Kampung Bahagia banyak menyimpan pelbagai rahsia. Di sebuah rumah yang terletak di hujung kampung tinggal sepasang suami isteri bernama Karim dan Salmah. Kedua-duanya  tidak pernah bercampur-gaul dengan masyarakat sekampung.

Bukannya tidak ada orang kampung cuba ambil tahu perihal mereka tapi apabila orang kampung pergi ke rumah mereka pasti wajah kedua pasangan ini tidak akan muncul. Ibarat pergi ke rumah kosong.

Keadaan persekitaran rumah yang dikelilingi pokok-pokok tinggi sahaja sudah menyeramkan. Kawasan rumah tersebut amat bersih tetapi kesunyian kawasan sekeliling sahaja, sudah menakutkan. Walaupun orang kampung jarang berjumpa keduanya namun mereka hairan kerana pada waktu malam, sudah pasti mereka melihat ada sahaja orang yang mengunjungi rumah tersebut.

Sebenarnya tidaklah menghairankan kerana ada yang percaya bahawa Karim dan isteri adalah dukun tetapi tidak ada seorang pun orang kampung yang pernah meminta bantuan bantuan daripada mereka.

Ads

Halim baru sahaja berpindah ke kampung Bahagia. Bapa kepada dua orang anak kecil ini ada juga mendengar cerita mengenai Karim dan isteri kerana rumahnya terletak lebih kurang 300 meter daripada rumah Halim sekeluarga.

Pada suatu hari anak kedua Halim tiba-tiba sahaja menjerit-jerit tanpa disangka-sangka. Waktu itu jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Terkejut Halim dengan keadaan tersebut. Puas dia melakukan apa sahaja perkara yang diketahuinya tetapi anaknya tetap tidak mahu berhenti menangis. Anaknya menunding tangan ke sesuatu. Halim dan isteri tiba-tiba rasa takut.

Pada mulanya Halim mahu membawa anaknya ke klinik tetapi sebaik sahaja dia keluar rumah, dia terus terfikir untuk memanggil Karim kerana rumah lelaki tersebut agak dekat dengan rumahnya.

Ads

Isterinya melarang Halim memanggil Karim tetapi Halim berkeras. Jika betul Karim seorang dukun, sudah pasti dia boleh mengubat anaknya. Terus sahaja Halim menuju ke rumah Karim. Sampai di sana, puas Halim memanggil Karim tetapi tidak ada jawapan.

Memikirkan mengenai anaknya yang sedang sakit di rumah, Halim mengalah dan terus balik. Belum sempat dia melangkah keluar dari halaman rumah, tiba-tiba suami isteri itu berada di sebelahnya. Tanpa sebarang pertanyaan, mereka terus ke rumah Halim.

Ads

Suami isteri itu memandang-mandang di dalam rumah. Mata Karim fokus di satu sudut. Dia memberitahu isterinya. Isterinya angguk. Halim pelik. Apa yang mereka nampak. Salmah pergi mencari anak dan isteri Halim Manakala Karim hanya perhati sesuatu di tepi sudut itu.

Halim tak puas hati. Dia ingin sangat nak tengok. Selepas lama Halim tenung, dia nampak sebuah lembaga hitam bertengkek di sudut rumahnya. Badanya hitam dari kaki ke kepala. Matanya merah memandang Halim. Mata mereka berpandang bersama. Lembaga itu melompat nak terkam Halim.  Halim terus pengsan.

Halim bangun dan jam menunjukkan jam 6 pagi. Karim dan Salmah sedang minum air kopi yang di hidang oleh isteri Halim. Dia lihat anaknya sedang tidur nyenyak di dalam bilik. Isterinya sedang mengemas di dapur. Dia tanya Karim, apa terjadi. Mahluk itu telah di halau dari rumah dan tidak akan berani datang sini lagi.