air. Kata Khalid, “Sayang. Awak ok ke?” Tiada respon.

Sekali lagi Khalid tanya, “Sayang?”

Khalid pun bangun dari tempat tidur dan mengetuk bilik air. “Sayang? Sayang?” Masih tak ada respon. Khalid buka pintu dan mengintai ke dalam bilik air. Tiada orang dalam bilik air. Khalid berasa pelik, “Sayang. Jangan main-main. Mana awak?”

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nama Safura keluar di screen handphone. Khalid angkat, “Sawadeekap (sambil gelak). I kat kedai pancake depan hotel ni. U nak tak?” tanya Safura.

“Eh. Bila U keluar dari bilik?” tanya Khalid.

“Bila pulak I balik bilik? I baru lepas massage. Best gila massage dia. U kena try,” kata Safura.

Khalid bingung. “So u nak apa? Pancake nutella?” sambung Safura.

“Eh takpe. I dah kenyang. Cepat balik.” kata Khalid.

“Ok. Love u.” jawab Safura.

Khalid duduk di katilnya sambil berfikir, ‘siapa yang belai aku tadi? Aku bermimpi ke?’

Safura sampai bawa pancake, dia tak berhenti cerita tentang pengalaman dia kena urut tadi, Khalid pula tak berhenti fikir apa terjadi dengan dia. “U Ok?” tanya Safura.

“Ok. Penat je kot.” jawab Khalid.

Khalid tidak mahu beritahu Safura apa terjadi, dia tidak mahu merosakkan honeymoon mereka.

Published by
Jon