Hantu Bilik Air Dan Sejarah Tragisnya

Share

Aku seorang Mahasiswa di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Datang dari keluarga yang miskin, aku terpaksa bekerja. Keluargaku tak mampu untuk belanjakan duit bulanan dan pelengkapan sekolah. Maklumlah, aku ada keluarga yang besar, 7 adik beradik termasuk aku. Ayah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah dan ibuku jual kuih di tepi jalan dengan bantuan kaklongku. Apabila aku dapat tawaran universiti, keluarga aku sangat gembira. Mereka nak aku tumpu dengan pelajaran tapi aku tahu mereka tak mampu untuk sediakan wang bulanan untuk aku. Jadi aku mengambil keputusan untuk bekerja.

Aku kerja part time sebagai cleaner di sebuah opis berdekatan dengan rumah aku. Shift aku malam. Jadi, tidaklah menganggu waktu pelajaranku. Semasa tu ramai pekerja opis dah balik. Disebabkan aku cleaner baru, aku dilatih oleh senior aku. Aku panggil dia Pak Atan.

Sedang aku bersihkan bilik rehat, tiba-tiba aku terdengar suara perempuan menjerit. Terkejut aku sebab dah lewat malam ni bukan ada orang sangat. Aku keluar dari bilik dan berjalan ke arah jeritan itu.

Suara jeritan itu berubah menjadi tangisan. Aku pasti suara tangisan itu datang dari dalam tandas perempuan. Aku ketuk pintu tandas sambil tanya ada sesiapa dalam tandas? Tiada jawapan. Tapi tangisan itu makin kuat.

Sebab risau aku pun buat keputusan untuk masuk ke dalam. Pelik. Tiada orang dalam tandas. Tapi aku masih boleh dengar suara tangisan. Di dalam tandas tu ada tiga bilik tandas. Aku tanya, “Sesiapa di dalam?”

Aku perlahan-lahan tolak pintu yang pertama tapi tiada sesiapa. Aku tolak pintu kedua, tiada sesiapa juga. Tiba-tiba aku dengar bunyi sesuatu jatuh di bilik ketiga. “Siapa tu?” Tidak ada orang jawab.

Aku cuak juga masa tu. Walaupun aku lelaki tapi kalau tengah malam sorang-sorang dalam tandas pun boleh naik bulu roma. Aku beranikan diri buka pintu terakhir. Aku tolak pintunya perlahan-lahan.

Terkejut aku dibuatnya bila aku lihat ada seorang wanita terbaring di dalam itu. Tangannya di kerat betul-betul di uratnya. Darah banyak keluar. Perempuan itu tidak sedar. Aku syak perempuan ini cuba bunuh diri.

Aku keluar dari tandas dan menjerit sekuat-kuat hati. Pak Atan dan beberapa orang pejabat datang bergesa-gesa ke arah aku. “Ada perempuan cuba bunuh diri. Tolong!!”.

Aku, Pak Atan dan dua lagi pekerja di opis itu bergegas masuk dalam tandas. Tapi peliknya apabila kami masuk, tiada orang dalam tandas itu.

“Kau dah kenapa buat prank macam ni?” kata salah seorang pekerja di opis tu.

“Kau ingat kita tak ada kerja lain ke?” seorang lagi sambung.

Mereka mengugut untuk memaksa majikan untuk pecat aku. Pak Atan cuba tenangkan mereka. Selepas beberapa minit, kedua-dua mereka beredar.

“Saya betul nampak seorang perempuan sedang cuba bunuh diri Pak Atan,” aku beritahu Pak Atan.

Pak Atan bawa aku keluar dari opis. “Pak Atan dah bekerja di sini lebih dari umur kau sekarang. Dah bermacam tuan ambil alih tempat ini. Sebelum syarikat ni ambil alih, syarikat sebelum ni melalui sebuah skandal yang mereka cuba lindungi dari orang luar tahu. Salah seorang pekerjanya telah bunuh diri kerana bosnya selalu menganggunya di opis. Orang putih panggil ‘Sexual Arrestment’.” Aku pandang Pak Atan. “Kau ingat aku tak pandai cakap orang putih?” Kami pun gelak. “Perempuan itu baru masuk kerja, baru habis belajar. Pak Atan sendiri nampak dia di ganggu. Tapi siapa lah Pak Atan. Sehingga satu hari dia tak boleh tahan, dia bunuh diri. Mereka jual opis ni dan pindah tempat lain.”

“Apa jadi dengan bos perempuan itu?” aku tanya.

“Macam tu. Masih bos di sana. Tak pernah kena tangkap. Berita ini tak di sebar berluasan. Syarikat yang beli opis ni pun tidak tahu cerita ni.” kata Pak Atan.

 

Published by
Jon