Si Tanggang datang dari keluarga nelayan. Kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Kehidupan miskinnya tidak pernah menghalang dia bercita-cita tinggi. Si Tanggang seorang pemuda yang rajin berkerja. Oleh kerana ingin ubah nasibnya dan keluarganya, dia menjadi anak kapal di sebuah kapal perdagangan. Ibunya sedih untuk berpisah dengan Si Tanggang, tapi dia telah berjanji dengan ibunya suatu hari dia akan pulang sebagai orang kaya.
Bertahun-tahun ibunya menunggu kepulangan Si Tanggang. Setiap hari dia akan tunggu di jeti untuk kepulangan anaknya.
Oleh kerana kerajinan Si Tanggang, dia cepat naik pangkat sehingga menjadi nakhoda kapal. Dia di kenali sebagai Nakhoda Tanggang. Dengan pangkat barunya dan reputasi sebagai salah seorang nakhoda terhebat, dia mula berkenalan dengan elit orang melayu, sehinggakan dia di panggil oleh Sultan untuk mengadap.
Selepas merapatkan diri dengan Sultan, dia berkahwin dengan anak sultan. NakhodaTanggang mula berlayar ke seluruh dunia nusantara sehingga dia singgah di tempat asalnya.
Setibanya di jeti itu, ibu Tanggang tahu dalam kapal itu ada anak dia. Dia berlari ke kapal itu. Apabila melihat si Tanggang turun dengan isteri cantiknya, ibunya memanggil namanya, “Tanggang… Tanggang… Kau dah pulang Tanggang… Ibu rindu kan kamu…”
Isteri Nakhoda Tanggang melihat ibu Tanggang teriak-riak dan bertanya suaminya, dia kenal ke perempuan itu. Nakhoda Tanggang malu dengan asal usulnya, tidak mengaku itu ibunya. Malah, dia mengkeji ibunya sebagai ‘nenek gila’. Dengan biadap sekali, dia menghalau ibunya dan mengaku ibu bapanya telah lama mati.
Sedih dengan kata-kata Si Tanggang, ibunya telah membuat satu sumpuhan. “Ya Tuhan, jika benarkah aku yang menyusukannya ketika kecil, maka tunjukkan kekuatanmu.”
Laut bergelora. Petirbersambung-sambung. Kapalnya terumbang-ambing di bantai air laut. Sedar akan kesalahannya, Tanggang cuba meminta maaf, tetapi sudah terlambat. Kapalnya yang megah itu tiba-tiba hancur. Si Tanggang dan isterinya pula di sumpah menjadi batu.
Si Tanggang di kenali dengan bermacam-macam nama. Di Indonesia dia di kenali sebagai Malin Kundang, di Brunei dia di kenali sebagai Nakhoda Manis. Di Malaysia, Si Tanggang.
Si Tanggang mengajar kita untuk tidak lupa asal usul kita dan jangan sekali derhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Tapi persoalannya, adakah Si Tanggang wujud?
Di Malaysia, ada dua tempat mengaku tempat Si Tanggang di sumpah. Satu di Sugai Batu, Batu Caves. Di sana ada sebuah Gua bernama Gua Gelap boleh lihat air seperti warna darah mengalir dalam gua itu. Mereka kata itulah darah Si Tanggang.
Satu lagi lokasi berada di Bukit Treh, Muar. Seketul batu laut yang di jumpai 6km dari laut menguatkan pendapat penduduk tempatan itu lah bekas kapal Si Tanggang. Ada satu perbezaan cerita yang kita tahu dan cerita orang Bukit Treh. Si Tanggang tidak bertukar kepada batu, ia berubah menjadi helang makku. Burung itu akan sering keluar dan memanggil ‘Makku’.
Di Brunei, lokasi Nakhoda Manis berada di Jong Batu, Brunei. Di sana boleh nampak jelas sebuah pulau seperti hadapan sebuah kapal yang tenggelam.
Dan di Indonesia, tempat terakhir Si Tanggang berada di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera. Si situ bukti paling kukuh tentang ke wujudan Si Tanggang, atau dalam versi Indonesia namanya Malim Kundang. Di tepi pantai, hingga kini, masih boleh kelihatan batu-batan berbentuk sauh, tali kapal, bentuk manusia bersujud meminta maaf dan sebagainya.