Anas tinggal di sebuah kondo di KL. Dia tinggal paling atas sekali di tingkat 30. Di sebab permintaan kerja, Anas jarang balik awal. Kadang-kala dia tak balik berhari-hari.
Minggu ni dah 5 hari dia tak balik. Malam ini Anas terpaksa balik kerana dia tak ada pakaian bersih.
Anas tiba di kondonya jam 12 tengah malam. Oleh kerana terlalu ngantuk dia tertidur dalam kereta. Apabila tersedar, jam menunjukkan pukul 2.30 pagi.
Dia keluar dari kereta dan bergegas ke lif. Sepanjang perjalanan ke lif, dia merasakan sesuatu pelik, seperti dia di perhatikan. Dia pandang ke kiri dan ke kanan, tiada orang. Lagi pelik dia tak nampak guard langsung. Dia perasan malam ini sunyi betul. Dia pun tekan butang lif.
Sambil menunggu dia terasa sekali lagi di perhati. Dia menoleh ke belakang, tapi tak nampak sesiapa pun. Perasaan ini buat dia tak selesa.
Lif buka, Anas pun masuk. Dia menekan tingkat 30. Sebelum pintu lif nak tutup, seorang perempuan memasuki lif. Dari mana perempuan itu datang Anas tak tahu. Agak seram tapi Anas tak nak fikir bukan-bukan.
Anas curi-curi perhatikan perempuan itu, lawa juga kata Anas dalam hati. Rambutnya sampai leher, bibirnya agak tebal. Matanya sepet sikit. Tapi ok. Baju kurung, tak berselipar…
Eh, Anas pelik. Perempuan itu berkaki ayam. Ni buat tak sedap hati ni. Tiba-tiba perempuan itu toleh ke Anas dan senyum. Walaupun dia senyum biasa, tapi seluruh bulu roma Anas meremang. Antara perempuan ini tak siuman atau dia bukan manusia.
Anas memerhati semula lif. Baru tingkat 5. Lama lagi ni nak tingkat 30. Baru dia perasan, perempuan itu tak tekan tingkat dia. Walaupun dia jarang baik, tapi dia kenal wajah jirannya dan wajah perempuan ini dia tak pernah nampak. Dalam otak Anas ini sah bukan manusia.
Tiba-tiba perempuan itu menangis. Hampir terjatuh jantung Anas.
“Abang boleh tolong saya,” perempuan itu tanya kepada Anas. Jantung Anas dah bergerak laju. Mata dia terus perhati lif. Baru tingkat 7.
“Abang nampak tak anak saya?” perempuan itu tanya sekali lagi. Siapa pulak cari anak malam-malam macam ni. Anas pandang ke tepi dinding.
Perempuan itu menghampiri Anas. “Saya hilang anak saya. Abang boleh tolong carikan?” Macam dah tak boleh elak lagi, muka perempuan itu sebelah Anas. Lagi dekat perempuan itu, lagi busuk baunya.
Perlahan-lahan dengan perasaan takut Anas pusingkan kepalanya. Muka perempuan yang dia nampak tadi dah berubah. Sekarang muka dia tak serupa muka. Seperti di hentak dengan batu berkali-kali. Anas menjerit dan terduduk. Dia mulalah baca Al-Fatehah. Surah itu sahaja yang dia ingat.
“Tolong jangan ganggu saya. Tolong jangan ganggu saya,” berulang-ulang kali Anas bercakap.
Dia sempat toleh lif, sekarang sudah tingkat 12. Tak pernah-pernah dia nak lif bergerak laju, malam itu dia doa lif tu cepat sampai tingkat 30.
Perempuan itu masih di depannya. Dia pun mencangkung. “Abang, tolong cari anak saya.” Perempuan itu menangis semula.
Anas cepat-cepat bangun dan melekat tepi pintu lif. Tingkat 16. Perempuan itu masih menangis.
Tiba-tiba dia menyanyi pulak. “Twinkle, twinkle little star, how i wonder who you are, up above the world so high, like a…” dia sambung menangis.
Tingkat 21. 9 tingkat lagi. Plan Anas, dia nak lari terus ke rumahnya. Dia cuba telefon housemate dia, sorang pun tak jawab. Tiba-tiba perempuan itu berhenti dan pandang balik Anas. Pandangan dia kali ini tajam. Macam tak puas hati.”Abang!” suara dia juga menganas. “Abang! Mana anak saya?” seperti memaksa. Perempuan itu menghampiri Anas.
Lif buka. Anas berlari keluar dari lif. “Abang! Mana anak saya?” di sambung dengan mengilai. Anas kelam kabut buka pintu rumahnya. Dapat je buka kunci, dia pandang belakang. Perempuan itu dah tak ada. Anas terus masuk dan lock pintu.
Dia terduduk di sofa. Kawannya terjaga. Dia beritahu apa terjadi. Kawannya beritahu bahawa 4 hari lepas ada kejadian tak di ingini berlaku. Seorang budak telah main kat balkoni rumahnya dan terjatuh dari tingkat 16. Ibu dia mengila tak percaya anak dia dah jatuh walaupun ramai dah beritahu anak dia dah meninggal. Keesokan harinya ibunya dia bunuh diri dengan terjun dari tingkat kita.
Anas percaya perempuan yang dalam lif adalah roh perempuan itu.