Hantu Raya Belaan Pak Seman

Share

Intan yang baru 19 tahun dan Pak Seman umur 57 tahun selamat di gelar suami isteri. Intan di paksa kahwin dengan kawan ayahnya Pak Seman kerana ayahnya terhutang Budi dengan Pak Seman.

Semasa ayahnya perlukan duit untuk repair botnya, Pak Seman la yang bantu. Semasa ibu Pak Seman buat pembedahan jantung, Pak Seman la yang bantu. Pak Seman memang orang kaya kampung, dia mempunyai beberapa hektar kelapa sawit. Pak Seman juga seorang yang berkarisma, apabila dia cakap, satu kampung dengar.

Apabila Pak Seman kehilangan isterinya, dia meluahkan kesedihanya dengan ayah Intan. Di situ ayah Intan menawarkan Intan sebagai penganti. Pak Seman setuju.

Tapi Intan tidak. Pak Seman dah tua. Intan baru nak kenal dunia. Dia juga tak berapa selesa dengan Pak Seman. Cara Pak Seman pandangnya apabila dia datang rumah. Intan sentiasa merasakan sesuatu tak menenangkan dengan Pak Seman.

Sebenarnya Tujuan utama bukan sebab ayah Intan kesian atau terhutang Budi dengan Pak Seman, dia nak keluarganya mewarisi harta pusaka Pak Seman. Maklumlah, Pak Seman sendiri belum ada anak.

Selepas majlis perkahwinan mereka, Intan di hantar ke rumah Pak Seman. Sepanjang perjalanan Intan tak berhenti menangis. Ibunya tidak terdaya untuk kata apa-apa. Mereka tiba di rumah Pak Seman. Kata ayahnya, “Sudah. Kesat air mata tu. Kau isteri dia yang sah. Seman boleh bantu keluarga kita. Kau kena jadi isteri yang baik. Dengar cakap dia. Buat apa sahaja dia nak…”

“Tolong ayah. Intan tak mahu…” Intan cuba bercakap.

“Kau cuba korban sedikit untuk keluarga kita. Untuk ibu kau.” balas ayahnya.

Intan memandang ibunya. Dia salam dan cium pipi ibunya. Dia juga salam ayahnya. Intan pun keluar dari kereta. Di sambut oleh Pak Seman. “Tak masuk dulu ke?”

Ayahnya balas, “Tak pe. Lain kali kami datang lagi.” Ayahnya pun beredar dari situ.

Intan dapat lihat Pak Seman sedang memerhatikannya, dengan nafasnya yang kuat, Peluhnya mengalir di dahinya, bau jantannya yang kuat, “Mari lah masuk,” kata Pak Seman.

Intan ragu-ragu masuk rumah. Pak Seman mengambil beg Intan dari bahunya, “Eh Pak Seman, tak payah. Intan boleh angkat,” kata Intan.

“Apa panggil Pak Seman. Awak tu isteri saya. Panggil abang je.” kata Pak Seman.

Geli rasa Intan apabila Pak Seman suruh panggil dia abang. Sambung Pak Seman, “Cuba panggil.”

“Panggil apa?” tanya Intan.

“Panggil abang.” kata Pak Seman.

“A.. Abang” kata Intan yang tak selesa dengan panggilan itu.

Pak Seman tunjuk kawasan rumahnya, terutama sekali katilnya. Tanya Intan “Pak Seman kalau kita tidur asing-asing dulu boleh ke? Biar kita berkenalan dulu.”

Tiba-tiba muka Pak Seman berubah. Intan rasa takut. “Awak kan isteri saya yang sah, kenapa perlu tidur asing-asing. Dan aku dah beritahu kan panggil aku abang!”

Dengan sekali pandang setuju. “Maaf bang.”

Malam pun tiba. Intan baru sahaja lepas mandi. Dia masih berkemban sambil sikat rambut depan cermin. Pak Seman memasuki bilik. Dia menutup pintu belakang. Sebelum sempat Intan menghalang, Pak Seman memeluk Intan. “Sudah lama abang perhatikan Intan. Rambut Intan yang wangi bau melur, badan Intan yang selembut sutera, muka Intan secantik bidadari.” kata Pak Seman.

Intan tak boleh buat apa-apa. Dia takut kalau dia jerit lagi teruk dia akan terima. Lagi pun Pak Seman memang sah suaminya. Intan relakan dirinya.

Selepas selesai, Intan merasakan kepuasan yang sukar untuk dia jelaskan. Intan tersenyum. “Kenapa senyum” tanya Pak Seman.

“Abang, Intan nak minta maaf. Sebenarnya Intan takut kahwin dengan abang, tapi abang memang bukan lelaki biasa.” kata Intan.

Pak Seman senyum dan sudah bersedia untuk pusingan kedua.

Memang betul Pak Seman dalam bilik itu bukan lelaki biasa, malah ia bukan lelaki pun. Ia hantu raya belaan Pak Seman.

Pak Seman yang sebenar sedang minum kopi di dapur.

Published by
Jon