Ramai tegur berat aku dah naik. Aku pun perasan. Dulu, masa zaman sekolah, aku aktif sukan. Badminton. Rugbi. Berat badan masa tu baru 72 kg. Sekarang, dah masuk Univerisiti ni, berat badan aku dah naik 87 kg. 15 kg dalam masa setahun. Banyak sangat makan jajan.
Dengan semangat berkobar-kobar untuk kuruskan badan, aku memutuskan untuk mendaki bukit. Selalunya orang akan berjogging dulu, cari stamina, tapi aku bukan seperti orang biasa… kononnya.
Berdekatan rumah aku ada bukit. Zaman sekolah dulu memang selalu je mendaki di situ. Dah lebih setahun tak jejak. Dengar cerita dah ada pangking atas tu. Dengan semangat berkobar, aku mula mendaki.
Orang degil macam aku memang cari nahas. Sebaik sampai di puncak, kaki aku mula kejang. Tak boleh berjalan, aku rehatkan kakiku kat pangking baru. Ada lah beberapa orang pendaki cuba bantu, tapi aku tolak dengan cara paling sopan sekali, “saya ok bang.”
Matahari pun hampir terbenam. Kaki ku rasa dah cukup rehat untuk turun semula. Tak mahu lah duduk dalam hutan ni sampai gelap, aku bergesa turun ke bawah. Sebaik sahaja sampai di parkir kereta, azan berkumandang.
Di bilik, aku terbaring keletihan sambil memandang dinding siling aku. Tak lama kemudian, makku ketuk pintu, “Tak ada orang kat rumah. Ayah dan mak pergi wedding. Makanan ada kat dapur tu.”
Aku hanya balas dengan bunyi “Hmmm…”.
“Dah malam dah. Pergi mandi!” kata mak aku.
Malas nak mandi aku terus ke dapar. Dalam perjalananku ke dapur, aku perasan beranda di rumah aku terbuka luas. Aku sangkakan ayah dan mak belum bertolak lagi. Aku pun menutup pintu beranda sambil memanggil keluarga, “Mak! Ayah!” Tiada ada orang jawab.
Mungkin mereka lupa tutup kot. Aku pun ambil makanan yang di tinggalkan oleh mak dan bawa ke ruang tamu sambil menonton ulangan Maharaja Lawak Mega. Tiba-tiba pintu bilik ayah dan mak di ketuk. “Ayah! Mak!” Sekali lagi tiada orang jawab.
Tak nak fikir bukan-bukan aku sambil tonton Maharaja Lawak. Tiba-tiba pintu bilik ayah ibu ku diketuk.
Tok…Tok…Tok…
“Siapa tu?” buniyi tu berhenti. Mood aku pontong. Hilang selera makan. Baru angkat je makanan dari meja, meja tu bergerak. Berlari aku dari situ. Rasanya aku tak sentuh pun meja tu.
Aku bergegas ke paip dapur, basuh tangan dan cuci pinggan. Semasa aku basuh pinggan, aku merasakan sesuatu sedang perhatikan diri ku dari belakang. Apabila aku toleh, tak ada sesiapa. Keadaan menjadi lebih seram apabila pintu tandas pula di ketuk.
Tok…Tok…Tok…
Aku berani kan diri. Aku cuba buka pintu tandas itu. Perlahan-lahan aku berjalan ke tandas. Sebelum sampai, bunyi itu berhenti. Tiba-tiba aku dengar bunyi kaki di seret. Tapi aku tak nampak apa-apa. Hanya bunyi. Makin dekat, makin kuat bunyi. Bunyi itu betul-betul dekat dengan aku. Tapi aku masih tak nampak apa-apa. Makhluk ghaib itu tiba-tiba mengilai. Baru aku sedar, ia di atas siling. Aku perlahan-lahan angkat kepala, sebuah lembaga hitam seperti bayang-bayang, matanya merah memerhati aku. Ia mengilai untuk kali terakhir dan lesap.
Tak lama kemudian ayah dan mak pulang. Mak lihat aku tercengang di lantai dapur. “Kau apasal tak mandi lagi? Dah pukul berapa ni?”
Aku buat seperti tak ada benda berlaku. Aku ambil tuala dan pergi mandi.
Aku pasti makhluk ghaib ni ikut aku balik dari mendaki tadi. Pada mulanya aku tak bersenyap. Tapi ia berulang setiap kali aku seorang di rumah. Tak tahan, aku beritahu kat ayahku. Dia panggil kawan ustaznya untuk menghalau makhluk ghaib itu.