Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang untuk bercuti di Langkawi. Pertama kali aku pergi ke Langkawi, lebih kurang 8 tahun lepas, aku sudah jatuh cinta dengan kecantikkan dan ketenangan pulau itu. Rasa seperti dunia bergerak lebih perlahan di Langkawi.

Salah satu sebab aku ke Langkawi sebab aku ada cita-cita untuk berhijrah ke situ dan membuka bisnes sendiri. Ya la, saya kan graduan dari Ekonomi Tenaga dan Sains Sosial. Aku tempah di sebuah hotel boutique di Pantai Cenang, Langkawi. Kalau pergi Langkawi, aku memang mengesyorkan duduk kawasan Pantai Cenang untuk kemudahan seperti kedai makan dan macam-macam. Tapi kalau nak kawasan hotel yang senyap, mungkin boleh cari belah Kuah.

Hotel ni menarik sebab hiasannya penuh dengan patung-patung dan lukisan-lukisan. Banyak ruang-ruang cantik untuk swafoto. Bilik aku tingkat 3. Seperti kebanyakkan hotel boutique, ia tidak sediakan lif.

Siang bertukar malam. Masa untuk aku bersiar-siar kawasan Pantai Cenang.

Aku pulang ke hotel dalam pukul 2 pagi. Masa tu hotel dah gelap. Di lobi pun dah tak ada orang. Hotel memang dah umum, selepas pukul 12 lampu akan di tutup. Ingatkan aku cerita hotel ni banyak patung dan lukisan, masa ada lampu, patung itu memberi karakter kepada hotel itu, tapi masa lampu tutup, patung-patung itu menyeramkan.

Ads

Aku pun berjalan menuju ke bilik aku sambil lalu hiasan-hiasan hotel itu. Tak tahu mainan minda ke apa, aku mula rasa patung-patung itu sedang memerhatikan aku. Di belakang leherku naik meremang.

Di tingkat dua ada satu patung besar. Mukanya seperti singa. Perut buncit. Tangannya memegang senjata seperti pemukul besbol. Hampir sama tinggi dengan aku. Agak pelik rupa patung nitapi aku rasa iadatang dari Bali. Agaknya berapa ribu lah hotel ni beli sekali dengan penghantaran.

Siang tadi aku sempat berswafoto dengannya, tapi malam ni ia memberikan aura yang seram. Ada sesuatu pelik tentang patung ni. Aku rasa posisi strukturnya ada bergerak. Tak tahu kat mana. Mungkin cara dia pegang senjatanya atau mungkin kepalanya pandang terlebih ke kiri. Entah. Aku buka gambar siang tadi. Cuba mencari perbezaan. Aku perhati gambar kemudian patung kemudian gambar semula dan patung semula. Berulang kali aku cari perbezaan sehingga aku dengar bunyi yang kuat. Seperti pintu di hentam atau sesuatu benda berat jatuh. Sebaik aku dengar bunyi tu, aku terus simpan telefonku dan beredar.

Ads

Apabila patung itu berada di belakang aku, ia berbunyi. Seperti bunyi seekor binatang buas. Sebaik aku toleh ke belakang, aku pasti kali ini patung itu bergerak. Kepalanya yang sedang toleh kiri, kini pandang ke kanan. Memerhatikan aku. Apa lagi, aku cabut.

Dengan gesa aku naik tingkat 3. Dengan kelam kabut aku cuba membuka pintu bilik aku. Di belakang aku boleh kedengaran orang seperti berbisik. Keadaan menjadi lagi cemas apabila aku dengan sesuatu di seret. Sementara itu aku sedang mencari kad pintu. Masa ni pulak aku tak jumpa tempat aku simpan.

Ads

Bunyi seretan itu makin dekat. Suara bisikan makin kuat. Akhirnya jumpa kad bilik dengan sekali sentuh pintu bilik di buka. Aku masuk dan terus tutup pintu. Segala macam bunyi berhenti. Apabila memandang ke kanta cermin kecil kat pintu, tiada sesiapa di luar bilik. Aku bersyukur. Mengambil nafas dan terus membuka tv sebagai kaburkan suara-suara pelik yang aku dengar tadi.

Aku masuk ke dalam bilik air. Nak buang air besar. Sambil duduk di bangku tandas sambil bermain telefon. Mengunakan tangan kanan aku tatal ke bawah. Di dalam bilik air tu, mereka hiaskan juga dengan pantung. Aku ambil tuala dan menutupkannya.

Apbila aku keluar dari bilik air televisyen yang sedang menyala tiba-tiba tertutup. Aku buka semula. Aku pun masuk ke bilik tidur. Selimutkan diri dan cuba tidur.

Aku ada 4 hari lagi di hotel ini.